INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Jun 18, 2014

GAMBAR DEMO DI PARLIMEN OLEH PENEROKA

Gambar ehsan dari rakan-rakan facebook
Kira-kira 300 peneroka Felda dari Pahang dan Kelantan hari ini berarak ke Parlimen untuk menyampaikan memorandum meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberi lesen persendirian supya mereka dapat menjual hasil terus kepada kilang tanpa melalui Felda.

Bostamin Bakar dari Felda Jengka memberitahuMalaysiakini, peneroka tersebut yang kebanyakannya datang dari Pahang tiba di Kuala Lumpur awal pagi tadi untuk mengadu nasib kepada ahli parlimen Malaysia.


"Peneroka terpaksa jual hasil kepada kilang Felda yang harganya rendah. Hanya yang ada lesen boleh jual kepada kilang lain terus.

"Sebab itu kami bawa ke Parlimen untuk mengadu," kata beliau yang bersama kumpulan itu berkumpul di hadapan parlimen sejak jam 9 pagi.

Seorang lagi peneroka, Yaacob Omar ketika ditanya mengapa baru sekarang tuntutan ini dilakukan, berkata peneroka Felda kini lebih pandai dan mengambil tahu mengenai isu di sekeliling mereka.

"Kalau kita tak jual kepada Felda, mereka tak dapat untung, jadi mereka paksa kita jual kepada mereka.


"Peneroka dulu bodoh, tak reti baca perjanjian bahasa orang putih. Sekarang anak-anak dah pandai dan beritahu kita apa yang tak adil kata beliau kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim kemudiannya hadir bersama sebelum bersama kumpulan peneroka itu masuk ke parlimen pada jam 11:30 pagi.

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa bakal membahaskan perkara ini di Parlimen hari ini sebelum sidang media diadakan





















Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong