Ancaman berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor menjadi punca PKR meletakkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata ahli Parlimen PAS.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat (PR) bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum PKR itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
"Ancaman Umno tahap maksimum. Beliau tidak boleh benarkan Selangor dimenangi PR untuk sesi penggal ketiga," kata Khalid ketika sidang media di ibu pejabat beliau di Shah Alam, petang tadi.
"Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun. Boleh jumpa pegawai kerajaan untuk elakkan sabotaj," katanya.
Beliau turut berkata, Umno kini dipercayai sedang mengukuhkan usaha mereka dalam cubaan merampas Selangor melalui usaha sabotaj.
"Sangat kuat ancaman Umno di Selangor. Usahanya satu usaha yang akan dan sedang dipertingkatkan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Anwar pada Selasa telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan beliau bertanding di kawasan itu.
Kawasan DUN Kajang membentuk populasi sejumlah 48% berbangsa Melayu, 40% Cina, 10% India, dan bakinya lain-lain kaum.
Barisan Nasional (BN) jelas Khalid berupaya merampas Selangor melalui kemarahan rakyat dengan berlakunya beberapa peristiwa, termasuk menggagalkan beberapa projek negeri.
Malah, krisis dalaman PKR juga jelasnya akan dapat dikekang dengan meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Krisis Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, ini menjejaskan operasi. Dengan adanya Anwar dalam kerajaan mungkin masalah ini akan dikurangkan dan ditambah baik perjalanan kerajaan termasuk mengatasi usaha sabotaj yang kita nampak sedang berlaku.
"Ada projek kerajaan negeri yang tak bergerak. Ada projek tergendala," katanya.
Khalid turut memuji tindakan Lee yang sanggup melepaskan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar, meskipun tindakan berkenaan menerima kecaman banyak pihak.
"Ini berbeza dengan melompat parti ataupun khianat. Beliau telah berkorban. Kalau orang Umno, berebut nak kerusi jadi Adun...sogoklah, rasuah nak jadi Adun. Ini dah jadi Adun dia berkorban atas arahan parti.
"Rayuan saya kepada pengundi di Kajang, setelah Lee buat pengorbanan sedemikian rupa, janganlah mempersia-siakan pengorbanan beliau," katanya lagi, dan menambah Lee turut berkorban dengan memberikannya kepada calon yang dianggap lebih baik daripada dirinya. ~tmi
http://addin77.blogspot.com/2014/01/patutlah-anwar-bersungguh-sungguh-nak.html
PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.
"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.
"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.
"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.
"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.
Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.
Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.
"Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya.
Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.
"Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.
Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.
PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.
Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.
Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.
Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.
Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.
Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor.
http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2014/01/penjelasan-rafizi-elok-dimengerti.html
10 ARTIKAL TERKINI
BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)
PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25
LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)
TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)
DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)
TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)
Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)
MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)
HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)
PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)
Widget by Beautiful Beta
CARIAN BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
1 ulasan:
Salam saudara!
Tolong linkkan blog saya . Terima Kasih.
http://salatusalatin.blogspot.com/
Catat Ulasan