Ku Sangka Orang Gila
......26 May
2011.....
Pagi tadi lebih
kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu
interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang
menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik
yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat
singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di
tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni
kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi
minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai
terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas
tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung
aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam
hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun
dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi
kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Dalam hati kecil ni
cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula
meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan
sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku
kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun
kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku
lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana?
Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku
dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran
tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk
seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik.
Allah...
Pakcik tinggal
dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung
urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60.
Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik
tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu
mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik
keluarkan satu sampul surat
sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah
inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai
dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang
makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang
aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa
dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling
terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai.
Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik
kopiah tu.. Ada
yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh
dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang
guru agama!! Ada
yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika..
Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan
harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke
belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas
bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku
kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku
terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis:
"Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak
yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik
tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka
helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu
aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau
peliharakanlah pakcik itu..
Asal Dari SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan