INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Mei 01, 2014

PENJUALAN MINYAK SAWIT KE ISRAEL - MAZLAN TERLEPAS


Terimakasih Tuan Lawyer!

Saya ingin mengambil kesempatan, mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada YB Hanipa Maidin dan team Lawyer, En Nassar dan Sdri Azhana Khairuddin yang bertungkus lumus bagi pihak saya selaku Defendan pertama dan Defendan ke dua hingga ke enam dalam kes saman Fitnah Felda mengenai penjualan minyak sawit ke Israel.

Khidmat bakti mereka tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Saya dapat merasakan usaha gigih mereka mengendalikan kes ini yang mendapat liputan dan pemerhatian berbagai pihak.

Ingin saya tegaskan, bahawa segala kritikan, teguran dan pandangan terhadap Felda selaku Badan Berkanun adalah sebagai check and balance. Ada kalanya sebagai pressure group, untuk mempastikan 112,635 peneroka di 317 Skim Felda seluruh negara terbela dan terpelihara hak2 mereka.

Apa faedahnya saya memfitnah Felda, sedangkan saya membesar di Felda dan kebun sawit adalah tempat keluarga kami mencari rezeki. Saya adalah anak peneroka yang berhijrah dari kampung sejak tahun 1968, menyahut seruan kerajaan dengan matlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

Namun, meskipun bapa saya mendapat tanah 10 ekar dan rumah, ia bukan percuma. Setiap peluh yang menitis adalah dari keringat kami sekeluarga; sejak zaman awal, membayar hutang piutang(Bayaran Kembali) hingga beroleh hakmilik.

Saya membawa isu Felda sejak tahun 1989 lagi. Beratus kes peneroka, anak peneroka dan kakitangan Felda yang saya kendalikan. Saya bukan consultant yang mendapat bayaran dari mereka, tetapi niat saya semata2 kerana Allah. Saya mahu akhiri sisa hidup berbakti untuk warga Felda seluruh negara.

Samada peneroka itu PAS atau UMNO, tiada beza bagi saya. Saya bersama team ANAK akan bantu seupaya mungkin. Sejujurnya, saya amat menyayangi masyarakat Felda; meskipun sebahagian besar dari mereka tidak mengundi saya dalam pilihanraya!

Apapun kata nista dan fitnah yang dilemparkan, saya tidak akan kecewa dan semakin bertekad membantu dan membawa perubahan demi warga Felda yang saya kasihi.



Kepada YAB PM, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Felda, Pengarah Besar Felda dan 23 ribu kakitangan Felda; jangan anggap saya sebagai musuh. Pemimpin ini yang bertanggungjawab menjaga kepentingan lebih sejuta warga Felda. Jangan angkuh. Mari kita bersemuka dan berbincang demi kepentingan rakyat. Saya cuba berusaha sewaktu Dato' Ahmad Maslan jadi Timbalan Menteri yang jaga Felda. Tapi gagal, atas sikap dan prejudis beliau.

Hentikan ketidak adilan kepada peneroka. Tunaikan hak mereka. Mereka adalah tuan tanah yang bersusah payah, berkorban apa sahaja untuk kehidupan. Jangan khianati mereka.

InsyaAllah, saya akan membuat kunjung hormat ke Ibupejabat Felda dan berusaha membuka lembaran baru bagi mempastikan kehidupan warga Felda lebih baik dan menepati tujuan ia di tubuhkan.

SELAMAT HARI PEKERJA
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn ingat kita saja betul,orang lain tak betul. Kalau dah jaja cerita sana sini,itu fitnah nama nya.

Tanpa Nama berkata...

Take suka cara felda, balik kampung merempoat lab sendiri, bodoh basbi.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong