Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah
terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan
pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Bagaimanapun ia tidak
diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut. Akhbar Philippine
Starmelaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu
pihak penceroboh tersebut hari ini. Akhbar itu memetik laporan radio yang
menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk
adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad
Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, Bernama melaporkan Tembakan didengari di Felda Sahabat 17,
Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang menjadi tempat kumpulan
penceroboh selatan Filipina berkampung. Ia berikutan tindakan pihak keselamatan
Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka
setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir. Kejadian
itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh polis. Dua anggota tentera
Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan diterbangkan ke Hospital
Lahad Datu. Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50
tengah hari ini. Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil
bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad
kecemasan hospital berkenaan. Kedua-dua mereka dilihat mempunyai
kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan
kesakitan. Difahamkan pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu
dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera
termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.
Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala
penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing. Pasukan keselamatan
mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150
lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke
perairan Malaysia pada 9 Februari dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah
dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka. Kampung Tanduo yang diduduki
kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari
Lahad Datu. Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa
mereka adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia
mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.
Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/03/panas-tragedi-lahad-datu-10-terbunuh.html#ixzz2MH8ZP1I3
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
- Bernama
- See more at: http://mynewshub.my/2013/03/01/segera-dua-komando-polis-terkorban-terkena-peluru-mortar-pemberontak/#sthash.Hnc7KXz4.dpuf
King Jason wrote :
Bila Sabah DARURAT..Sabah terkecuali dari sertai rombakan PRU13.. selamat BN.. sebab kini Sabah dah bangkit.. kerusi parlimen Sabah akan banyak sumbang kemenangan untuk PR..
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib
Inilah yg sedang di LAKONKAN mengikut skrip pemerintah sekarang.. yg jadi mangsa.. rakyat.. nyawa tentera..demi umno yg ketakutan kalah pru.. fikirkan...
p/s : Komen saya; Aku betul2 marah dan tidak suka kepada mereka yang menjadikan Polis dan Tentera sebagai korban sandiwara politik mereka.
Bila Sabah DARURAT..
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib
Inilah yg sedang di LAKONKAN mengikut skrip pemerintah sekarang.. yg jadi mangsa.. rakyat.. nyawa tentera..demi umno yg ketakutan kalah pru.. fikirkan...
p/s : Komen saya; Aku betul2 marah dan tidak suka kepada mereka yang menjadikan Polis dan Tentera sebagai korban sandiwara politik mereka.
Untuk selanjutnya layari FB di bawah ini .. berhati-hati semasa melayari kerana wall tersebut dihantar video lucah sekiranya anda klik video tersebut secara outo. com. anda dijangkiti virus...
https://www.facebook.com/Noryusry
Tiada ulasan:
Catat Ulasan