INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Mac 29, 2013

PEMPROSESAN DIGITAL IMEJ FILEM DAN KAMERA

Mereka mengunakan Teknik Pengubahsuaian Digital image Frame by frame...

Pemprosesan imej digital ialah penggunaan algoritma komputer untuk menjalankan pemprosesan imej kepada imej digital. Kelebihan pemprosesan imej digital ke atas pemprosesan imej analog samalah dengan kelebihan pemprosesan isyarat digital ke atas pemprosesan isyarat analog — ia membolehkan penggunaan algoritma yang jauh lebih banyak kepada data masukan, dan boleh mengelakkan masalah seperti peningkatan hingar dan herotan isyarat semasa pemprosesan.

Pemprosesan imej digital boleh dilakukan menggunakan kaedah domain ruang ( manipulasi terus piksel ) atau kaedah domain frekuensi ( pengubahsuaian penjelmaan Fourier). Jenis pemprosesan imej digital yang paling umum ialah suntingan imej digital.

Kamera digital biasanya memiliki cip pemprosesan imej digital khusus untuk mengubah data mentah dari penderia imej kepada imej warna-dibetulkan dalam satu format fail imej piawai. Imej dari kamera digital ini biasanya akan diproses lanjut ( menggunakan komputer ) untuk meningkatkan kualitinya, satu kelebihan jelas kamera digital dan kamera filem. Imej yang dibentuk boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing..

" Pemprosesan imej digital ini lazimnya dilakukan oleh program perisian khas yang boleh memanipulasi imej tersebut dengan banyak cara "

Banyak kamera digital kini membolehkan pengguna melihat histogram imej, sebagai bantuan untuk lebih memahami julat keamatan setiap gambar.

Pemprosesan imej digital membolehkan penggunaan algoritma yang lebih rumit untuk pemprosesan imej, dan justeru itu menawarkan kedua-dua prestasi canggih untuk tugas mudah dan pelaksanaan kaedah yang mustahil dengan cara analog.

Pemprosesan imej digital merupakan satu-satunya teknologi yang praktis untuk:
Pengelasan (Statistical classification)
Penyarian sifat (Feature extraction)
Pengecaman pola (Pattern recognition)
Penganalisisan isyarat (Signal analysis)
Unjuran (Projection)

Antara teknik yang digunakan dalam pemprosesan imej digital termasuklah:
Analisis komponen utama (Principal components analysis)
Analisis komponen tak bersandar (Independent component analysis)
Model Markov tersembunyi (Hidden Markov model)
Peta swaurus (Self-organizing map)
Rangkaian neural (Neural network)

* Dengan Kemajuan Teknologi PEMPROSESAN DIGITAL IMEJ FILEM DAN KAMERA yg semakin berkembang kita sudah tidak akan mampu mengecam yang mana satu wajah isteri kita dan yang mana satu wajah isteri jiran-jiran kita..

Note :

Jika kita pernah menonton Filem Hollywood yg mengunakan Teknik Pengubahsuaian Digital image Frame by frame ini mengapa pula kita Harus tertipu dengan Hindangan filem-filem lucah yang dilakukan oleh UMNO Laknatullah terhadap Anwar Ibrahim dan Para pemimpin PR yang lainnya..

Justeru itu dalam islam kita menolak pembuktian kamera utk melaksakan Hudud;;
Kamera dan sebagainya hanya boleh digunakan sebagai bahan Qarinah ( pembuktian ) di makamah di bawah hukum Takzir..

Di sini membuktikan bahawa Ulama` PAS lebih pintar dan cerdik ( dengan Izin Allah ) bagi menolak perlaksanaan Hukum Hudud ke atas Saudara Anwar Ibrahim atas bukti-bukti Video yang digembar gemburkan oleh UMNO Laknatullah..

ADMIN : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO..
Teuku Zacharyah Iskandar
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong