Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.
Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah
Belum ada maklumat lemgkap penahananya |
Pendakwaan ke atas Adam Adli hari ini adalah berdasarkan ucapan siswa berkenaan dalam forum sama.
Jurucakap bagi sekumpulan 50 NGO yang menganjurkan perhimpunan di Petaling Jaya pada Sabtu ini, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.
Sebaliknya, perhimpuan berkenaan adalah Festival Rakyat untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.
Bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di
Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan