INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Ogos 04, 2013

Ini kisah tuan siak Almarhum en. Ruslan yang meninggal ketika sujud.


Ini kisah tuan siak Almarhum en. Ruslan yang meninggal ketika sujud.
Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi. Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah ttg kehidupan yg telah dikemudi selama ini. Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan Rasul yg dpt dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) utk tatapan bersama...
Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu
Beliau bersama-sama bekerja utk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.
Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yg diikutinya. Oleh kerana itu beliau:
1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau menaiki.motor dengan
.....menaiki motor dengan berpayung.
2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dlm hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tpt beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.
3. Menyampaikan apa yg didengar ketika kuliah kepada ank2 dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.
4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.
5. Kata beliau lagi jgn sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda shj yg kita bawa bila mati - "ayah x ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh.... & insya Allah anak2 beliau yg soleh).
6. Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nnt solat jamaah beliau (surau) macamana pula...
Itu lah antara amalan beliau yg i
stiqamah kerana Allah. Beliau x bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dgn beramal soleh.
Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (x berapa ingat) yg meninggal dlm keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa mcm kita x boleh dapat ke mcm tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT. Rakan beliau yg pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.
Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian utk dimandikan dan seperti tidur.
Melihat kpd kak Mar yg sederhana dan lembut orgnya... yg sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.
Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu...rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar x banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya.... dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi.Tp beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al fatihah...

Semoga kita yg hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta...

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong