INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Januari 21, 2014

CEO KPF dipetibekukan?


Sidang Media ANAK tengahari ini mendedahkan maklumat dalaman, antaranya; CEO Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd(KPF) Mazlan Talib dipetibekukan dari jawatannya. Mazlan mengetahuinya sekembalinya dari menunaikan umrah 30 dis lalu. Lembaga Pengarah KPF membuat keputusan pada 27 dis lalu. Alasan 'penyingkiran' tidak diketahui, namun ada kaitan dengan usaha pembersihan saki baki dari kumpulan bekas Pengarah Besar Felda, Dato' Dzulkifli Abd Wahab. Puan Sakinah Salleh, Timbalan CEO KPF, memangku jawatan CEO KPF pada waktu ini.

Mazlan Talib adalah seorang pegawai kanan yang dedikasi dan berkhidmat dengan cemerlang sehingga KPF muncul koperasi terbaik di Malaysia. Siapakah lagi mangsa balas dendam selepas ini?

Maklumat terkini juga melaporkan bahawa Pengarah Besar Felda, Dato' Faizoull Ahmad telah meluluskan sumbangan kepada Kelab Felda United sebanyak RM 1 juta baru2 ini. Sumbangan menggunakan dana KPF ini sangat diragui atas kedudukan Faizoull sebagai Presiden Felda United. Bukan sahaja conflict of interest, tetapi kewajaran sebuah koperasi memberi peruntukan dalam jumlah yang terlalu besar.ANAK menyokong pembangunan sukan di Felda, tapi salahguna wang koperasi adalah sangat dikesalkan. Sewajarnya, FGVH yang menyelia dan menaja Kelab Felda United.

Sidang Media juga melaporkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membayar saguhati dari perolehan 51% ekuiti KPF dalam Felda Holding ke dalam FGVH. Pengerusi dan Lembaga Pengarah KPF memperolehi RM40 ribu, manakala bekas Lembaga Pengarah KPF antara RM 15-25 ribu.

Apa yang menimbulkan tandatanya, Dato' Faizoull baru mempengerusikan KPF tidak sampai 6 bulan, bagaimana nilaian saguhati yang begitu tinggi di bayar kepada beliau.

Nampaknya para pemimpin tertinggi Felda dan FGVH sedang berjoli harta para peneroka. Peneroka dan Gen 2 dapat apa????
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuba tengok siapa dapat habuan dari tajaan wang KPF rm1 juta utk Felda United FC. Sedara isa Samad sebagai Pengurus FU gaji rmxx,xxx.oo, gaji org FAM sebagai pengarah sukan rmxx,xxx.oo, para pemain anak Kelantan gaji gile2 sakan, elaun Presiden FU rmx,ooo.oo, elaun lembaga pengarah Felda yg jadi ALP FU rmx,ooo.oo, bonus menang seri setiap kali perlawanan kepada para pemain, jurulatih, Pengurus dan termasuk DG Felda dan para pengarah Felda, birthday party utk Presiden FU pada Mei bersama para pemain FU, penginapan, perjalanan, dinner, keraian para pengarah Felda yg menonton FU, lawatan sambil melancong perlawanan persahabatan, elaun perjalanan pengarah sukan Felda dan macam2 lagi tak terkira lah.
Agak2 KPF bole bayar dividen 40 peratus kpd ahli KPF tahun ini selepas menaja FU? Tentu lah boleh sebab KPF dah masuk TV! Tengok tu Pengerusi Felda mengetap bibir geram pasal DG Felda selalu masuk TV lawan toke!!!!

Tanpa Nama berkata...

Biarkan lah dah itu yg warga felda pilih nak uat macam mano, cempodak dah jadi buah nangko itu kato isa samad

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua ahli KPF, berilah sedikit masa utk menatap sekejap isu KPF. Sejak tahun 2011, KPF telah diasak bertubi2 utk diambil aleh oleh FGV. Bukan saja diasak, tetapi beberapa individu turut menjadi mangsa. Apa yg dipertahankan oleh Dato Zul selaku Pengerusi KPF, Dato Suhaimi selaku Bendahari dan Hj. Abidin telah menjadi kenyataan. Mereka bukan saja menjadi mangsa tetapi telah diaibkan begitu rupanya. Allah sangat mengetahui betapa tekanan perasaan yg dilalami mereka selepas diaibkan.
KPF telah dipintas, ditindas dan dicantas. KPF menjadi idaman sehingga ada orang mengigau dan sasau seketika kerana tidak dapat menjadi Pengerusi. Akhirnya dapat juga jawatan Pengerusi KPF dirampas oleh poroksi!
FGV akhirnya dpat mengambil ekuiti KPF secara paksa dlm Felda holdings dengan harga cheap sale. Harga lelong pun lagi mahal. Mana kan tidak? FGV sanggup membeli Pontian Plantations dengan harga rm142 sesaham berjumlah rm1.2billion. Semua ahli tahu Pontian Plant adalah sebuah sykt kecil untung tahunannya sekitar rm30 juta dan dimiliki oleh bukan bumi dan Pengerusinya org kuat DAP. Samada FGV ditipu atau bodoh kena tipu adalah soal lain. Yg dipersoalkan kenapa harganya tinggi melambung dan FGV sanggup ditipu bulat2!!!! Sebelum itu FGV mengambil aleh ekuiti Felda sebanyak 49 peratus dlm Felda Holdings dengan harga rm52 sesaham. Pengambilan ini menyebabkan Felda kehilangan pendapatan kira2 rm250 setahun.
Tidak cukup lagi tamak FGV, ekuiti KPF dipaksa dijual dengan harga yg tak masuk akal. Harganya cuma rm19.61 sesaham dgn jumlah rm 2.2 billion. Harga yg begitu rendah menyebabkan KPF hanya menerima rm2.2 dari harga sepatutnya rm6.3 billion. Semua tahu siapa yg berunding dgn FGV. Semua tahu angkara siapa yg menyebabkn ahli terpinga2 disebabkan harga yg murah. Harga yg dijual ini boleh diibaratkan seperti seorg ayah menyerah anak dara kepada tok batin asli.
Akibat penjualan murah ini telah menyebabkan ahli KPF melepas mendapat durian runtuh yg sbenar2nya. Saham ahli KPF berjumlah kira2 rm1.45 billion tak punya nilai. Pada hal untung KPF dari operasi sykt di bawah Felda holdings menghasilkan pulangan rm350-rm400 juta setahun. Cuba kita bandingkan dengan Pontian Plant untung tahunan dan kesanggupan FGV membeli saham KPF. Cerdik, bijak, geliga, pintar pandai sungguh Pengerusi baru KPF berunding dengan si gagak FGV! Ahli KPF terlepas mendapat durian runtuh dlm bentuk bayaran dividen yg tinggi atau peningkatan saham KPF dari rm1 kepada rm4 sesaham! Jika peneroka ada 10 ribu unit saham, mereka melepas utk meningkatkan nilai saham dari rm10 ribu kpd rm40 ribu. Jika Pengerusinya ada otak, akalnya bagus dan hatinya bersih, sudah tentu peneroka dan semua ahli KPF mendapat durian runtuh yg setimpal dengan penat jerih membangun bersama KPF.
Kerja menjual saham, melupuskn harta org Melayu dan mengurangkan pegangan ekuiti milik Bumi dalam pasaran modal bukan lah kerja org Cina atau org India. Ini semua kerja org Melayu yg mendabik dada konon nak bela dan nak menjaga harta org Melayu khususnya peneroka. Kononnya mereka ini pejuang tulen petahankan hak peneroka.!!
Apa gelaran patut diberikan kpd org2 yg menipu KPF? Pengkhianat? Petualang? Penipu? Penindas? Penjajah? Apa lagi?????

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong