INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Jun 18, 2014

TIDAK ADA TENDER PROJEK FELDA LEBIH RM1 JUTA ??

gambar hiasan
 KUALA LUMPUR: Pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditegur kerana perbuatan salah guna kuasa dan penyelewengan apabila mengelak daripada menggunakan sistem tender dan pelawaan sebut harga bagi perolehan kerja atau bekalan yang melebihi RM1 juta.
Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan taktik pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dengan memecahkecilkan dua perolehan projek miliknya yang jelas bertentangan dengan Peraturan Urusan Kontrak Felda.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, perolehan sempena sambutan Hari Peneroka 2011 berjumlah RM1.85 juta tidak dibuat melalui Jawatankuasa Tender Lembaga.
Malah, Felda turut menggunakan taktik sama apabila melaksanakan perolehan kerja hiasan dalaman fasa satu Menara Felda bernilai RM3.65 juta melalui lima pakej yang berasingan.
“Bagi perolehan sambutan Hari Peneroka di Jengka, Pahang dipecah kecil kepada dua kontrak, masing-masing bernilai RM990,000 dan RM860,000,” katanya pada Isnin.
Mengenai perolehan bagi kerja hiasan dalaman Menara Felda, semakan audit mendapati kesemua lima pakej yang dipecahkan daripada nilai asal ditawarkan kepada Naza TTDI Sdn Berhad dengan nombor kontrak yang berbeza.

gambar hiasan
“Selain itu, juru perunding bagi kerja-kerja berkenaan diarahkan oleh Felda untuk menyediakan pecahan harga bagi fasa satu kepada lima pakej tanpa mengubah amaun akhir yang ditawarkan oleh Naza TTDI Sdn Berhad bagi memudahkan proses kelulusan,” katanya.
Menurut Ambrin, berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5, 2009 menyatakan dengan jelas bahawa agensi kerajaan dilarang memecahkecilkan perolehan bekalan atau kerja.
Selain itu, kelemahan pengurusan kewangan Felda turut dikesan apabila agensi itu tidak menyediakan kontrak formal bagi 56 perolehan berjumlah RM183.13 juta.
“Sebanyak 53 daripada perolehan tersebut yang berjumlah RM165.65 juta dibayar tanpa perjanjian manakala tiga perolehan bagi tahun 2012 berjumlah RM17.48 juta masih belum dibayar,” katanya.
Berdasarkan laporan itu lagi, turut didedahkan bahawa sebanyak 23 daripada 53 perolehan berjumlah RM19.93 juta dibayar berdasarkan pesanan pembelian yang diluluskan oleh Pengarah Tadbiran sahaja.
“Sebanyak 30 daripada 53 perolehan berjumlah RM145.72 juta dibayar hanya mempunyai Surat Setuju Terima (SST) dan pesanan pembelian…ini juga dibuat tanpa sebarang kontrak,” katanya.-mStar

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Unknown berkata...

memang jelas dah menipu .... atas dunia kau orang selamat le kerana kroni .... di padang mahsyar nanti tak ada kroni, gerenti kena punya .... silap-silap haribulan, atas dunia ni nanti kau orang akan kena bala ......!!!!!

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong