10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Khamis, Mei 23, 2013
EDISI HADIAH GST KENA RAMPAS ?
[HD] KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.
Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.
Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.
Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.
Jelasnya, di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.
Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.
"Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak," katanya kepada Harakahdaily.
Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.
Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".
Manakala Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.
Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan.
"20 minit lalu saya menelefonnya dan beliau memaklumkan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
"Mungkin ada kaitan sama ada dengan ucapan pada forum 13 Mei di Dewan Himpunan Cina sebelum ini atau himpunan Black505," katanya.
Tian melalui Twitternya dalam pada itu turut menyebut polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.
Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
http://networkedblogs.com/LuOaC
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan