Pilihan Kita..
Berita baru terima ...
Pemimpin Umno SMS suruh undi calon PAS
BN Kuala Besut didakwa berdepan sabotaj dalaman apabila terdapat penyebaran
maklumat yang mengarahkan penyokong BN mengundi calon PAS pada Pilihan Raya
Kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai nanti.
Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, arahan itu datangnya dari pemimpin
Umno sendiri yang menyebarkannya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.
Menurut Mohamad, kandungan SMS itu antara lain memberitahu ianya bagi mengubah
pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran kononnya telah
melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji.
"Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta
pengundi di sini memilih calon PAS.
"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal
meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang
tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300
orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.
Sehubungan itu beliau berkata, jika pemimpin Umno pun mahu orang Umno undi
calon PAS, apatah lagi rakyat biasa lebih-lebih lagi wajar untuk berbuat
demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan