INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Julai 23, 2013

MACAM SATU PENGHINAAN BUDAK SEKOLAH MAKAN DI TANDAS ???

PEMBETULAN FAKTA BERHUBUNG DAKWAAN KONONNYA PELAJAR BUKAN ISLAM MAKAN DI DALAM BILIK AIR SEKOLAH – MAZIDUL AKMAL

“Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka,” ujar sumber.

“Mengapakah mereka tidak makan di kantin?,” soal saya.
“Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera,” jawabnya.
Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?
Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.
“Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu,” pinta saya.
Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.
Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.
Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.
Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.


ooooooooooooooooOOOOOOoooooooooooooooooooooooooo


 Sejak awal Ramadan lagi sebuah sekolah rendah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buluh, Selangor. pihak Pengetuanya telah membuat satu dasar yang tidak masuk akal
 Mengarahkan kesemua murid bukan beragama Islam yang mau menikmati minuman dan makan tidak boleh menggunakan kantin sekolah tetapi sebaliknya dikerah dan diarah makan minum dalam tandas sekolah.

Bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid tersebut beberapa meja dan kerusi disediakan didalam tandas berkenaan.

 Perkara ini telah mengundang ketidak keselesaan dan puas hati para ibu bapa murid-murid berkenaan dengan mengadu kepada pihak sekolah beberapa kali namun aduan langsung tidak diendah dan di pedulikan.

Pelik bin hairan sungguh.. Bagaimana seorang Pengetua sekolah boleh mendapat fikiran kolot sebegini.


Mohon pihak berwajib terutamanya Menteri Pendidikan ambil tindakan segera untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan ini.

Yang pasti.. ini bukan arahan dari Kerajaan Negeri PR Selangor.


Sumber  
http://omakkau.blogspot.com/2013/07/panas-mendidih-kanak-kanak-sekolah.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

bunbinban berkata...

bodoh sungguh pengetua skolah nih. Kalau jabatan kesihatan, usah ke mkn dlm tandas, masak tepi tandas pun kena saman...Pengetua dan cikgu2 skolah nih elok di kenakan hukuman jilat lantai tandas...hahaha

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong