INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Mac 30, 2013

SEBOTAJ DALAM KES KEMAHANG 3 ???



OWH...! rupanya pada 9/5/2011, Ketua Unit Undang-Undang Felda, Helwani Binti Lukman telah membentangkan satu kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan Pentadbiran Tertinggi Felda... Kertas ini telah diluluskan oleh Dato' Dzulkifli Abd. Wahab (bekas Pengurus Besar Felda).

Pada ketika saya memfailkan Writ Saman terhadap Helwani, Muhaiyadi, Razikah dan Peguam baru sebahagian peneroka Kemahang 3 pada 16/10/2011, saya tidak fikir institusi rakyat sebesar dan sehebat Felda tergamak memulakan komplot untuk "membantu" anak-anakguam saya untuk menyaman saya... Satu gerakan yang dimulakan oleh Muhaiyadi (yang bukan peneroka dan tiada kena mengena dengan kes Kemahang 3). Tidak terfikir oleh saya sebuah institusi amanah warisan Tun Razak sanggup memulakan usaha sabotaj peguam kepada lawannya, selepas kalah di semua pusingan pertarungan undang-undang selama 11 tahun! Saya tidak fikir ada pihak yang tergamak mencabuli profesionalisme perundangan dengan menghasut anak-anakguam pihak yang menang untuk menghentam peguam yang berjasa kepada mereka selama 11 tahun tanpa apa-apa bayaran! Rupanya saya salah silap..... dan saya amat naif tentang kekotoran dunia!


Perjumpaan pertama sebahagian peneroka di Kemahang 3 adalah pada 21/6/2011 di Dewan Orang Ramai yang disediakan oleh Felda. Rupanya belum pun anak-anakguam saya mengetahui tentang tujuan sebenar untuk menyaman saya, satu kelulusan untuk membantu menyaman saya telah dibuat oleh CEO Felda, Pentadbir tertinggi dalam organisasi Felda...

Lihat dokumen-dokumen  ini... Ini menjadi saksi mata yang tidak perlu lagi saya huraikan! Anehnya, dokumen ini dikemukakan sendiri oleh Peguam yang membela Helwani... menjelang perbicaraan dalam Saman yang saya kemukakan kepada mereka

Untuk apa satu kelulusan rasmi dikeluarkan oleh Felda jika ia tidak melibatkan kewangan???.... Tidak perlu saya ulas... Tetapi saya tahu sebahagian dari apa yang Felda ingin sembunyikan! Besar sekali pakatan dan komplot ini untuk mensabotaj dan menggerak usaha memfitnah saya... Tidak mengapa.. Saya masih gagah untuk bangkit menentang komplot fitnah ini, sehingga saya berjaya atau mati kerananya!! Tetapi Dato Dzulkifli telah tiada jawatan  dan dipetisejukkan di luar negara! Helwani juga telah dicabut jawatan Ketua Unit Undang-Undangnya dan tersimpanlah beliau dalam kandang perundangan Felda... Entahlah, kesian juga saya melibat mereka, bersungguh-sungguh menjadi alat politik kepada Tuannya! Tetapi Allah Maha merancang...

Pada masakini saya AMAT MENYESAL kerana tidak mengheret Felda dalam Saman yang saya kemukakan terhadap Helwani dan Muhaiyadi... Tetapi saya masih ada masa untuk melakukannya! Semoga Tuhan memberikan saya hidayah terbaik untuk menangani cabaran paling besar dalam kerjaya sebagai peguam peneroka!

Apa khabar Datuk Faizul, Pengurus Besar Felda yang baru? Apa khabar Mek Yati, Ketua Unit Undang-Undang Felda yang baru? Sudikah anda mengulangi pertarungan undang-undang pusingan kedua... mungkin untuk 11 tahun yang akan datang??

Yang pasti saya akan berjuang dan terus berjuang bagi menyediakan hujjah untuk dibawa ke Padang Mahsyar... Tetapi apakah hujjah yang sama boleh anda gunakan pada Hari Kebangkitan kelak, sedang anda menjadi pelengkap kepada sebuah komplot fitnah?? Yakinlah bahawa Mati itu pasti... Syurga itu wujud! Dan Neraka itu benar!

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong