Hukum
berkaitan daging korban
1. Korban yang sunat adalah disunatkan untuk dimakan tidak
melebihi satu pertiga untuk mendapat keberkatan darinya manakala yang wajib
pula wajib disedekahkan kesemuanya dan haram dimakan.
2. Mengikut pendapat yang paling kuat (Al-asoh) di sisi mazhab Syafie daging korban adalah wajib disedekahkan walaupun sedikit kepada faqir miskin sekalipun seorang sahaja. Paling baik disedekahkan semuanya dan dimakan sedikit sahaja oleh tuan empunya korban.
3. Mazhab Hanafi dan Hanbali dan pandangan muktamad dalam mazhab syafie pula berpandangan sunat membahagikan daging korban kepada 3 bahagian. Satu bahagian dimakan sendiri, satu bahagian lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu bahagian terakhir dihadiahkan kepada mereka yang berada atau kaya.
4. Haram menjual kulit binatang korban, daging, anggotanya, kepalanya dan lain-lain samada korban wajib atau sunat.
5. Tidak harus memberikan tukang sembelih kulit atau daging korban sebagai UPAH kepadanya namun sekiranya disedekahkan kepadanya atas dasar orang miskin atau berhajat maka dibenarkan.
6. Haram memindahkan daging korban yang dikorbankan di sebuah negeri ke negeri yang lain.
7. Dibenarkan untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.
8. Ulama berbeza pendapat dalam hal memberi sedekah daging korban kepada orang kafir, sebahagian mazhab mengatakannya haram, ada yang mengatakannya makruh dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai harus kerana ia bukannya sedeqah wajib. Sekiranya korban wajib maka ia adalah haram di sisi mereka. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.
Wallahu ‘Aalam
Rujukan:
1. Fiqhul Islami Wa Adillatuhu
2. Kasyful Litham ‘An Masalatil Anaam-jawi
3. Sabilul Muhtadi-jawi
4. Hasyiah Al-Baijuri
5. Al-Iqna’ Fi Halli Alfaz Abi Syuja’
6. Web www.zaharuddin.net
2. Mengikut pendapat yang paling kuat (Al-asoh) di sisi mazhab Syafie daging korban adalah wajib disedekahkan walaupun sedikit kepada faqir miskin sekalipun seorang sahaja. Paling baik disedekahkan semuanya dan dimakan sedikit sahaja oleh tuan empunya korban.
3. Mazhab Hanafi dan Hanbali dan pandangan muktamad dalam mazhab syafie pula berpandangan sunat membahagikan daging korban kepada 3 bahagian. Satu bahagian dimakan sendiri, satu bahagian lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu bahagian terakhir dihadiahkan kepada mereka yang berada atau kaya.
4. Haram menjual kulit binatang korban, daging, anggotanya, kepalanya dan lain-lain samada korban wajib atau sunat.
5. Tidak harus memberikan tukang sembelih kulit atau daging korban sebagai UPAH kepadanya namun sekiranya disedekahkan kepadanya atas dasar orang miskin atau berhajat maka dibenarkan.
6. Haram memindahkan daging korban yang dikorbankan di sebuah negeri ke negeri yang lain.
7. Dibenarkan untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.
8. Ulama berbeza pendapat dalam hal memberi sedekah daging korban kepada orang kafir, sebahagian mazhab mengatakannya haram, ada yang mengatakannya makruh dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai harus kerana ia bukannya sedeqah wajib. Sekiranya korban wajib maka ia adalah haram di sisi mereka. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.
Wallahu ‘Aalam
Rujukan:
1. Fiqhul Islami Wa Adillatuhu
2. Kasyful Litham ‘An Masalatil Anaam-jawi
3. Sabilul Muhtadi-jawi
4. Hasyiah Al-Baijuri
5. Al-Iqna’ Fi Halli Alfaz Abi Syuja’
6. Web www.zaharuddin.net
“Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku
pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.’ Dia membawa kami melihat
kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan
dan baginda bersabda : ‘Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah
yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang
kamu’. Nabi s.a.w. bersabda : ‘Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri)
dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu’”
(HR. Muslim)
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak
sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal
yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan
binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang
sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (al-Hajj
: 37)
Maka kesimpulannya ialah :
1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah saw agar tulang-tulang dan lebihan daging korban atau akikah yang mesti ditanam.
2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan akikah sebagai amalan 'taqarrub' (mendekatkan diri kepada Allah).Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati.Sebab itu juga , terdapatnya amalan sesetengah masyarakat melayu / nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya.
3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam.Ini kerana , setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut didapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.
Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah dan sebagainya
sumber : http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/membuang-tulang-lebihan-korbanaqiqah.html
oooooooooooooooooooooooooooooOOOOOOOOOOOoooooooooooooooooooooooooo
Haiwan yang disukai dan lebih utama untuk dikorbankan
Hendaknya haiwan yang dikorbankan adalah haiwan yang gemuk
dan sempurna. Dalilnya adalah firman Allah ta’ala yang ertinya, “…barangsiapa
yang mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah maka sesungguhnya itu adalah berasal dari
ketakwaan hati.” (Qs. Al Hajj: 32)
Berdasarkan ayat ini Imam Syafi’i rahimahullah menyatakan
bahawa orang yang berkorban disunnahkan untuk memilih haiwan korban yang besar
dan gemuk. Abu Umamah bin Sahl menyatakan, “Dahulu kami di Madinah biasa
memilih haiwan yang gemuk dalam berkorban. Dan memang kebiasaan kaum muslimin
ketika itu adalah berkorban dengan haiwan yang gemuk-gemuk.” (HR.
Al-Bukhari secara mu’allaq namun disampaikan dengan kalimat tegas dan
disambungkan sanadnya oleh Abu Nu’aim dalam Al Mustakhraj, sanadnya hasan)
Di antara ketiga jenis haiwan korban maka menurut majoriti
ulama yang paling utama adalah berkorban dengan unta, kemudian lembu kemudian
kambing, jika belanja perbelanjaan masing-masing ditanggung satu orang (bukan
perkongsian). Dalilnya adalah jawapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika
ditanya oleh Abu Dzar radhiallahu ‘anhu tentang hamba yang lebih
utama. Beliau bersabda, “Iaitu hamba yang lebih mahal dan lebih bernilai
dalam pandangan pemiliknya.”(HR. Al-Bukhari dan Muslim). (lihat Shahih
Fiqih Sunnah, II/374)
Manakah yang lebih baik, ikut bergabung korban lembu atau
korban satu kambing?
Sebahagian ulama menjelaskan korban satu kambing lebih baik
daripada ikut berkongsi lembu atau unta, kerana tujuh kambing manfaatnya lebih
banyak daripada seekor lembu (lih. Shahih Fiqh Sunnah, 2/375, Fatwa
Lajnah Daimah no. 1149 & Syarhul Mumthi’ 7/458). Disamping
itu, terdapat alasan lain diantaranya:
Korban yang dilakukan Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam adalah sentiasa satu ekor, baik kambing, lembu, mahupun unta, bukan
1/7 lembu atau 1/10 unta.
Kegiatan menyembelihnya menjadi lebih banyak. Lebih-lebih
jika hadis yang menyebutkan keutamaan korban di atas statusnya shahih (lih.
Hadis pada perbahasan keutamaan berkorban). Hal ini juga sesuai dengan apa yang
dinyatakan oleh penulis kitab Al MuhadzabAsy syirozi As Syafi’i. (lih. Al
Muhadzab 1/74).
Terdapat sebahagian ulama yang melarang perkongsian dalam
berkorban, diantaranya adalah Mufti Negeri Saudi Syaikh Muhammad bin Ibrahim
(lih. Fatwa Lajnah 11/453). Namun larangan ini didasari dengan qiyas
(analogi) yang bertentangan dengan dalil sunnah, sehingga jelas salahnya. Akan
tetapi, berkorban dengan satu ekor binatang, setidaknya akan mengeluarkan kita
daripada perselisihan ulama.
Apakah mesti jantan?
Tidak ada ketentuan jenis jantina haiwan korban. Boleh
jantan mahupun betina. Dari Ummu Kurzinradhiallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: “Aqiqah untuk anak lelaki dua kambing dan
anak perempuan satu kambing. Tidak jadi masalah jantan mahupun betina.” (HR.
Ahmad 27900 & An Nasa’i 4218 dan dishahihkan Syaikh Al Albani). Berdasarkan
hadis ini, As Syirozi As Syafi’i menyatakan: “Jika dibolehkan menggunakan
haiwan betina ketika aqiqah berdasarkan hadis ini, menunjukkan bahawa hal ini
juga boleh untuk berkorban.” (Al Muhadzab1/74)
Namun umumnya haiwan jantan itu lebih baik dan lebih mahal
dibandingkan haiwan betina. Oleh kerana itu, tidak wajib haiwan jantan namun
diutamakan jantan.
Larangan bagi yang hendak berkorban
Orang yang hendak berkorban dilarang memotong kuku dan
memotong rambutnya. Yang dilarang untuk dipotong kuku dan rambutnya di sini
adalah orang yang hendak korban bukan haiwan korbannya. Dari Ummu Salamah dari
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Apabila
engkau telah memasuki sepuluh hari pertama (bulan Dzulhijjah) sedangkan
diantara kalian ingin berkorban maka janganlah dia menyentuh sedikitpun
bahagian dari rambut dan kulitnya.” (HR. Muslim)
Larangan tersebut berlaku untuk cara apapun dan untuk
bahagian kuku mahupun rambut manapun. Ertinya mencakup larangan mencukur botak
atau mencukur sebahagian saja, atau sekadar mencabutinya. Baik rambut itu
tumbuh di kepala, kumis, sekitar kemaluan mahupun di ketiak (lihat Shahih
Fiqih Sunnah II/376).
Apakah larangan ini hanya berlaku untuk kepala keluarga
ataukah berlaku juga untuk semua anggota keluarga shohibul korban?
Jawab: Larangan ini hanya berlaku untuk kepala keluarga
(shohibul korban) dan tidak berlaku bagi anggota keluarganya. Ini kerana 2
alasan:
Zahir hadis menunjukkan bahawa larangan ini hanya berlaku
untuk yang mahu berkorban.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sering
berkorban untuk dirinya dan keluarganya. Namun belum ditemukan riwayat
bahawasanya beliau melarang anggota keluarganya untuk memotong kuku mahupun
rambutnya. (Syarhul Mumti’ 7/529)
Waktu penyembelihan
Waktu penyembelihan korban adalah pada hari Iedul Adha dan 3
hari sesudahnya (hari tasyriq). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap
hari taysriq adalah (hari) untuk menyembelih (korban).” (HR. Ahmad dan
Baihaqi) Tidak ada perbezaan waktu siang ataupun malam. Baik siang mahupun
malam sama-sama dibolehkan. Namun menurut Syaikh Al Uthaimin, melakukan
penyembelihan di waktu siang itu lebih baik. (Tata Cara Korban Tuntutan Nabi,
hal. 33).
Kemudian, para ulama sepakat bahawa menyembelih korban tidak
boleh dilakukan sebelum terbitnya fajar di hari Iedul Adha. Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat
Ied maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri (bukan korban). Dan
barangsiapa yang menyembelih sesudah solat itu maka korbannya sempurna dan dia
telah menepati sunnahnya kaum muslimin.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim) (lihat Shahih
Fiqih SunnahII/377)
Tempat penyembelihan
Tempat yang disunnahkan untuk menyembelih adalah tanah
lapangan tempat solat ied diselenggarakan. Dianjurkan untuk menyembelih
korbannya di lapangan dalam rangka memberitahu kepada kaum muslimin bahawa
korban sudah boleh dilakukan dan sekaligus mengajari tata cara korban yang
baik. Ibnu ‘Umar menyatakan, “Dahulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam biasa menyembelih kambing dan unta (korban) di lapangan tempat solat.” (HR.
Al-Bukhari 5552)
Akan tetapi, dibolehkan untuk menyembelih korban di tempat
manapun yang disukai, baik di rumah sendiri ataupun di tempat lain. (Lihat Shahih
Fiqih Sunnah, II/378)
Siapakah yang menyembelih korban?
Dianjurkan bagi shohibul korban untuk menyembelih haiwan
korbannya sendiri jika mampu menyembelih dengan baik. Namun boleh diwakilkan
kepada orang lain. Syaikh Ali bin Hasan menyatakan: “Saya tidak mengetahui
adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama’ dalam masalah ini.” Hal ini
berdasarkan hadis Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu di dalam Shahih
Muslimyang menceritakan bahawa pada saat korban Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam pernah menyembelih beberapa unta korbannya dengan tangan
beliau sendiri kemudian sisanya diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib
radhiyallahu ‘anhu untuk disembelih. (lih. Ahkaamul Idain, 32)
Tata cara penyembelihan
Sebaiknya pemilik korban menyembelih haiwan korbannya
sendiri jika mampu menyembelih dengan baik.
Apabila pemilik korban tidak boleh menyembelih sendiri maka
sebaiknya dia ikut datang menyaksikan penyembelihannya.
Hendaknya memakai alat yang tajam untuk menyembelih.
Haiwan yang disembelih dibaringkan di atas sisi kirinya dan
posisi kaki-kakinya ke arah kiblat.
Leher haiwan diinjak dengan telapak kaki kanan penyembelih,
sebagaimana yang dilakukan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian
pisau ditekan kuat-kuat supaya cepat putus.
Ketika akan menyembelih disyari’akan membaca bismillaahi
wallaahu akbar ketika menyembelih. Untuk bacaan bismillah (tidak perlu
ditambahi Ar Rahman dan Ar Rahiim) hukumnya wajib menurut Imam Abu Hanifah,
Malik dan Ahmad, sedangkan menurut Imam Syafi’i hukumnya sunnah. Adapun bacaan
takbir – Allahu Akbar – para ulama sepakat kalau hukum membaca takbir ketika
menyembelih ini adalah sunnah dan bukan wajib. Kemudian diikuti bacaan:
– haza minka wa laka. (HR. Abu Dawud 2795) Atau
– haza minka wa laka ‘anni atau ‘an fulan (disebutkan nama shahibul korban). atau
– Berdoa agar Allah menerima korbannya dengan doa, Allahumma taqabbal minni atau min fulan (disebutkan nama shahibul korban) (lih. Tata Cara Korban Tuntutan Nabi, hal. 92)
– haza minka wa laka. (HR. Abu Dawud 2795) Atau
– haza minka wa laka ‘anni atau ‘an fulan (disebutkan nama shahibul korban). atau
– Berdoa agar Allah menerima korbannya dengan doa, Allahumma taqabbal minni atau min fulan (disebutkan nama shahibul korban) (lih. Tata Cara Korban Tuntutan Nabi, hal. 92)
Catatan: Tidak terdapat do’a khusus yang panjang bagi
shohibul korban ketika hendak menyembelih. Wallahu a’lam.
Bolehkah mengucapkan selawat ketika menyembelih?
Tidak boleh mengucapkan selawat ketika hendak menyembelih,
kerana 2 alasan:
Tidak terdapat dalil bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam mengucapkan selawat ketika menyembelih. Sementara beribadah tanpa
dalil adalah perbuatan bid’ah.
Boleh jadi orang akan menjadikan nama Nabi Muhammad shallallahu
‘alaihi wa sallam sebagai wasilah ketika korban. Atau bahkan boleh jadi
seseorang membayangkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika
menyembelih, sehingga sembelihannya tidak murni untuk Allah. (lih.Syarhul
Mumti’ 7/492)
Memanfaatkan hasil sembelihan
Bagi pemilik haiwan korban dibolehkan memanfaatkan daging
korbannya, melalui:
Dimakan sendiri dan keluarganya, bahkan sebahagian ulama
menyatakan shohibul korban wajib makan bahagian haiwan korbannya. Termasuk
dalam hal ini adalah berkorban kerana nazar menurut pendapat yang benar.
Disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
Dihadiahkan kepada orang yang kaya.
Disimpan untuk bahan makanan di lain hari. Namun penyimpanan
ini hanya dibolehkan jika tidak terjadi musim kebuluran atau krisis makanan.
Dari Salamah bin Al Akwa’ dia berkata; Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,“Barangsiapa di antara kalian yang berkorban
maka jangan sampai dia menjumpai subuh hari ketiga sesudah hari raya sedangkan
dagingnya masih tersisa walaupun sedikit.” Ketika datang tahun berikutnya
maka para sahabat menyatakan, “Wahai Rasulullah, apakah kami mesti
melakukan sebagaimana tahun lalu?” Maka beliau menjawab, “(Adapun
sekarang) Makanlah sebahagian, sebahagian lagi berikan kepada orang lain dan
sebahagian lagi simpanlah. Pada tahun lalu masyarakat sedang mengalami
kesulitan (makanan) sehingga aku berkeinginan supaya kalian membantu mereka
dalam hal itu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut majoriti ulama perintah yang terdapat dalam hadis
ini menunjukkan hukum sunnah, bukan wajib (lihat Shahih Fiqih Sunnah,
II/378). Oleh sebab itu, boleh mensedekahkan semua hasil sembelihan korban.
