INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Mei 19, 2013

BEBASKAN ADAM ADLI


KUALA LUMPUR, 18 Mei – Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Rahman telah ditahan tengahari tadi dibawah Akta Hasutan yang dipercayai penguamnya mempunyai kaitan dengan kata-katanya dalam satu forum 13 Mei lalu.
Adam Adli, 24, (gambar) dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor minggu ini berkata rakyat Malaysia “tidak boleh menunggu lima tahun lagi untuk menghumban Umno dan Barisan Nasional (BN)”.
 

“Ia seperti satu penangkapan,” kata peguam Adam Adli, Latheefa Koya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Latheefa memberitahu Adam Adli telah dibawa ke IPD Jinjang, yang merupakan pusat tahanan, serta menyatakan kebimbangan anak guamnya akan ditahan hingga esok hari.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan berkata dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mewujudkan kekecohan di jalanan.
Rakan Adam Adli, Mandeep Singh memberitahu The Malaysian Insider rakannya itu telah ditangkap di luar rumahnya di Bangsar.
“Sebaik beliau keluar bangunan, beliau telah ditangkap serta-merta,” kata Mandeep, 27.
 

Pada forum 13 Mei tersebut, Adam Adli dilaporkan telah mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata: “Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya”.
Pemimpin pergerakkan Asalkan Bukan Umno (ABU) juga pada forum sama berkata kerajaan hanya boleh ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan.
Beberapa rejim kerajaan di Timur Tengah juga telah ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan besar yang dikenali sebagai revolusi “Arab Spring”.
Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat (PR) telah menjauhkan diri daripada gesaan demonstrasi jalanan selepas keputusan Pilihan Raya 2013 meskipun mendakwa terdapat banyak penipuan berlaku.
 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Rabu lalu pembangkang akan kekal mengadakan perhimpunan tertutup “untuk meluahkan rasa marah” terhadap penipuan undi pada pilihan raya umum 5 Mei baru-baru ini.
Berpuluh ribu rakyat Malaysia, majoritinya anak muda berbilang bangsa telah membanjiri enam perhimpunan anjuran PR di seluruh negara selepas pilihan raya 5 Mei yang mahukan proses pilihan raya adil dan bebas.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 ekoran kegagalan memberitahu pihak polis dalam tempoh 10 hari untuk berhimpung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.
 

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Ahmad Zahid dipetik berkata dalam Utusan Malaysia hari ini menegaskan tidak akan berkompromi dengan pembangkang jika mereka menganjurkan bantahan jalanan untuk menumbangkan kerajaan.
Nama Adam Adli mula mendapat perhatian selepas menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa bantahan kebebasan akademik pada tahun 2011.
Beliau kemudiaan digantung daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan permohonan semakannya ke atas pengantunggan di mahkamah telah ditolak bulan lepas.
Najib pada Julai tahun lepas berkata Akta Hasutan 1948 akan dipinda dan digantikan dengan Akta Harmoni Kebangsaan.

Artikal dari SINI




Komen saya...
Kita sebenarnya tidak berminat untuk buat demontrasi jalanan bertujuan menjatuhkan Kerajaan rasanya ia bukan budaya kita...
Tetapi cuba kita fikir sejenak ,...mengapa adli mengeluarkan kata-kata  begitu.?? Puncanya adalah kerana kerja-kerja SPR pada pilihanraya 13 yang lalu sangat meragukan dan banyak kes memihak pada BN ..
Untuk menjadikan Pilihanraya 99% telus PR terpaksa mentarbiahkan dulu SPR,JPN,Polis... menjadikan 3 badan ini bebas sebebasnya dari kuasa BN  ... masaalahnya boleh ke ???
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kamu tangkap ke kamu apa ke ;lantak kamu le kami akan keluar ramai ramai

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong