INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, September 27, 2014

AKHIRNYA USTAZ ZAHARUDIN MUHAMAD AHLI MAJLIS SYURA ULAMAK PAS BERSUARA DALAM ISU FITNAH KERETA DAN SAHAM


Pada 13 September 2014 saya dah tulis dalam timeline saya bahawa saya dapat maklumat daripada kawan yang masuk dalam mesyuarat NGO Politik pertama di Malaysia yang merancang menguasai kepimpinan PAS dan cuba menjatuhkan orang-orang tertentu dengan fitnah. Waktu itu, saya tak nampak fitnah apa yang mereka nak buat terhadap saya. Ternyata selepas itu, sewaktu muktamar baru-baru ini fitnah ini bertalu-talu diratib dengan mengimejkan saya sebagai mewah dengan disebarkan gambar BMW 7 series berwarna merah yang harga pasaran lebih setengah juta. Fitnah ini ditambah lagi dengan isu saham ESOS.
Saya tergelak apabila membaca sebaran yang diforwardkan oleh rakan-rakan kepada saya kerana melihat penyebar-penyebar ini terlalu dangkal dan jahil tentang kereta dan saham. Saya yakin tak sampai 5% rakyat Malaysia yang mahir tentang jenis kereta, harga kereta, design kereta dan cara mendapatkan kereta dan spare part murah secara sah di pasaran global. Tidak melampau jika saya kata tak sampai 3% rakyat Malaysia yang betul-betul mahir tentang selok belok saham ESOS dan saham-saham lain di pasaran terbuka seperti IPO.
Asalnya saya tak nak jawab dan layan dengan sebaran ini justeru ianya terlalu dangkal dan melucukan di samping kesibukan tugas dan tanggungjawab. Tapi bila saya dapati ia semakin tersebar dan cuba mengaitkan parti, jemaah, golongan Ustaz, Ulama dan Majlis Syura, maka saya bimbang ia akan berlarutan. Justeru itu saya akan jawab secara ringkas, kerana kalau nak terangkan detail, 10 muka surat masih tak mengcukupi.
Berkaitan isu kereta, memang saya mempunyai syarikat jual beli kenderaan motor dan kereta yang didaftarkan sebagai Al-Faqeeh Trading. Fokus perniagaan ialah mendapatkan kereta-kereta murah dan dimodifikasi semula supaya selesa dan sedap mata memandang. Oleh itu, saya mampu memperolehi kereta dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran biasa. Saya telah menjual kereta BMW 730i sebelum ini dengan margin sebuah sekitar RM20-RM40 ribu. Sekarang masih ada 1 biji Myvi yang masih dalam pembikinan semula, 1 Myvi 2013 dan motor Z100 2011 yang sedang tunggu payment bank. Stok masih ada ialah Mercedes CLS350 dan E240 milik bekas duta dan pegawai kedutaan Saudi yang dah balik kampong.
Kereta-kereta yang dijual termasuk kereta yang saya pakai sendiri sebagaimana yang disebarkan dengan tujuan negative. Ia adalah kereta lama dengan pendaftaran JMB2003, dicustome/modifikasi dan dimakeup semula. (lihat gambar dari store sehingga ke jalan raya). Harga asal kereta yang saya pakai ialah RM64,500 sahaja (pembelian daripada CIMB), jauh lebih murah berbanding Exora baru yang berharga RM89,000 (Jenis Prime Premium 1.6 cc) (Rujuk Purchaser invoice yang saya lampirkan) Iaitu mahal sedikit berbanding Myvi 1.5 extreme full spec.
Harga pasaran pada waktu itu lebih kurang RM100,000. Margin yang saya dapat daripada pembelian dan jualan semula kereta BMW 7 series ialah RM40,000. 2 buah saya jual, dapat free sebiji. Paling murah jenis 7 Series 2005 (735i model E65 ialah RM45,000) pada tahun lepas di mana harga pasaran ialah RM110,000.
Dengan lampu belakang depan 7 series model terkini yang saya masukkan, menjadikan kereta tersebut dilihat model terkini dan ekslusif, bahkan lebih mantap dengan sport rim terpilih dan fender yang diubahsuai sehingga menaikkan nilai pasarannya kepada RM150,000. Tidak menjadi kesalahan Puspakom jika modifikasi melibatkan lampu dan fender yang lengkap. Kos lampu baru BMW 7 series terbaru di Malaysia lebih kurang RM6,000, maka anda akan kata kos modifikasi sangat tinggi. Walhal, apabila saya dapat keluar daripada monopoli ini pasaran ini melalui import direct lampu terpakai daripada USA, maka kos lampu depan dan belakang hanya sekitar RM1000 lebih sahaja termasuk penghantaran. Kos korporat untuk shipment hanya RM0.70 (70 sen) sahaja (DHL) sekilogram apabila Al-Faqeeh Trading berdaftar sebagai importer korporat dengan syarikat DHL justeru syarikat saya juga terlibat dengan import motor (Recond) daripada USA menggunakan shipment udara (kapal terbang) sekitar 400kg sebiji motor.
Automotive designing ini memang bidang kepakaran dan minat saya justeru ini bukan kereta pertama yang saya design semula. Tangan saya sendiri yang melakar bentuk kereta tersebut daripada kereta usang di dalam store bank berubah menjadi kereta terkini yang selesa, kuat dan laju. Besi yang diguna pakai setebal 0.8mm berbeza dengan kereta jepun biasa sekitar 0.6mm manakala besi kereta Malaysia sebahagiannya 0.4mm+- sahaja. Sebab tu bila anda tekan bodi kereta tempatan, dia akan masuk ke dalam macam telur. 0.8 mm takkan kemik walau anda tendang dengan kasut besi sekalipun. Ini seni kereta yang saya miliki, di mana jika anda tidak memilik seni ini, dengan RM64,500 anda hanya mampu mendapatkan sebuah kereta tempatan berbesikan 0.4mm bodinya, enjin 1.3 liter tanpa horse power. Penggunaan spacer tayar 3.5mm menjadikannya stabil apabila di selekoh, tiada dalam kelebihan kereta Exora yang lebih mahal daripada kereta ‘mewah saya yang disebarkan’.
Oleh itu, persoalan yang perlu dijawab oleh penyebar-penyebar fitnah:

1. Di mana salahnya jika saya membeli kereta untuk diniagakan semula dengan harga yang lebih murah daripada kereta Exora? Di sini berlaku penjimatan dan pembelian mampu sebagaimana firman Allah swt bermaksud: Hendaklah orang yang mampu berbelanja (berbelanja) menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia berbelanja dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu) –(At-Tolaq: 7). Para sahabat memiliki Humr An-Niam (unta merah) yang nilainya pada zaman itu 2000 dinar (RM1.4 juta pada hari ini).
2. Di mana salahnya memakai kereta yang selesa? Banyak hadis yang di taqrirkan (diiktiraf) oleh nabi SAW sehingga menjadi galakan kepada orang Islam memiliki kenderaan yang selesa. Antaranya ialah sabda nabi SAW: Empat kebahagian (di atas dunia): isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang saleh dan kenderaan yang selesa. Empat perkara yang menjadikan seseorang itu kesempitan: isteri yang teruk, jiran yang jahat, kenderaan yang jengkel dan kediaman yang sempit. – (Hadis Sahih, riwayat riwayat Al-Haakim).
3. Di mana salahnya jika saya mengguna pakai kereta ini sehingga saya mampu melakukan perjalanan 1400 km dalam masa 2 hari untuk kerja-kerja parti? Hari pertama daripada KL ke Ayer Kuning Perak (250+-km). Lepas zohor bertolak ke penang (115+- km). Malamnya di Alor Star (115+- km). Lepas subuh bertolak ke Kuala Terengganu (460+-km). Petang bertolak ke KL untuk usrah selepas Isya di sana (450km+-). Jarak sekitara 1400 KM dalam masa 2 hari yang pernah saya tempuhi sewaktu PRU13 sangat sukar ditempuhi dengan menggunakan kereta biasa dengan memandu seorang diri.
4. Di mana salahnya jika mengikuti jejak langkah sahabat yang memiliki kenderaan yang bukan sahaja selesa tetapi kuat untuk berjihad menyampaikan dakwah seperti mereka memiliki Humr Niam dan kuda-kuda yang kuat. Abdul Rahman bin Auf memiliki 100 ekor kuda sewaktu beliau meninggal. Zubair bin Al Awwam, salah seorang antara 10 sahabat yagn dijamin syurga dan terkenal sebagai seorang yang zuhud, memiliki sebanyak 20 ekor kuda.

Berkenaan saham ESOS pula, apa yang disebarkan adalah palsu apabila cuba menggambarkan saya memperolehi setengah juta ringgit kerana kroni kepada Presiden dan MB. Lucunya, orang yang sebarkan berita ni tak tahu maksud ESOS dan bagaimana ia berlaku dan dikira. Ringkas cerita, saham ni bukan parti yang tentukan. Bukan MB yang tentukan. Apatah lagi presiden PAS. Ia berlaku ‘by law’, diluluskan melalui Bursa dan akta, dilaksanakan melaluli mandat pemegang saham dan dipantau oleh Option Committee. Ia bukan bermula pada tahun 2008 sewaktu PR ambil Selangor, ia bukan di luluskan waktu saya masuk tahun 2011, tetapi ia telah diluluskan oleh AGM (bukan parti politik) pada tahun 2004 lagi.

