INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Mei 30, 2013

Masturah Abu Bakar redho Safwan Anang Memilih Penjara Daripada Dijamin

"Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah2 penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.

Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani'mal wakeel.

."Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.

Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan." Isteri Safwan Anang.

."Walaupun saya bersedih dengan keputusan ini, tetapi saya bangga mempunyai suami yang cekal dan berani seperti dia.Dia buat sebegini kerana sayangkan negara Malaysia.Tidak mahu Negara ini berada dalam cengkaman pemerintahan yang zalim.Walaupun saya sayang dan perlukan dia, tetapi Negara ini lebih memerlukannya.Saya seru semua rakyat terutama kaum wanita untuk turun solidarit di Penjara Sungai Buloh" Masturah Abu Bakar, Isteri Safwan Anang.

#Masturah juga sekarang ini sedang mengndung, tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat beliau.
#Ayuh semua Solidariti di penjara Sungai Buloh, #Free Safwan Anang,

Safwan Anang  Beliau Memilih Penjara Daripada Dijamin
 PETALING JAYA: Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.
Safwan Anang | Beliau Memilih Penjara Daripada Dijamin |
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.
 Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
 Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.
Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
 Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.
 Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.
Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.
Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000. ~free malaysia today
  semoga perjuangan beliau mendapat rahmat dari Ilahi, ambe x lah sekuat Safwan Anang, di saat isterinya sedang mengandung beliau memilih penjara sebagai tempat untuk membuktikan bahawa demokrasi di Malaysia adalah palsu, dan pembodohan rakyat yang sedang berlangsung.
Ambe sebagai anak muda akan terus berada di belakang beliau, in Sya Allah perjuangan yang benar pasti akan menang dan kebatilan pasti akan lenyap..Allahuakbar!!!

http://www.kakisembang.com/2013/05/safwan-anang-beliau-memilih-penjara.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

Wahai sekelian rakyat yg dizalimi... jangan lupa bahawa Allah teteap bersama org2 yg dizalimi... berdoalah bersungguh2 tanpa jemu, pasti pertolongan Allah akan tiba dan kezaliman akan dibinasakan. Hanya Allah yg Maha Berkuasa lagi Maha Gagah. Allah tidak akan mensia2kan doa org2 yg dizalimi... Allahuakbar!!! "Hasbunallah Huwa Ni'mal Waqil" Yakinlah bahwa pertolongan Allah akan tiba.... AMIN!!!

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong