Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik
melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini
pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.
Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis
Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi
bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.
Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam
Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling
menonjol berbanding yang lain.
Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap
tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.
Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan
tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.
“Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang
lebat.
Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula
berbuah.
“Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan
semua pihak.
“Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik
untuk dimakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Rosnazli berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya
sudah berbuah namun pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi
memastikan pokok terbabit kekal terjaga.
Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang
mahu menikmati kurma yang sudah gugur.
“Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah.
“Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah.
Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan