INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI


BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
 Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)

PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25


LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)

TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)

DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)

TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)

Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)

MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)

HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)

PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)

Widget by Beautiful Beta

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Januari 11, 2014

Selepas rugi RM29.14 juta, FGV saman lembaga pengarah anak syarikat

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memfailkan saman terhadap 12 bekas Ahli Lembaga anak syarikat yang dibelinya, Pontian United Plantation Bhd (Pontian) atas dakwaan pecah amanah melibatkan kerugian sebanyak RM29.14 juta kepada syarikat tersebut.
Menurut kenyataan FGV ke Bursa Malaysia kelmarin, saman yang difailkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan 12 defendan iaitu Dr Chen Man Hin, Soo Lim Pang, Khoo Siong Kee, Soh Lim Chang, Soo Chong Veoy, Tan Kim Hai, Dr Wong Shiak Sun, Wong Loi, Khoo Lian Fue @ Khoo Bing Sing, Chew Ah Siong, Dr Christopher Chen Li Hsian dan Dr John Chen Li Tat, seperti dilapokan Utusan Malaysia, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata Pontian diambil alih oleh FGV pada 1 Oktober 2013 lalu.
Beliau berkata, pengambilalihan itu akan meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) syarikat sebanyak 80,000 tan metrik setahun, selain kumpulan mendapat manfaat daripada sinergi yang terhasil membabitkan operasi kedua-dua ladang di Sabah.
Sementara itu, menurut sumber, semua bekas ahli lembaga pengarah itu termasuk Man Hin yang juga Penasihat Seumur Hidup DAP didakwa bertindak menyalahgunakan kuasa mereka untuk meluluskan beberapa transaksi demi kepentingan diri pada 3 September tahun lalu.
Bekas ahli lembaga pengarah terbabit mengadakan Mesyuarat Tergempar Lembaga dan mencadangkan pembayaran gratuiti berjumlah RM28.7 juta dan bajet percutian RM432,000 tanpa pengetahuan FGV.
Sumber itu memberitahu, mesyuarat tersebut dibuat hanya sehari selepas pengambilalihan Pontian United Plantation oleh FGV dimuktamad pada 2 September melibatkan kos RM1.2 bilion manakala pembayaran transaksi kepada bekas ahli lembaga pengarah berlaku pada 6 September.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat pada 3 Januari lalu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun selain sebatan serta denda.
"Kita kesal dengan apa yang berlaku kerana jelas segala transaksi yang dilakukan oleh mereka adalah penyelewengan ke atas aset Pontian United Plantation, sedangkan selaku pemilik saham majoriti dengan jumlah 50.25%, sebarang keputusan memerlukan kelulusan FGV.

"Tindakan undang-undang adalah jawapan terbaik bagi menyelesaikan isu itu kerana perbuatan mereka secara sedar mengadakan Mesyuarat Tergempar Lembaga dengan tergesa-gesa bagi tujuan pecah amanah tidak boleh dibiarkan," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. – 10 Januari, 2014.

Sumber dari SINI
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FGV sanggup berhempas pulas membeli Pontian Plantations dgn harga rm140 sesaham berjumlah rm1.2 billion. Ekuiti Felda 49 peratus dlm Felda holdings pula dibeli FGV dgn harga rm52 sesaham atau jumlah rm5.6 billion. Sebaliknya ekuiti KPF dlm Felda holdings sebanyak 51 peratus dikelentong dan ditipu FGV dgn harga rm19.61 sesaham. Jadi, siapa jadi pengkhianat kpd peneroka?
Kabarnya KPF sudah menerima bayaran daripada FGV berjumlah rm2.314 billion terdiri rm2.2 billion bayaran ambil aleh 51 peratus ekuiti dan selebihnya adalah bayaran dividen syarikat yg KPF ada kepentingan. Sedihnya dan pilunya. Tak siapa yg sedar FGV kelentong bulat2 KPF milik peneroka dan kakitangan.
Saban tahun KPF meraih dividen dari Felda holdings sekurang2nya rm250 juta. Ini membolehkan KPF mampu membayar dividen kpd ahlinya purata 15 peratus setahun. Apa jadi kpd KPF tahun2 akan datang?
Sekarang KPF ada tunai yang banyak. Kalau tolak interim dividen 10 peratus yg dibayar baru2 ini, KPF masih miliki tunai yg begitu tinggi setelah di campur tunai yg sedia ada.
Dalam pada itu tunai Felda makin susut. Congak punya congak, baki tunai Felda hanya mampu bertahan utk tempoh beberapa bulan saja kerana komitmen yg banyak. Lagi pun Felda dah banyak keluar belanja melabur sana sini yg tak dapat dipastikan untung atau tidak. Kalau untung sabut timbul lah, kalau berat batu maka tenggelam lah jadinya. Sebab itu ahli KPF jangan lah terkejut kalau esok lusa KPF dikerah paksa lagi membeli saham FGV yg dipegang oleh Felda. Katakan 10 peratus saja, maka dianggarkan KPF terpaksa menanggong rm1.6 billion? Felda pulak mungkin untung atas angin utk menokok tambah kocek yg kian kontang.
Siapa punya kerja menjahanamlingkupkan KPF? Siapa jadi pengkhianat kpd peneroka?
Siapa tahu cerita2 KPF? Siapa jadi tukang buli dan siapa jadi guli? Menangis air mata darah pun KPF tak kan dapat diselamatkan

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong