Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, saya tidak mahu bermusuh dengan Majlis Belia Felda dan Persatuan2 Belia. Sebagai anak peneroka, apa faedahnya bagi saya dan Ngo ANAK bertembung dengan Badan2 belia yang ada. Walhal, tuntutan kita adalah sama.
ANAK berjuang untuk mendapatkan rumah Generasi ke 2, tanah Felda Plantation dan projek sosio ekonomi di Tanah Rancangan Felda. Kita boleh berbeza idealogi politik, namun perjuangan untuk Generasi Baru Felda adalah tanggungjawab bersama.
Apa yang dikesalkan, terdapat sesetengah pemimpin belia lebih suka bertempur sesama sendiri. Mereka ini sepatutnya fokus kepada tuntutan anak muda di Felda. Apa hala tujunya, bukan sekadar berbangga dapat gelanggang futsal semata2.
Dengan tidak menafikan minat dan selera terhadap kegiatan sukan dan hiburan, bagi saya ia sekadar sampingan. Persoalan utama adalah kehidupan, jaminan pekerjaan dan pembangunan sosio ekonomi. Dasar belia Felda mesti dilaksanakan kearah pengambilalihan kepentingan strategik di Felda untuk hari ini dan masadepan.
Belia Felda bukan pak turut yang hanya menurut kehendak Isa Samad dan pemimpin politik, yang nilainya beberapa ringgit sahaja. Bila ada Kembara Oren atau majlis penerangan anjuran Pakatan Rakyat, belia ini diupah untuk buat kacau. Berasa seronok kerana berjaya sekat dan gagalkan program. Faedahnya apa?
Yang kenyang dan membolot kekayaan di Felda siapa?
Hidupnya hanya meminta2 pada pemimpin politik yang menabur benda hanya pada waktu yang diperlukan sahaja. Mana maruah dan harga diri kita?
Saya mengambil masa yang lama sebelum mengemukakan saman malu/fitnah keatas Presiden Majlis Belia Felda, Anuar Manap dan Ketua Penerangannya, Wan Zawawi. Saya lebih mendiamkan diri atas tuduhan dan fitnah yang disebarkan. Saya sedia dikritik kerana sebagai manusia biasa, kita ada kelemahan dan cacat cela.
Rupa2nya, bila saya berdiam diri, mereka semakin melampau. Membuat tuduhan dan disebarkan secara meluas di laman sosial. Tujuannya untuk mengaib dan menjatuhkan nama baik saya. Ramai kawan termasuk peguam mendesak saya agar mengambil tindakan saman bagi membersihkan tuduhan tersebut. Jika berdiam diri, ada yang kata, tuduhan itu mungkin betul.
Semasa penyerahan memorandum di HQ Felda, 28 dis 2012, ucapan Anuar Manap dan Wan Zawawi yang mengetuai Majlis Belia Felda; yang kononnya nak pertahan Felda, terlalu biadap. Ucapan mereka disebar dengan begitu meluas melalui Youtube dll.
Mereka menuduh saya makan duit peneroka Kemahang 3 yang menang kes Kadar Perahan Gred. Bersekongkol dengan Lawyer Wan Rohimi sapu duit peneroka dan berbagai tuduhan lain. Oleh kerana tohmahan semakin menjadi2 diambang pru 13, lama kelamaan saya terasa amat hina berdiam diri begitu sahaja.
Saya melantik Lawyer Hj Haris Abdullah memfailkan saman keatas Anuar Manap dan Wan Zawawi. Kedua2nya mesti membuat permohonan maaf secara terbuka di semua media utama dan membayar gantirugi. Mereka enggan.
Isnin ini perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya difahamkan kedua2nya gelabah. Bukti ucapan mereka pihak peguam ada. InsyaAllah, bahan bukti akan dikemukakan. Saya simpati terutamanya kepada Anuar Manap sebab beliau adalah Ahli Parlimen Sekijang. Silap haribulan boleh tergugat kedudukan beliau sebagai MP.
Sekadar mengingatkan kepada mereka dan kuncu2nya, jaga budi bahasa. Jangan celupar sangat. Buruk padahnya. Pada waktu ini saya sedang bincang dengan lawyer untuk ambil tindakan terhadap Datuk Ahmad Maslan, yang kini Timbalan Menteri Kewangan. Bukti dia fitnah saya sedang dikumpul.
Sesekali kena diajar puak2 ni....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan