Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Mohd Nazree
Mohd Yunus dipanggil memberi keterangan di balai polis Seremban hari ini,
berhubung himpunan Suara Rakyat Suara Keramat anjuran Pakatan Rakyat di
Seremban, 17 Mei lalu.
Beliau memaklumkan didatangi sepasukan polis di rumahnya
sehari selepas himpunan dan memintanya hadir ke balai polis Seremban untuk memberi
keterangan.
“Saya meminta agar ditangguhkan ke hari Isnin. Namun pegawai
polis bertegas kena hadir hari ini dengan alasan kertas siasatan mengenai kes
ini akan dihantar ke Bukit Aman pada 20 Mei ini,” katanya
Nazree memberitahu, beliau ditanya beberapa soalan berkaitan
himpunan itu di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 selama lebih dua jam“Saya
tegaskan akan hanya menjawab di mahkamah. Mereka terus mencuba bertanya.
Jawapan sama saya berikan,“Selepas lebih dua jam di soal siasat, saya
dibebaskan,” katanya ditemani, Naib Ketua AMK negeri, Ramlan Roes dan 15
aktivis muda Pakatan Rakyat.
Pada 19 Mei lalu, Pakatan Rakyat mengadakan himpunan edisi
Negeri Sembilan yang menyaksikan lebih 60,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri
Pusat Komersil Oakland, Seremban bagi membantah keputusan pilihan raya umum
ke-13.
Siri himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ Black 505 akan
diteruskan di Kompleks Pas Kedah pada hari Selasa, 21 Mei, Terengganu (Khamis,
23 Mei) dan Melaka (Jumaat, 24 Mei).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan