INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Rabu, Mei 29, 2013

Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup

Tambah kapsyen




Salmah Mat Husain ,
29 Mei 2013
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

TunjangPAS berkata...

Subhanallah,
Inilah penegasan dan nasihat terbaik TGNA sebagai Mursyid am kepada semua penyokong PAS.
Nasihat ini merupakan cabaran terbesar kepada pimpinan PAS yang mesra UMNO.
Presiden Parti, Dewan Ulamak dan Dewan pemuda PAS tolong beri perhatian kepada nasihat TGNA. Bahawa perpecahan dalam parti akan berlaku jika terdapat usaha dari mana-mana pihak untuk memesrakan PAS dengan UMNO.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong