Satu
kemalangan yang membabitkan sebuah lori yang membawa produk nadir bumi Lynas,
mengakibatkan ia bertabur atas jalan persekutuan Kuala Lumpur-Kuantan di
Lanchang, Pahang, pagi ini dan ditutup kepada lalulintas.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Abdul Aziz Salleh berkata pihak
berkuasa menerima laporan mengenainya pada jam 9 pagi ini dan ia berlaku di
kilometer 149 jalan tersebut berhampiran Lanchang.
Bercakap
kepadaMalaysiakini hari ini, beliau berkata lori itu membawa 15 bekas
berisi cecair kimia, iaitu PrND Chloride, dan 13 daripadanya bertaburan di atas
jalan raya.
Beliau berkata, empat daripadanya pecah dan menyebabkan cecair kimia tumpah ke
atas tanah.
Apabila ditanya sama ada cecair kimia itu dianggap berbahaya, Abdul Aziz
berkata ia adalah "tidak begitu berbahaya" tetapi akan berasa gatal
jika menyentuhnya.
Katanya lagi, cecair itu tidak boleh masuk ke dalam air dan jika ia masuk ke
dalam sungai, ikan di dalamnya mungkin mati, tetapi menurutnya tidak ada sungai
di situ.
Beliau
berkata tempat itu dineutralkan oleh sepasukan pakar dari Lynas dan juga
Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).
Abdul Aziz berkata, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kecuaian pemandu
yang tidak mengikat dengan baik barang-barang tersebut.
Katanya, pihak polis akan menyiasat kes itu mengikut peraturan 19 Peraturan
Lalulintas 1959 (barang muatan jatuh dari kenderaan).
Bagaimanapun, pengurus besar perhubungan awam komunikasi Lynas
Malaysia, Amin Abdullah menegaskan bahawa produk nadir bumi itu selamat dan
tiada radioaktif.
"Kami tidak tahu sama ada pemandu itu memandu laju atau sebab-sebab
lain," katanya sambil menambah kemalangan yang berlaku pagi ini tidak
mengakibat kecederaan atau maut.
Ketika
dihubungi Malaysiakini petang ini, Amin berkata, produk tersebut
tidak berbahaya dan ianya disahkan selamat untuk diangkut ke luar negara dan
semua sijil ada.
Ketika diminta mengulas kenyataan polis bahawa cecair itu boleh membunuh ikan,
Amin enggan mengulas kerana beliau mendakwa tidak mempunyai maklumat tersebut.
meG �
s a pua �
produk nadir bumi itu selamat dan
tiada radioaktif.
"Kami tidak tahu sama ada pemandu itu memandu laju atau sebab-sebab
lain," katanya sambil menambah kemalangan yang berlaku pagi ini tidak
mengakibat kecederaan atau maut.
http://www.malaysiakini.com/news/258525
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Sabtu, Mac 29, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan