INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Mei 01, 2014

SATU LAGI KEZALIMAN FELDA TERHADAP PENEROKA



Setelah sekian banyak berlaku ketidakadilan terhadap peneroka oleh Felda, hari ini muncul lagi satu kes menyayat hati. Seorang peneroka (yang telah menyumbangkan kudrat dan upayanya sepanjang hidup untuk kemajuan ekonomi negara melalui Felda) telah dinafikan haknya daripada mendapatkan pembiayaan rawatan penyakit buah pinggang isterinya.

Alasan yang diberi hanyalah kerana pemohon menyertai kes saman terhadap Felda. Sedangkan kes itu ialah bagi mendapatkan haknya secara adil.

Sebenarnya tidak ada kena mengenapun antara kes saman beliau bersama peneroka lain terhadap Felda, kerana wang tabung kebajikan telahpun dipotong sekian lama oleh Felda. Wang dan hak peneroka itu ada di tangan Felda.

Sedari muda isteri peneroka berkenaan membantu suaminya menebang-nebas ladang, memeras hasil daripada perut bumi dan segala bakti dicurahkan di bumi Felda. Akhirnya setelah berada di hujung usia, beliau sakit buah pinggang. Sebagai manusia beliau perlukan rawatan. Rawatan memerlukan kos kewangan. Sebuah tabung kebajikan yang ditubuhkan untuk membantu peneroka telah memotong wang pendapatan keluarga peneroka itu sejak dulu lagi.

Tetapi Felda dengan angkuhnya menolak permohonan peneroka untuk mendapatkan wang tabung kebajikan haknya sendiri.

Kezaliman apakah ini. Dalam masa semua pihak menyeru kepada rakyat didahulukan, dalam masa pihak kerajaan menyeru kepada perpaduan Melayu, dalam masa pihak pemimpin menyeru melaungkan slogan janji ditepati, anak bangsa sendiri dizalimi dan dikhianati tanpa belas kasihan! Barangkali pegawai berkenaan tidak pernah membayangkan bagaimana jika beliau berada di tempat peneroka yang malang itu!

Semua pihak tidak seharusnya mendiamkan diri dengan kejahatan ini!

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bayo je lee..saman RM100K berkat memfitnah..

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong