INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Julai 05, 2013

TUMPASNYA PEMERENTAHAN ISLAM


Munajat selamatkan Mesir di Masjid Negara hari ini

KUALA LUMPUR: Satu himpunan bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera terhadap kerajaan mesir pimpinan presiden Mohamad Morsi akan diadakan hari ini.

Himpunan yang dinamakan Munajat Perdana Selamatkan Mesir akan diadakan di Masjid Negara sejurus selesai solat Jumaat hari ini.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) ini turut akan dihadiri pimpinan utama parti-parti politik, NGO Islam serta aktivis hak asasi.

Dalam satu kenyataan pagi ini, DPPWP menyeru semua umat Islam perihatin untuk turun bersama menolak tindakan rampasan kuasa sekaligus menyatakan solidariti terhadap Dr Morsi yang dipilih melalui sistem demokrasi yang sah.

Kelmarin, Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya berkata, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat.

Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru.

Rakyat Mesir bagaimanapun menolak tindakan tentera terbabit dengan keluar beramai-ramai bagi mengadakan bantahan.

Mereka bagaimanapun terpaksa berdepan dengan pasukan tentera dan polis Mesir dan sehingga semalam berpuluh penyokong Morsi dilaporkan telah terkorban.

Ucapan Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir] :

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.



Siapakah yg bergembira dgn kejatuhan kerajaan ikhwanndi mesir?

● sosialis
● sekularis
● liberalis
● yahudi
● syiah
● anti islamis atas apa jua gelaran atau aliran depa.

Aku terbaca satu blog "syedoutsidethebox" (sapa malaun ni?) yg amat2 meraikan kejatuhan ikhwan dan morsi, menggelarkannya sebagai "pembebasan mesir dr zaman kegelapan" serta "inilah era kebebasan sebenar mesir". Antara lain alasannya ialah kerajaan morsi menyekat pelbagai hak asasi manusia termasuklah hak2 wanita dan sebagainya. Sebagai satu sindiran, barua tu menempelkan gambar beberapa jalang bertudung yg berjoget2 meraikan kejatuhan morsi.

Kalau malaun syed tu benar2 fahami Islam, dia xkan buat statement gitu.

Islam tidak mengongkong, tetapi menjaga. Setiap umat Islam bebas lakukan apa saja yg depa kehendaki tapi ada batasan. Batas itu bukan bertujuan utk mengongkong sebaliknya melindungi umat Islam drpd hanyut dgn dunia hingga lupa matlamat utama kejadian manusia.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepadaKu.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )

So bila dah namanya kita ni tugasnya kena beribadah kpd Allah, kita kena la harungi hidup ni berdasarkan syariat yg Allah tetapkan yakni Islam. Dan dalam Islam dah ditetapkan setiap insan ada kedudukannya termasuklah wanita. Benda ni yg x difahami atau x mahu difahami.

Jangan taburkan hujah berdasarkan idealisme logik semata2. Kalau nak hujah, hujah berdasarkan Islam dulu. Islam no 1. Kalau kita dahulukan ideologi2 lain dalam hujah, check balik akidah kita la woi.


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong