INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Mac 02, 2013

Krisis Lahad Datu: Kerajaan, Henti "Main Wayang"..!



 Banyak "versi" Krisis Pencerobohan Lahad Datu oleh "Tentera Sulu" yang kita dengar hari ni, tapi gua lebih tertarik untuk menaip "versi" yang gua "dengar" dari Penduduk Lahad Datu sendiri masa kunjungan gua ke Sabah beberapa minggu lepas.

Gua tertarik dengan penjelasan berikut:

"Padahal krisis tu boleh selesai dalam masa paling singkat, tapi sebab "Kepentingan Politik" Pemerintah yang ada sekarang, terpaksa drag begitu lama.

Masalah Pemerintah Negara sekarang ialah "kesan sampingan" yang bakal dihadapi Parti Pemerintah. Penceroboh adalah "Tentera Sulu", majoriti mereka ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Penduduk Sabah berketurunan Sulu yang sekian lama menetap di Sabah.

Majoriti ahli keluarga mereka adalah pemastautin yang telah menjadi Rakyat Negara Malaysia melalui Projek IC Tajaan Mahathir & Gerombolan Barisan Nasional.

Sebarang Tindakan Kekerasan akan memberi "kesan besar" dalam Pilihanraya akan datang lebih-lebih lagi kepada Parti Pemerintah Barisan Nasional. Kemungkinan Besar, pengundi-pengundi berketurunan Sulu akan memberi "Undi Protes" sekiranya ahli-ahli keluarga mereka yang menceroboh di halau dengan menggunakan kekerasan.

Sebab tu Kerajaan seboleh-bolehnya cuba mengelakkan "Pertumpahan Darah" & jangan lupa kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa Penceroboh Lahad Datu "Bukan Militan". Kenyataan berikut dibuat bagi "menjaga hari" majoriti Penduduk Sabah berketurunan Sulu sekaligus "menjamin undi Barisan Nasional" dari Masyarakat Sulu dalam Pilihanraya akan datang.

Dalam keadaan sekarang (mood Pilihanraya Umum), isu paling besar pada gua ialah Kepentingan manakah yang jadi keutamaan Pimpinan Utama Negara Malaysia..?

Kepentingan menjaga keselamatan Negara atau Kepentingan "Mempertahankan Kuasa" Barisan Nasional dalam Pilihanraya akan datang..?

Kalau Pimpinan Negara yang ada sekarang memandang isu kepentingan "Mempertahankan Kuasa" Barisan Nasional dalam Pilihanraya akan datang lebih penting dari kepentingan "Mempertahankan Negara", gua harap SELURUH RAKYAT NEGARA MALAYSIA BERSABAR & bersedia dengan lebih banyak kematian Anggota Pertahanan Negara baik PDRM atau ATM.

Gua x menolak kemungkinan bahawa Menteri Dalam Negeri lebih rela mengorbankan lebih ramai Anggota Keselamatan Negara jika Beliau melihat kepentingan "Mempertahankan Kuasa" Barisan Nasional mendahului kepentingan "Mempertahankan Negara".

1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..!

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong