INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Mac 31, 2014

RISIKO KPF SELEPAS MELEPASKAN SAHAM DALAM FHB

Terlanjur berbicara mengenai KPF, saya cuba meramalkan apakah risiko yang akan berlaku kepada KPF selepas melepaskan saham dalam FHB. Jika apa yang diperkatakan oleh saya ini dianggapkan sebagai risiko, ALP KPF perlu memikirkan langkah menampannya (mitigated). Jika dinilai apa yang dicakapkan ini sebagai orang berfikiran negatif, tidak perlulah diambil apa-apa tindakan hanya sekadar luahan perasaan bimbang sahaja.

Dasar penubuhan koperasi adalah untuk kebajikan ahli. Berasaskan dasar ini, amat jarang koperasi memberikan diveden yang tinggi kepada ahli kerana keuntungan bukan wang yang ahli peroleh. Begitulah dasar penubuhan KPF yang mana saham terbesar dalam syarikat yang terlibat dalam peniagaan yang menambah nilai pengeluaran peneroka (value added) dan sebagai contohnya saham terbesar dalam FPISB dipegang oleh KPF. Pelepasan saham KPF dalam FHB bermakna kopeasi ini telah mengalami satu transformasi di mana faedah bukan wang peneroka dan ahli telah tiada.tidak diperoleh. Keadaan ini memberikan implikasi bahawa KPF telah menjadi sama seperti agensi pelaburan yang lain. Risikonya,
(1) ahli akan menuntut bayaran diveden yang tinggi.

(2) Ahli tidak mengtransformasikan pemikiran mereka merasakan kepentingan yang berkaitan dengan pengeluaran bidang usaha mereka akan tergugat. Oleh itu, kepada ahli yang bukan peneroka, mereka menjadikan KPF sebagai tempat pelaburan mereka, sudah tentu akan menuntukan dividen yang lebih, jika tidak, mereka akan memindahkan pelaburan mereka kepada agensi pelaburan yang lain. Begitu juga peneroka yang telah mengtransformasikan pemikiran mereka dengann menganggap KPF sebagai badan pelaburan. Jika peneroka tidak mendapatkan dividen yang tinggi, sudah pasti mereka akan memindahkan pelaburan ke agensi lain.

Jika keadaan ini berlaku risiko utama yang akan dihadapi oleh KPF adalah kekurangan wang untuk pelaburan berikutnya.

Risiko yang mungkin dihadapi oleh KPF setelah melepaskan pegangan saham dalam FGH

Saya difahamkan KPF akan menggunakan wang hasil jualan saham dalam FHB untuk melabur dalam FIC (Felda Investment Cooperation). FIC akan menerima suntikan modal dari KPF dan KPF2 dengan pegang yang mungkin 51% dan bakinya saham dipegang oleh Felda. Dalam MoA FIC tidak diketahui sama ada wujud "Golden Share" (Biasanya nilai Golden Share ini RM1.00, tetapi mempunyai kuasa yang besar. Pemegang Golden Share behak untuk melantikk pengerusi sesebuah syarikat itu). Dalam kes FIC kita pun tidak tahu siapa pemegang Golden Share ini. Kesan Golden Share ini ada baik dan ada buruknya.

FIC dijangka akan melabur dalam sektor hartanah seperti pembelian hotel, tanah dan ladang. Pelaburan dalam hartanah ini mempunyai dua sumber keuntungan iaitu, kenaikan nilai hartanah itu dan keuntungan operasi. Keuntungan operasi tidaklah begitu besar dan keuntungan nilai harta tanah pula tidak memberikan kesan kepada ahli koperasi sehinggalah nilai asset dan saham dalam syarikat itu melakukan "unlock value"

Kesan pelaburan dalam hartanah ini kepada ahli adalah keuntungan yang sedikit akan memberikan diveden yang sedikit kepada ahli. Kenyataan ini berasaskan dividen diagihkan berdasarkan keuntungan operasi bukannya keuntungan hasil peningkatkan niai hartanah (isu ini pernah diperbincangkan dengan hebat dalam Mesyuarat Agong Kotani, koperasi Kementerian Pertanian Malaysia). Keuntungan hanya diperoleh sekiranya syarikat membeli hartanah yang telah sedia untuk diguna seperti bangunan yang telah siap atau ladang yang telah berhasil.

Dalam keadaan ini, ALP KPF perlu menilai rancangan niaga FIC. Menilai kombinasi pembelian hartanah yang sedia beroperasi dengan hartanah yang lewat mendapatkan keuntungan. Jika kombinasi ini tidak begitu baik, sudah tentu keuntungan KPF menjadi kurang dan dividen kepada ahli juga rendah. Keadaan ini pernah dialami oleh KOSMA, KBI dan beberapa buah koperasi lagi.

Satu lagi rsiko melabur dalam hartanah adalah nilai hartanah biasanya mudah dipengaruhi oleh spekulasi yang sengaja digambar oleh penjual harta sebagai berpotensi, tetapi dalam realitinya tidak begitu

Keadaan ini merupakan risiko yang akan dihadapi oleh KPF dan kita sebagai ahli berharap ALP KPF memikirkan dan menilaikannya sebaik mungkin. BEGITULAH PERJALANAN KOPERASI SETIAP AHLI TIDAK KIRA BERAPA NILAI SAHAMNYA, IA MEMPUNYAI SATU SUARA. JIKA SYARIKAT SEDIRIAN BERHAD ATAU BERHAD, SIAPA BESAR PEGANGAN SAHAMNYA, MAKA IA BEROLEH LEBIH SUARA DALAM MESYUARAT AGONG.

Berdasarkan respons dari kekawan FB kepada pendapat yang saya muatkan dalam ruang ini, saya menyimpulkan ahli KPF berada dalam keadaan kebimbangan. Bimbang mengenai keuntungan atau deviden yang akan mereka diperoleh. Kebimbangan ini menyebabkan mereka cuba untuk mencari maklumat yang sahih dan tepat. Dalam mencari maklumat ini, saya kesan beberapa ketogeri ahli KPF :-

(1) mereka tidak mahu bersusah payah untuk mencari agensi untuk dilaburkan wang mereka. Mereka tidak mahu mengambil risiko dengan memindahkan wang caruman ke dalam KPF untuk dilaburkan ke tempat lain.Mereka ini sentiasa berharapkan KPF akan terus memberikan keuntungan yang baik.

(2) Mereka yang begitu yakin KPF tidak akan memberikan keuntungan yang baik. Mereka telah pun mengeluarkan saham mereka.

(3) Kumpulan yang sedang mencari maklumat mengenai KPF dan belum membuat apa-apa keputusan. Saya merasakan majoriti ahli KPF berada dalam kategori.

Dalam keadaan ALP KPF perlu sedar, ahli dalam katogeri 3 akan menyertai ahli dalam katogeri 3, sekiranya mereka mendapat banyak maklumat mengenai masa depan yang buruk mengenai KPF. Saya menyarankan kepada ALP KPF perlu memberikan maklumat yang jelas kepada semua ahli mengenai pelaburan dalam syarikat-syarikat.Kalau semasa memohon mandat untuk melupuskan saham KPF dalam FHB, ALP sanggup pusing satu Malaysia untuk memberikan penerangan, mengapa pula dalam hal ini mereka tidak sanggup.

Mungkin ada kekawan menanyakan apakah pandangan atau pendirian saya mengenai pelaburan saya dalam KPF... Insya Allah akan saya sampaikan kepada semua dalam masa beberapa hari lagi.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selepas KPF dipaksa menjual pegangan ekuiti dlm felda holdings kpd FGV, maka tinggal lah KPF sehelai sepinggang. Air mata darah pun KPF tak dpat diselamatkan lagi sbb ekuiti 51% yg dipegang berpuluh2 tahun sudah terlepas di tangan org lain.
Kekuatan KPF menguasai rangkaian perniagaan dlm anak2 sykt felda telah menjadi buah mulut tokoh2 korporat. Malah org Cina pun begitu kagum dgn rangkaian perniagaan yg diasaskan oleh felda melalui KPF di mana peneroka menjadi pemegang saham utama.
Sekarang KPF balik kpd asal seperti 35 tahun lalu. KPF sedang meneroka perniagaan baru setelah hubungannya dgn felda holdings berpisah. KPF emegang tunai yg banyak selepas menjual 51% ekuiti. Sesuatu yg pelik ialah FGV mendpat untung rm328 juta dari membeli ekuiti KPF. Sepatutnya pihak yg menjual lah (KPF) yg untung. Terang2 KPF ditipu!!!"
Pengerusi Felda berjanji untuk memajukan peneroka melalui KPF. Sbb itu KPF akan terlibat dlm pelaburan dalam felda investment corp atau FIC. Kpf dijanjikan memegang ekuiti utama dlm FIC. Pengerusi FIC ialah TSI yg jugak Pngerusi FGV, FAHC, Felda Hol, Yayasan, disamping berpuluh2 Pengerusi dlm sykt FGV. Keikhlasan TSI utk membantu peneroka patut diragui kerana 22 tahun menjadi MB N9 TIDAK ADA satu pun koperasi atau sykt Bumi di NS yg berjaya!!! Apa sumbangan dan peninggalan TSI di NS? Yg org nampak ialah tugu Nilai yg satu ketika dulu tersergam gagah di RnR Nilai!!!
KPF akan membeli 5% saham felda dlm FGV. Memang pelik! Selepas disuruh jual ekuiti 51%, kemudian dipaksa pulak membeli saham FGV. Dengan pembelian ini, felda dapat untung rm800 juta. Dengan jumlah ini bajet felda menjadi surplus ( lebih) dan bole tampung perbelanjaan makan minum Pengerusi, terbang ke luar negara dll.
Pengerusi KPF masih teraba2 dan sanggup melantik penasihat2 di kellilingnya dgn gaji mahal utk melabur dan menerokai perniagaan baru. Kabarnya macam2 pelaburan yg akan diceburi. Ahli2 Lembaga KPF dibawa bersiar2 ke luar negara bersama isteri dan ditaja sepenuhnya. Sudah tentu ini semua duit ahli.
Pengerusi KPF sudah lupa yg KPF adalah sebuah kooperasi dan setiap sen yg dibelanja adalah amanah ahli. KPF bukan sykt sendiri yg bole dibuat sesuka hati.
Nampaknya semua ahli KPF mesti bukak mata dan peka terhadap hak ahli. Ahli Lembaga KPF tidak bole sesuka hati mengguna wang ahli. Jgn dibiarkan kemungkaran di depan mata dan ahli sambil lewa tak peka!!!

Tanpa Nama berkata...

Alkisah selepas KPF dipaksa menjual ekuitinya dlm Felda Holdings sebyak 51%, maka kaya lah sekejap KPF. Skrg KPF ada tunai yg banyak. Dianggarkan KPF ada baki tunai kira2 rm5 bilion. Pengerusi baru KPF ni nampak gayat bab duit. Sbb itu semua ALP dpat imbuhan rm40 ribu tiap seorg. Selain imbuhan khas ini, semua ALP ( kecuali 5 org) dihadiahkan melawat Mekah bersama isteri/suami masing2. Selepas penat & panas di Mekah, terbang pulak ke kota London dlm beberapa hari utk melawat atau shoping!
Begitu lah mewahnya KPF skrg. Kalau ahli tak perasaan atau buat dont know jer....entah lah. Tepuk dada tanya selera!

Tanpa Nama berkata...

Boleh saya tau bile pengagihan dividen utk kpf pada tahun 2013/2014 ini? Agak2 boleh archive lg x 15%??

Tanpa Nama berkata...

Agihan dividen kpd ahli KPF pada tahun ini agak 'stabil' & bole menjangkau lebih 15%. Ini adalah diabbkan KPF memperolehi pendapatan yg 'lumayan' dari penjualan ekuitinya dlm felda holdings. Ketika ini KPF memegang sejumlah tunai yg banyak hasil bayaran yg diperolehi dari FGV. Sbb itu lah ALP nampak gelap mata apabila menaja ALP ke Mekah & London bersama pasangan masing2!!!
Bayaran dividen utk tahun2 akan dtg bergantung pelaburan baru KPF setelah KPF kehilangan sumber pendpatan dlm perniagaan dlm felda holdings. Jika ada rezeki dpat lah ahli menumpang bersama KPF. Ibarat pepatah untung sabut timbul untung batu tenggelam. .

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas pencerahan anda..

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong