INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Februari 22, 2014

MAZLAN DITAHAN DILAPANGAN TERBANG SIBU


Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman sekali lagi ditahan dari memasuki Sarawak. Kali ini beliau ditahan Lapangan Terbang Sibu. 

Dalam FB peribadinya Mazlan menulis bahawa;

"Saya di tahan oleh Pihak Imigresen setibanya di Airport Sibu jam 11.25 pagi ini. Alasan, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak."

"Saya tidak dikehendaki oleh Kerajaan Sarawak,” kata pegawai Imigresen.

“Saya yakin ia ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang akan dirasmikan Presiden PAS di Beting Maro esok.”

Sebelum ini beliau telah ditahan atas alasan yang sama.
-Harakahdaily

Sdr Naraza semasa buat laporan polis
gambar buat laporan polis
KENYATAAN AKHBAR BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SARAWAK

22 Februari 2014 / 22 Rabiul akhir 1435M

Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak kesal dengan penahanan Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Penangkapan ini amat tidak wajar kerana tidak ada asas kukuh mengapa Mazlan ditahan. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak. Alasan yang diberi oleh pihak Imigresen yang menyatakan bahawa pihak Pejabat Ketua Menteri tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak adalah jelas suatu pencabulan kepada sistem undang-undang di negara kita khususnya Sarawak.

Sudah menjadi amalan di mana-mana juga di dunia ini, seseorang yang ditahan atau dihalang dari memasuki sesuatu negara atau negeri mestilah dibuktikan bersalah dan fakta-fakta kukuh dan konkrit.

Jelas sekali penahanan Mazlan ini adalah bersifat politik dan ia adalah ulangan kepada penahanan yang dikenakan terhadap beliau pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

Pihak-pihak tertentu jelas takut dengan pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan dan skandal tanah melibatkan pemimpin-pemimpin BN di seluruh negara khususnya Sarawak. Mazlan melalui NGO Anak dilihat menjadi duri dalam daging kepada penyangak-penyangak tanaj yang menjadikan tanah rakyat sebagai habuan mereka mengumpul kekayaan.

Badan Perhubungan PAS Sarawak menggesa Pihak Imigresen supaya tidak tunduk kepada desakan politik dalam menjalankan tugas mereka. Amat merbahaya jika Jabatan Penguatkuasa seperti Imigresen tunduk kepada tekanan politik seperti kes Mazlan ini. Kami menggesa Mazlan segera dibenarkan memasuki Sarawak untuk meneruskan program Himpunan Tanah Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok di Dun Beting Maro. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Tanah dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak.

Sementara itu kami juga kesal dengan beberapa kes ugutan yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada Ahli Jawatankuasa Program dan peserta-peserta program esok. Salah seorang AJK kami diugut akan ditangkap jika datang ke kawasan beberapa Rumah Panjang di Beting Maro untuk mengajak penghuni Rumah Panjang hadir ke program esok.

Selain itu kami juga percaya Tuai beberapa Rumah Panjang di kawasan tersebut juga telah diugut sehingga mereka tidak berani untuk memberikan kerjasama kepada program kami sedangkan semalam mereka begitu bersemangat untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

Tindakan ini adalah suatu tindakan primitif dan tidak professional pihak tertentu yang jelas takut kepada bayang-bayang sendiri. Mereka takut penghuni di Rumah Panjang seperti Manggu Manggeris, Mutton Jawi dan lain-lain terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha PAS untuk mengembalikan hak kepada rakyat Sarawak dari segi pemilikan tanah.

Andri Zulkarnaen Hamden @abusiraj Almuner
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak



Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Cik Salju berkata...

Assalamualaikum,

maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu tentang sebuah posting yang hot & juga info yang amat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong