INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Julai 31, 2014

BIAR PAS SENDIRIAN DARIPADA BERSAMA UMNO


Pendapat peribadi Kalau PAS nak keluar dari PR ...
Keluarlah.. tapi janganlah bersekongkol dengan umno BN .. biarlah duk sorang ..
Umno tidak iklas percayalah..
Masuklah menjadi ahli PAS disebabkan ingin menegakkan kalimah Allah dengan iklas..
Bukan kerana pengaruh kekawan atau rasa kecewa dengan parti lain...
Ingatlah perang badar tentera yang seramai 313 orang(82 Muhajirin dan 231 ansar) boleh mengalahkan beribu tentera kafir..
Biarlah PAS kesaorangan ... Kita perbaiki akidah ,aklak dan ibadah ahli-ahli kita
Agar Allah sayang kita ..
Agar Masyarakat akan hormat kita ...
Dengan cara ini nanti dalam pilihanraya pengundi akan ingat ,kasih dan sokong kita ...
Buatlah apa yang Allah suruh ...
Bukanya buat kerja Allah..
Ingatlah kesah nabi Ibrahim dibakar .. seekor burung membawa air dengan paruhnya..
Sekurang-kurangnya ia bekerja ..berusaha..
Kalau 313 tentera boleh tewaskan beribu tentera kafir..
Tidak mustahil 100 ribu ahli PAS boleh menawan/memerintah Malaysia..
Adakah Allah kasih dan sayang kita ??
Adakah Allah dekat dengan kita bagaikan mata hitam dengan mata putih ?
Jaga AKIDAH
jaga AHLAK
jaga IBADAH
InsaAllah Masyarakat akan sokong kita.
ALLAH - MATLAMAT KITA
QURAN - PERUNDANGAN KITA
RASUL - PEMIMPIN KITA
DAKWAH - JALAN KITA
SYAHID - CITA-CITA KITA
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

Unknown berkata...

Aiikkk ...... PAS boleh ke tak confident ngan UNO . Zaman le ni kalau tak ada team , jangan harap bole mara jauh kedepan . Negara ni pelbagai etnik dan anutan dan masing2 ada hak !

bat8 berkata...

Tuan

Jika kita lihat apa yang berlaku didalam PAS, hanya segelintir pemimpin PAS begitu terpesona untuk bersama UMNO. Jika kita perhatikan juga, kumpulan ini berkubu kuat dibawah Dewan Ulamak PAS.

Satu ketetapan muktamar yang diadakan di Ipoh beberapa tahun dulu telah menolak sebarang kerjasama dengan UMNO.Tetapi adakah kumpulan UG ini akur dengan keputusan tersebut? TIDAK! Mereka melakukan apa sahaja untuk meletakkan Pakatan dalam keadaan tegang dan defensif. Seolah untuk menimbulkan persepsi di mata umum bahawa Pakatan tidak sepakat dsbnya.

Kita lihat senario sekarang. Kerajaan kelantan pun sudah serah batang tengok untuk disembelih oleh UMNO dalam PRU 14 nanti.

Puak-puak ini nak kata naif, bukan baru hari ini berpolitik. Ada yang dah berpuluh tahun tetapi masih tidak me genal perangai jahat UMNO. Atau segala butakan mata dan akal apabila melihat tawaran hebat yang beracun dari UMNO.

Melihat cara puak UG ni kekadang kita pun keliru. Mereka orang UMNO kah atau golongan ugamawan PAS? Dalam tindakan politik kita naik heran, DAP yang sah kapir pun tak buat!

Pilihan manapun yang PAS pilih, PAS kena sedar goodwill dan keperdanaan yang PAS nikmati semasa berada didalam Pakatan telah dimusnahkan oleh puak UG dan presiden PAS sendiri.

Pencapaian era kepimpinan ulamak yang mengambilalih kepimpinan dari almarhum Dato Asri dulu kini telah ditamatkan dan dimusnahkan oleh puak UG INI.

PAS harus mengorak langkah baru bermula dari titik sifar.

mohamad berkata...

Terima kasih atas pandangan yang jujur. Dari dulu aku merasakan bahawa PAS punya kekuatan. Perjuangan menegakkan islam tak pernah kalah atau kecundang. Kalah menang kerja Allah. Dia lah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang dikehendaki. Kita cuma berusaha. Yang pasti kita dari golongan orang berjaya. Masalahnya PAS selalu terperangkap dengan ahli gabungan nya sejak kerjasama dengan UMNO, dengan APU, dengan Parti Alternatif dan sekarang dengan PAKATAN. PAS adalah parti alternatif bagi orang melayu dan islam. Malangnya pas menerima pelawaan parti lain untuk bergabung walaupun parti lain tidak menerima dasar PAS sepenuhnya. Matlamat PAS selalu terhalang walaupun laluan terbuka sebagai contoh hudud. Mana mungkin PAS tidak terasa hati hati bila PKR menyokong hudud secara timbul timbul tahi. DAP membiar isu penentangan melalu MCA dan MIC. Kalutnya golongan ini seolah olah undang itu hendak dikenakan keatas mereka. Maka timbul pertanyaan dari pencinta dan pejuang Agama, apa gunanya menang. Rakan rakan lain rupanya menggunakan PAS untuk menang, bila menang PAS terkial kial untuk menyatakan natijah dari kemenangan itu. Kalau PAS mahu bersendirian, aku tidak pasti sama ada strategi itu baik atau sebaliknya. Tapi eloklah PAS hanya berkerjasama atas isu sahaja. Masuk dalam mana pakatan boleh dengan syarat kita beri syarat dan syarat itu mesti diterima dahulu. DAP selalu mengugut bahawa PAS akan kalah besar kerana tiada sokongan orang cina. mungkin betul. tapi bagaimana dengan DAP. Dia akan dapat kemenangan serupa sekarang atau tidak Begitu juga dengan PKR, sebuah parti baru yang tidak cukup jentera. ada setengan kawasan DUN hanya terdapat 2 atau 3 cawangan dan hanya beberapa orang ahli. kakitang PAS yang banyak membantu, tidak tutup markas, kerja siang malam. cuma terdapat 3 atau 4 kawasan sahaja walaupun dikhaskan untuk PKR tapi minggu akhir nak bertanding masih tak atu siapa nak bertanding. sedangkan PAS sudah sedia dengan calon dan jentera, maklumlah kawasan tersebut ditandingi oleh PAS sejak dulu. Masalah dalam PKR amat memualkan. Setiap kali pemilihan macam macam cerita muncul, lebih teruk dari UMNO dan MIC. PAS macam tidak sedar bahawa dia PARTI mahal dan bernilai dalam membentuk senario politik malaysia. Tambahan pula ada golongan ulama muda PAS digelar golong El Haraki yang berusaha kuat dan istiqomah untuk menghalang golongan yang digelar erdorgan. bibit bibit ini akan berpanjangan. kalau tak dikawal dari sekarang, tunggulah 3 kali muktamar lagi atau masa peralihan presiden nanti. kita berharap perkara ini tidak berlaku. Kalau pas berjaya muncul sebagai sebuah parti yang tidak bermasalah in sya allah, bukan hanya setakat kemenangan tapi hasil dari kemenangan akan dapat dinikmati.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong