INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Ogos 05, 2013

Fitnah Beli Hakim : Anwar Gesa Peguam Negara Bertindak laporan-polis-anwar.


PETALING JAYA : Peguam Negara digesa melaksanakan siasatan menyeluruh berhubung satu dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pendakwa raya dan badan kehakiman negara.
Ia berkaitan satu dakwaan melalui surat lapan halaman yang diedarkan pihak tertentu di kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.
Menurut Anwar, beliau kecewa dengan dakwaan fitnah terbaru yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu itu ketika mana umat Islam masih lagi berpuasa di bulan Ramadan.
“Fitnah itu keterlaluan kerana menghina saya (Anwar) dan dia (Karpal) kerana melibatkan isu pendakwaan dan tuduhan terhadap hakim-hakim yang dibeli dengan jumlah tersebut.
“Maka kita telah mengemukakan laporan polis bersama dan kita telah bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang bersesuaian terhadap tuduhan fitnah ini,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Beliau membuat laporan polis bersama itu bersama Pengerusi DAP, Karpal Singh di Balai Polis Merchant Square di sini.

Katanya, tuduhan fitnah yang dilemparkan kepada beliau dan Karpal adalah perancangan pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu mendesak mutakhir ini berkaitan masalah ekonomi, jenayah berat dan skandal rasuah.
Sementara itu, menurut Karpal Singh berkata, beliau akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak terbabit yang melemparkan fitnah dalam masa terdekat ini.
Katanya, tuduhan yang dibuat oleh ‘pihak yang tidak dikenali’ atau ‘anonymous’ tidak boleh dijadikan asas dalam perundangan.
“Tuduhan itu tidak berasas, tidak munasabah dan liar,” kata beliau.
Sebelum ini, surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dihantar ke rumah-rumah penduduk di situ sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong