Adalah menghairankan, fokus utama Yayasan Felda terhadap
Kebajikan, Latihan&pendidikan dan Kesihatan sejak ditubuhkan pada tahun
1998, dengan visi sebagai peneraju utama pelaksana tanggungjawab sosial; bajet
terhadap Kolej Felda sekitar RM16 juta setahun di potong hingga tinggal RM5
Juta sahaja!
Beli hotel, apartment, ladang dan berbagai pelaburan
bernilai bilion ringgit dibuat dengan cepat, untuk pendidikan anak peneroka
yang jumlahnya begitu kecil pun berkira?
Projek usahasama pendidikan dengan Universiti Lim Kok Wing
memakan belanja berkali ganda jika dibandingkan dengan Kolej Felda dan tidak
pernah disemak sejauh mana kejayaannya, kenapa Kolej Felda yang cuma ada di
Kelana Jaya, Trolak, Mempaga dan Raja Alias mahu di ganggu?
Mana dia pembangunan modal insan yang acapkali di sebut oleh
Faizoull Ahmad?
Apa gunanya MOU dengan Kolej West Cheshire & Universiti Chester yang di
war2 lanjutan daripada Kolej Felda?
Perkembangan terkini ini mengingatkan saya pada kertas
cadangan penyenaraian FGVH ke
Saya berpandangan inilah kesan2 yang menjadi malapetaka
kepada warga Felda khususnya Anak2 Peneroka yang dahagakan kursus dan latihan
kemahiran. Pemotongan bajet terhadap Kolej Felda jika dilaksanakan akan
membunuh impian ribuan anak2 peneroka seluruh negara.
Saya tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Isa Samad dan
Faizoul Ahmad. Saya mengharapkan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda minggu depan,
bukan memotong bajet untuk Kolej Felda, tetapi peruntukan ditambah sebanyak
mungkin. Bukan itu sahaja, perkembangan pendidikan di Felda yang dulunya ada
insentif untuk anak2 yang berjaya masuk ke IPTA, peruntukan tuisyen percuma
untuk UPSR/ SPM, pembangunan sekolah berasrama penuh Felda, MRSM Felda di
Trolak; ditingkatkan pembiayaannya agar lebih ramai yang beroleh manfaat.
Saya amat berharap Isa Samad, Faizoull Ahmad dan Ahli
Lembaga Pengarah Felda waras dalam membuat perkiraan dan pertimbangan. Jangan
lupa sejarah panjang bagaimana Felda dibangunkan. Kesilapan dalam membuat
keputusan, kesannya amat dalam...
' Ada
kuasa dan pengaruh, biar berjasa. Hidup dikenang orang, diingati khidmat
baktinya sepanjang hayat. Jangan dibariskan sebagai petualang dan pengkhianat
terhadap bangsanya sendiri ', Nauzubillah.......
1 ulasan:
Yayasan Felda adalah dipengerusikan oleh isa samad. Yayasan adalah milik peribadi isa bersama isterinya. Mesti diingat, Yayasan adalah tempat isa dan bibi mencari pengaruh dan lubok berteduh bagi kedua pasangan ini. Peruntukan Yayasan tiada batas dan hadnya. Ia tidak tertaklok kpd peraturan Kerajaan. Jika isa mahu tunai beratus ribu pun, tiada siapa bole soal. Setiap kali Pilihanraya kecil atau PAU UmNO, Yayasan akan bergerak ke depan. Tiada siapa bole tanya kemana Dana Yayasan diagihkan. Semua masih ingat kontrak bekalan vitamin kpd para jemaah haji yg harganya berlipat ganda dan diberikan terus kpd CCM dimana anak isa Samad bekerja di situ. Apa jadi kes yg disiasat SPRM.? Apa jadi kes bekalan uniform sekolah yg komisennya rm75 seorg pelajar? Kalau 11 ribu pelajar cuba kira komisennya?
DG faizoull buat statement nak kurangkan peruntukan kolej yg dikendalikan oleh Yayasan. Sebulan yg lepas isa buat kenyataan nak teruskan kolej2 dengan berbagai program latihan. Jadi, ada dua yg berkuasa di Felda iaitu Pengerusi dan DG. Satu kata nak terus dan satu lagi nak potong peruntukan. Soalnya berani kah Faizoull menentang bosnya? Beranikah dia persoalkan lembaga yg dipengerusikan isa ? Berani kah dia menghadapi risiko? Berani kah dia berhadapan dgn percaturan isa? Dengar kabar ada org sedang menunggu peluang merebut tempat kerusi panas DG Felda. Ada org sudah berangan2 menempah kot baru! Jadi, dengan isa jangan main2. Cablenya kuat, akarnya ibarat akar tunjang di samping lincahnya ibarat pacat dalam kangkong!!!!
Catat Ulasan