ESOS ni wujud di syarikat-syarikat korporat. Jika mereka tak pakai ESOS, mereka pakai LTIP (Long Term Incentive Plan) sebagaimana syarikat lama saya dulu (saham di UK). ESOS tertakluk kepada Bursa kerana Perangsang di bawah BURSA justeru ia adalah syarikat Listed Company.

Waktu ESOS dibuka, harga ESOS kepada staf ialah RM1,00, market value (Harga pasaran di Bursa) RM.080 manakala fair value ialah RM1.20+-. Maknanya, kalau saya beli pada waktu itu, saya akan rugi RM0.20 sen setiap saham. Tapi setiap orang boleh beli saham tu hatta kalau nak beli 1 juta unit saham sekalipun boleh melalui open market dengan harga RM0.80 sebab dia disenaraikan di open market di Bursa. Maknanya kalau anda beli saham tu di open market, harganya RM0.80 tapi kalau anda beli melalui ESOS, maka harganya RM1. ESOS ni bukan dapat tiap-tiap tahun dan bukan saya dan Sabki je dapat, semua staf dapat hatta eksekutif biasa sekalipun. Lagi satu, angka jumlah ESOS yang disebarkan itu adalah tidak betul.
Lebih melucukan apabila si penyebar fitnah sebut: "offer pada tahun 2012 (RM1) dan jual pada 2014 (RM1.80). Maka untungnya setengah juta". Nampak sangat tak tahu bab saham ESOS yang expired hanya sekitar 6 bulan sahaja.

Kalau benda tu salah, saya cabar mana-mana pihak buat aduan SPRM atau aduan ke Bursa. Kalau tak percaya kepada SPRM maka report ke Bursa supaya diblock kumpulan Perangsang daripada senarai. Bursa adalah badan berautoriti, telus dan responsif jika berlaku perlanggaran peraturan dalam pengurusan Listed Company di Malaysia.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

bat8 berkata...

Tuan

Kita semua kenal Din Ayam ni apabila dia menjawab pelbagai isu didalam kes PAS meletak calon melawan calon PR di kerusi Kota Damansara dlm PRU 13.

Dari hujah2 beliau kita dah tau sejauh mana kemampuan dia menjawab tuduhan2 pengkhianatan beliau dlm kes Kota Damansara. TAK LEPASSS.....

Begitu juga dalam isu-isu lain. Sangkuttt.

2. Kali ini nampak canggih skit tetapi jika kita teliti elok-elok, kita ragui Din Ayam yang jawab semuanya. Terlalu hebat!

Ingat orang harapan pak mertua dia Raja Idris. Tokoh koperat dan keturunan raja. Kalau ada bengkel customise kereta mewah tak heran kerana kereta mewah ni memang kegemaran kaum kerabat raja....hehehe.

3. Ada 2 perkara yang membuat aku sangsi.

Pertama, business Din Ayam tu nampak besou. Ada import dari US lagi. Tentu keuntungan syarikat besar dan mampu hidup mewah.

Kalau dah kaya( itulah tujuan Din Ayam bagi bukti-bukti yang nampak perf3ct), buat apa lagi nak kerja dengan GLC Selangor?

Orang business seperti Din Ayam ni, pendapatan dari business lagi besar. Kedua, business yang begitu besar,mana ada masa lagi nak pi jadi employee sepenuh masa kat GLC Selangor!

Ketiga, tak munasabah Din Ayam hanya mampu beli Proton Exora je dengan business yang dia ada termasuk m3ngimport kenderaan dari luar negara.

Kalau kata dia dilantik sebagai pengarah syarikat2 yang dia kata dia punya kerana dia menantu TGHH, aku percaya. Orang yang lantik Din Ayam jadi director ( share kosong, terima elaun sahaja tiap2 bulan) tentu ada kepentingan dengan TGHH kan? Gila dilantik Din Ayam kalau xde kepentingan. Lebih baik lantik anak Najib!

4. Jika kita teliti jawapan balas Din Ayam sebelum ini, kita bol3h det3ct dia pun pusing jalan cerita juga. Ada unsur kelentong.

Jadi dalam penafian diatas, aku juga dia kelentong. Banyak benda yang boleh kita persoalkan dan nampak tak masuk akal.

Pada aku, penafian kali ini ada orang tolong dia siapkan penafian ini. Beri jalan cerita dll

Aku tak m3nuduh. Tetapi aku bandingkan penafian ini dengan penafian-penafian yang dulu. Aku detect ada sesuatu yang tak tally dari segi logik.

Wallahualam

sepatutnya Din Ayam tunjuk maklumat ROC t3ntang syarikat2 yang dia dakwa dia punya. Baru real. Kita bol3h tengok memang dia punya ke dia dilantik saja2 jadi pengarah pada nama je supaya boleh coll3ct allowanc3 bulanan!

Unknown berkata...

Setuju. Makin nak tutup bangkai, makin jelas terselak.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong