Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar
sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja
tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk
selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka
selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah
merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di
laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’.
Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas
itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi
lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan
juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas
dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya
tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya
dapat. Debaran semakin kuat…..
Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah
Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…
Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila
saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada
beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip
ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya.
Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya
seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru
lengkap dengan senjata.
Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak
gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya
sendiri.
Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka.
Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua
tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt.
Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang
paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana
melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit
(perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan
agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh
penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan
pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan
kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis,
warna dan bertulis MALAYSIA di situ….
Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan
mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa
dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang
berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih
kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara
berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie.
Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di
bawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya
tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk
tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki
dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat,
di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil
menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi
kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah
di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung
berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan
Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah
hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari
bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka
berada.
Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk
melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ
adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari
ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar
belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang
lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak
berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari
luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam
jip dan beredar.
Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok
suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka
menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan
bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan
masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan
plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka
di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari
perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA…
Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal
terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370.
Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi
depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan
mereka.
Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat
yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana
MIMPI MH370 yang pertama……
Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk
sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia
yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta
tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara
yang saya kenal…
Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
———————
PERINGATAN…!!
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada
saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..
1 ulasan:
".........keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya " Dia ada dua tangan kanan Ostad?
Catat Ulasan