Laporan polis itu dibuat terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Faizoull Ahmad dan sembilan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.
Jelas Presiden Anak, Mazlan Aliman, Mesyuarat Agong Khas KPF pada 27 Oktober tahun lalu telah meluluskan penjualan kepentingan KPF di dalam Felda Holding Berhad (FHB) sebanyak 51 peratus atau RM2.2 bilion pada harga RM19.61 sen sesaham.
Manakala, Felda Badan Berkanun pula telah menjual 49 peratus kepentingannya di dalam FHB sebanyak RM5.7 bilion atau RM52 sesaham.
Katanya, amat menghairankan kenapa Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah KPF tidak mengambil pendirian tegas agar KPF juga dibayar pada harga yang sama seperti Felda Badan Berkanun iaitu RM52 sesaham.
"In yang kita hairan dan kenapa Lembaga Pengarah KPF dan pengerusinya tidak bertegas agar KPF turut dibayar pada harga yang sama iaitu RM52 sesaham.
"Sedangkan harta yang dilepaskan oleh FHB kepada Felda
Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) adalah sama sepertimana yang
dilepaskan oleh KPF sebelum ini, yang berprestasi tinggi menghasilkan dividen
sehingga 10 hingga 16 peratus setahun kepada KPF dan ahli-ahlinya,"
katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang
Wangi.
Menurutnya lagi, tiga buah firma penyelidikan pasaran saham yang berwibawa iaitu TA Securities, Kenanga Research dan CIMB telah membuat anggaran nilai pasaran bagi 51 peratus kepentingan KPF di dalam FHB dan nilai masing-masing ialah RM4.081 bilion, RM3.207 bilion dan RM2.860 bilion.
"Ini bermakna harga yang diputuskan oleh perwakilan di dalam mesyuarat itu di antara RM0.66 hingga RM1.881 bilion lebih rendah berbanding penilaian-penilaian berkenaan.
"Amat menghairankan bila Pengerusi KPF dan ahli-ahli lembaga pengarahnya tidak langsung menggunakan penilaian berkenaan dalam merundingkan harga yang wajar ditawarkan kepada fGV," jelas beliau.
Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak, Dr Rosli Yaakob memberitahu KPF telah mengupah firma perakuanan antarabangsa yang terkenal, Ernst & Young (EY) untuk membuat penilaian ke atas 51 peratus saham itu, KPF dicadangkan menjual kepentingan kepada FGV pada harga RM2.328 bilion hingga RM2.568 bilion.
Jelasnya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Pengerusi KPF dan Ahli Lembaga Pengarah telah mengenepikan nasihat tersebut, sebaliknya mencadangkan kepada perwakilan meluluskan harga RM2.2 bilion bagi penjualan 51 peratus kepentingan.
"Persoalannya kenapa mereka semua mengambil keputusan sedemikian sedangkan beberapa agensi yang bertauliah telah membuat penilaian harga.
"Kenapa mereka di dalam KPF gagal mengambil sikap dan pendirian serta berusaha bersungguh-sungguh ke arah mendapatkan harga terbaik bagi menjual 51 peratus kepentingan KPF di dalam FHB, sedangkan itu amanah yang diberikan kepada mereka oleh ahli-ahli koperasi," tegas beliau.
Tambah beliau, memandangkan faktor-faktor tersebut, Anak mempunyai alasan untuk meragui dan mengesyaki dan beranggapan bahawa Pengerusi Lembaga KPF dan Ahli Lembaga Pengarah telah melakukan pecah amanah jenayah di dalam penjualan 51 peratus di dalam FHB kepada FGVH.
Dalam pada itu, Anak menggesa agar pihak polis melakukan siasatan segera secara menyeluruh yang berkemungkinan perbuatan pecah amanah telah berlaku sehingga melibatkan kerugian mencecah angka bilion Ringgit Malaysia.

- Harakahdaily.
Lontaran soalan Naraza Muda
Tahukah kamu kenapa Isa samad libatkan peneroka dengan pinjaman intitusi bank berkait dengan pinjaman pembiayaan 800 unit saham FGV?
Kenapa tidak diambil sebahagian durian runtuh RM15,000?
Jumlah duit untuk memiliki 800 unit saham hanya RM3640.00
Amaun ini sepatutnya pihak Isa Samad tidak perlu heret peneroka ke kancah pinjaman.
Tahukah kita berapa duit keuntungan yang diperolehi oleh pihak perbankan hasil dari transaksi ini?
Setiap peneroka dikenakan penangungan kos pengurusan untuk pinjaman RM3640.00 sebanyak RM200.00 setiap peneroka . RM24juta !!!! hanya wang proses yang peneroka kena.
Tiba- tiba pihak kerajaan umum prihatin dengan Peneroka Felda yang terpaksa menanggung hutang di bank dan atas sebab itu Felda menanggung segala hutang peneroka dan peneroka terpaksa duit mereka dipotong RM50.00 setiap bulan.
Soal di sini kenapa tiada kajian terperinci dibuat sebelum memaksa peneroka membuat pinjaman?
Bagaimana duit RM24juta itu??
Saya merujuk isu KPF menyerahkan kepentingan mereka dalam Felda Holding.
Penjualan 51% ekuiti milik KPF kpd FGVH di lihat sangat meragukan apabila tiada dokumen berkaitan disediakan kepada perwakilan dan pemegang saham kpf di Mesyuarat Agung 27 okt 2013 di dewan Banquet Menara Felda .
Wajarkan penyerahan ekuiti ini di buat secara undi angkat tangan? Nilai perpindahan berbilion ringgit ini dibuat seperti mesyuarat jkkk.
Perpindahan 112,199,999 unit saham persamaan 51% ini melibatkan nilai RM2.2bilion ataupun RM19.61 sesaham.
Apa yang menjadi pertanyaan mengapa penjualan ini dibawah harga penilai yang dilantik KPF sendiri.
Firma penyelidikan CIMB pada 19/7/13 menilai 51% ekuiti yg dipegang oleh KPF dalam Felda Holdings Berhad ialah RM2,860 juta dan TA Securities menilai sehingga RM 4,081 juta.
Mengapa pihak KPF melepaskan saham KPF dalam FHB dibawah harga sepatutnya?

1 ulasan:
Secara tak resmi sebenarnya pengrusi kpf ialah isa samad walaupon faizol sebagai pengrusi. Faizol ibarat lembu dicucuk hidung. Faizol hanya la kuda tunggang. Apa tidaknya? Selepas kpf menerima bayaran rm2.2 dari fgv, isa telah mengutus nota mengarahkan faizol utk kpf membeli beberapa unit hartanah sekitar lembah klang. Harga sudah dtetapkan. Org tgh sudah tersedia menerima komisen. Peniaian hanya ambik syarat saja. Itu ini yg untung ialah penjual dan org tgh. Yg rugi ialah kpf yg tgh loaded. Skrg apa peneroka bole buat? Bantah skm? Lapor sprm? Lapor polis? Hanya sia sia saja sbb perwakilan sudah sebulat suara setuju jual. 4 org yg membantah jadi bahan ejekan saja dan dipermain2kan dlm mesyuarat egm. Peneroka sendiri pun tak kisah hal kpf. Nak lingkup ke nak rugi lain cerita. Cukup tahun peneroka disogok mcm2. Isa samad dtg ranc sanggup dicium tgn. Terima lah hakikatnya duit mengatasi segalanya. Kesetiaan bukan lagi terletak pada perjuangan kebenaran tetapi terletak pada duit. Benarlah cerita dlm filem ahmad albab sayang dan kasih kpd bapak ibarat intan emas berlian....
Catat Ulasan