Sebagaimana diperbolehkan untuk disedekahkan seluruhnya kepada orang miskin dan
sedikitpun tidak diberikan kepada orang kaya. (Minhaajul Muslim, 266).
Bolehkah memberikan daging korban kepada orang Kafir?
Ulama mazhab Malikiyah berpendapat makruhnya memberikan
daging korban kepada orang kafir. Imam Malik menyatakan: “(diberikan) kepada
selain mereka (orang kafir) lebih aku sukai.” Sedangkan Syafi’iyah berpendapat
haramnya memberikan daging korban kepada orang kafir untuk korban yang wajib
(misalnya korban nazar, pen.) dan makruh untuk korban yang sunnah. (lih.Fatwa
Syabakah Islamiyah no. 29843). Al Baijuri As Syafi’i menyatakan: “Dalam Al
Majmu’ (Syarhul Muhadzab) disebutkan, boleh memberikan sebahagian korban
sunnah kepada kafir dzimmi yang miskin. Tapi ketentuan ini tidak berlaku untuk
korban yang wajib.” (Hasyiyah Al Baijuri 2/310)
Lajnah Daimah (Majlis Ulama’ saudi Arabia) ditanya tentang
hukum memberikan daging korban kepada orang kafir.
Jawapan Lajnah:
Jawapan Lajnah:
“Kita dibolehkan memberi daging korban kepada orang kafir
Mu’ahid [1] baik kerana statusnya sebagai orang miskin, kerabat, tetangga, atau
kerana dalam rangka menarik simpati mereka… namun tidak dibolehkan memberikan
daging korban kepada orang kafir Harb, kerana kewajipan kita kepada kafir harbi
adalah merendahkan mereka dan melemahkan kekuatan mereka. Hukum ini juga
berlaku untuk pemberian sedekah. Hal ini berdasarkan firman Allah, yang
ertinya:
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku
adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak
mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
berlaku adil.” (Qs. Al Mumtahanah 8)
Demikian pula Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah
memerintahkan Asma’ binti Abu Bakrradhiallahu ‘anhu untuk menemui ibunya
dengan membawa harta padahal ibunya masih musyrik.” (Fatwa Lajnah Daimah no.
1997)
Kesimpulannya, memberikan bahagian haiwan korban kepada
orang kafir dibolehkan kerana status haiwan korban sama dengan sedekah atau
hadiah. Dan kita diperbolehkan memberikan sedekah mahupun hadiah kepada orang
kafir. Sedangkan pendapat yang melarang adalah pendapat yang tidak kuat kerana
tidak berdalil.
Larangan memperjual-belikan hasil sembelihan
Tidak diperbolehkan memjual-belikan bahagian haiwan
sembelihan, baik daging, kulit, kepala, bulu, tulang mahupun bahagian yang
lainnya. Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu menyatakan,“Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan aku untuk menguruskan penyembelihan
unta korbannya. Beliau juga memerintahkan saya untuk membahagikan semua kulit
tubuh serta kulit punggungnya. Dan saya tidak diperbolehkan memberikan bahagian
apapun darinya kepada tukang jagal.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Bahkan
terdapat ancaman keras dalam masalah ini, sebagaimana hadis berikut:
من باع جلد أضحيته
فلا أضحية له
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang menjual kulit haiwan
korbannya maka ibadah korbannya tidak ada nilainya.” (HR. Al Hakim 2/390
& Al Baihaqi. Syaikh Al Albani menyatakan: Hasan)
Tetang haramnya pemilik haiwan menjual kulit korban
merupakan pendapat majoriti ulama, meskipun Imam Abu Hanifah menyelisihi
mereka. Namun mengingat dalil yang sangat tegas dan jelas maka pendapat
siapapun mesti ditolak.
Catatan:
Termasuk menjual-belikan bahagian haiwan korban adalah
menukar kulit atau kepala dengan daging atau menjual kulit untuk kemudian
dibelikan kambing. Ini kerana hakikat jual-beli adalah tukar-menukar meskipun
dengan selain wang.
Transaksi jual-beli kulit haiwan korban yang belum
dibahagikan adalah transaksi yang tidak sah. Ertinya penjual tidak boleh
menerima wang hasil penjualan kulit dan pembeli tidak berhak menerima kulit
yang dia beli. Hal ini sebagaimana perkataan Al Baijuri: “Tidak sah jual beli
(bahagian dari haiwan korban) disamping transaksi ini adalah haram.” Beliau
juga menyatakan: “Jual beli kulit haiwan korban juga tidak sah kerana hadis
yang diriwayatkan Hakim (baca: hadis di atas). (Fiqh Syafi’i 2/311).
