Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.
Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.
Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.
Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari
Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan
Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana
Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti
Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah
Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.
Semoga
Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis
(4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka
ditahan di penjara yang sama.
Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.
Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera.
Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan.
Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.
Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan.
"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua .
Kumpulan tersebut juga mengutuk penutupan saluran television yang berorientasi pada Ikhwanul Muslimin dan penangkapan kakitangan mereka.
"Penutupan saluran TV itu adalah lankah awal untuk penindasan, era pandangan tunggal," kata Parti Kebebasan dan Keadilan --cabang politik Ikhwanul Muslimin -- di akaun Twitternya.
Pernyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir dari kubu Islam itu dan mengangkat Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan Adly Mansour untuk sementara memerintah di negeri tersebut sehingga presiden baru dipilih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan