INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Jun 14, 2013

ANAK AKAN BERSAMA HIMPUNAN PERDANA NGO

Himpunan Perdana NGO2 selepas Hariraya ini

Saya telah mengambil inisiatif memulakan perbincangan awal dengan rakan2 seperti Dato' Tamrin Tun Ghafar, Cikgu Bard, Adam Adli, Sham Ghaz(R) dan lain2 untuk membuat suatu perhimpunan besar selepas hariraya ini.

Tujuan utama adalah untuk menyatukan ngo2 demi membentuk kekuatan bersepadu atas isu tertentu yg sangat penting seperti pilihanraya yg adil, media yg bebas, royalti, keadilan untuk warga Felda dan selamatkan Pengerang.

Kita sedia maklum di kebanyakkan isu yg diperjuangkan, ia dibuat secara bersendirian. Kadangkala tekanan yg diberikan begitu minima dan tidak diendahkan kerajaan. Apatah lagi BN mendapat mandat semula, sudah tentu usaha memperjuangkan hak rakyat akan menjadi lebih sukar.

Saya yakin dalam tempoh 5 tahun ini, kerajaan BN akan melaksanakan polisi2 yg ditangguh sebelum ini kerana bimbangkan sokongan pengundi. GST, kenaikan tarif api dan air, projek Lynas dan Rapid Pengerang, penguasaan sepenuhnya FGVH keatas Felda dll. Marah bagaimana sekalipun rakyat, BN ada masa 5 tahun berbuat apa sahaja. Dah dekat PRU 14, pujuk dan umpan semula pengundi dengan BRIM dll. Marah pun hilang.

Paling senang kena tipu, pengundi melayu. Main sentimen dan emosi, meleleh air mata konon sayang melayu dan takut cina perintah, undi BN!

Kemuncak kempen ini hingga ke peringkat antarabangsa. Kita akan mengadu kepada SUHAKAM dan PBB untuk mendedahkan kepincangan dan penyelewengan kerajaan BN, penipuan Pilihanraya, perampasan tanah rakyat dan penafian royalti. Kita mahu Kerajaan BN di audit oleh dunia antarabangsa. Pendekatan domestik ketika ini gagal untuk melembutkan hati pemimpin BN yg diketuai oleh Najib. Bahkan, mereka kian angkuh terhadap rakyat.

InshaAllah, Ngo ANAK sudah pun disusun semula, proses rebranding telah berjalan; kombinasi awal ANAK, SAMM, ROYALTI dan SMM akan bermula tidak lama lagi, untuk memacu mobilisasi rakyat besar2an!


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong