Oleh Syed Abdullah Syed Hashim
Usaha untuk membeli semua saham Koperasi Permodalan Felda
(KPF) dalam Felda Global Venture Berhad (FGVB) memang mengusarkan ahli KPF.
Kebanyakan pemegang saham KPF dengan jumlah yang tinggi adalah kakitangan Felda
yang bersara atau masih bekerja sama ada di anak syarikat Felda atau dengan
Felda Lembaga. Mereka ini menabung untuk masa bersara dalam KPF sejak dari mula
bekerja lagi. Mengharapkan memperoleh pendapatan yang tinggi di usia tua.
Memang hasil usaha petugas Felda itu diberkati Alllah, KPF memberi deviden yang
lumayan. Namun ramai yang tidak senang hati dengan kesenangan yang sedikit
pesara dan bakal persara Felda ini. Mereka tidak senang hati kerana mereka
tidak dapat menjadi ahli KPF dan menikmati deviden yang sama seperti kakitangan
Felda (memang begitulah orang melayu...biar dapat kesenangan kepada kaum lain
kerana ia tidak mendapat kesenangan itu... kata Prof Engku Aziz macam orang Red
Indian).
Maka, kakitangan Felda yang masih berkhidmat dipecah belahkan ( mengikut Al Quraan, untuk memecah belahkan kaum itu mudah sahaja, beri kelebihan kepada satu golongan dan tindas golongan yang lain). Maka kakitangan Felda yang mendapat kelebihan itu lupa segala-galanya kerana telah "dibeli" (walau pun mereka tidak menyedari pesan orang tetua, lepas jambatan tongkat dibuangkan). Maka bersetujulah mereka ini dengan cadangan membeli saham KPF oleh FGVH itu.
Ramai orang meramalkan KPF akan mengalami kehilangan pendapatan dengan penjualan saham itu, sedangkan FGVH belum pasti mendapat keuntungan. Akhirnya, siapa yang rugi...?
KPF adalah satu-satunya penghargaan kepada petugas Felda yang berusaha membangunkan Felda. Jika orang bertanya, mengapakan petugas Felda sanggup bekerja berpuluh tahun penuh setia dengan Felda, Jawapannya kerana sayangkan saham KPF ( seseorang petugas Felda itu akan lucut keahlian dalam KPF sekiranya berhenti dari Felda sebelum usia bersara wajib). Kini segala-galanya akan dirampas. Dirampas melalui perancangan dan persetujuan mereka yang bekerja dengan Felda atau menjadi peneroka Felda, tetapi mereka ini hanya melihat kesenangan dalam jangka masa pendek (begitulah melayu, fikiranya pendek... hanya mampu bertanam tanaman kontan sahaja)
Atas dasar ini, semua petugas Felda tidak bersetuju dengan penjualan saham KPF itu, tetapi tidak bersetuju di hati... perasaan takut menyebabkan mereka tidak mahu bersuara. Lagi pun yang berani bersuara pun dah lama hilang dari Felda.....
Begitulah nasib bangsaku di tanah air sendiri....

1 ulasan:
Fgv ragus tak reti nak buat untung,berbelanja sakan
Catat Ulasan