Bagi orang yang menerima kulit dibolehkan memanfaatkan kulit
sesuai keinginannya, baik dijual mahupun untuk pemanfaatan lainnya, kerana ini
sudah menjadi haknya. Sedangkan menjual kulit yang dilarang adalah menjual
kulit sebelum dibahagikan (disedekahkan), baik yang dilakukan pihak yang
menguruskan korban mahupun shohibul korban.
Nasihat & Solusi untuk masalah kulit
Satu penyakit kronis yang menimpa ibadah korban kaum
muslimin bangsa kita, mereka tidak boleh lepas daripada ‘fiqh praktis’ menjual
kulit atau mengupah tukang sembelih mahupun pelapah dengan kulit. Memang kita
akui ini adalah jalan pintas yang paling cepat untuk melepaskan diri daripada
tanggungan menguruskan kulit. Namun apakah jalan pintas cepat ini menjamin
keselamatan???
Bertaqwalah kepada Allah wahai kaum muslimin… sesungguhnya
ibadah korban telah diatur dengan indah dan rapi oleh Si Peletak Syari’ah.
Jangan cuba-cuba untuk keluar dari peraturan ini kerana boleh jadi korban kita
tidak sah. Berusahalah untuk sentiasa berjalan sesuai syari’at meskipun
jalurnya ‘kelihatannya’ lebih panjang dan sedikit menyibukkan. Jangan pula
terkecoh dengan pendapat sebahagian orang, baik ulama mahupun yang ngaku-ngaku
ulama. Ini kerana manusia yang berhak untuk ditaati secara mutlak hanya satu
iaitu Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka semua
pendapat yang bertentangan dengan hadis beliau mesti dibuang jauh-jauh.
Tidak perlu bingung. Bukankah Ali bin Abi Thalib t pernah
menguruskan korbannya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang
jumlahnya 100 ekor unta?! Tapi tidak ada dalam catatan sejarah bahawa Ali bin
Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu bingung dalam menguruskan kulit dan kepala.
Demikianlah kemudahan yang Allah berikan bagi orang yang secara penuh mengikuti
aturan syari’at. Namun bagi mereka (baca: pihak pengurusan korban) yang masih
merasa bingung menguruskan kulit, boleh dilakukan beberapa solusi berikut:
Kumpulkan semua kulit, kepala, dan kaki haiwan korban. Pilih
sejumlah orang miskin sebagai sasaran penerima kulit. Tidak perlu dihantar ke
rumahnya, tapi cukup hubungi mereka dan sampaikan bahawa pihak pengurusan siap
menjualkan kulit yang sudah menjadi hak mereka. Dengan demikian, status pihak
pengurusan dalam hal ini adalah sebagai wakil bagi pemilik kulit untuk menjualkan
kulit, bukan wakil dari shohibul korban dalam menjual kulit.
Serahkan semua atau sebahagian kulit kepada yayasan islam
sosial (misalnya pusat asuhan atau pondok pesantren). (Terdapat Fatwa Lajnah
yang membolehkan menyerahkan bahagian haiwan korban kepada yayasan).
Larangan mengupah tukang sembelih dengan bahagian haiwan
sembelihan
Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu bahawa “Beliau
pernah diperintahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menguruskan
penyembelihan untanya dan agar membahagikan seluruh bahagian daripada
sembelihan unta tersebut, baik yang berupa daging, kulit tubuh mahupun pelana.
Dan dia tidak boleh memberikannya kepada penyembelih barang sedikitpun.” (HR.
Al-Bukhari dan Muslim) dan dalam lafaz lainnya beliau berkata, “Kami
mengupahnya dengan wang kami pribadi.” (HR. Muslim). Dan ini merupakan
pendapat majoriti ulama (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/379).
Syaikh Abdullah Al Bassaam menyatakan, “Tukang sembelih
tidak boleh diberi daging atau kulitnya sebagai bentuk upah atas pekerjaannya.
Hal ini berdasarkan kesepakatan para ulama. Yang diperbolehkan adalah
memberikannya sebagai bentuk hadiah jika dia termasuk orang kaya atau sebagai
sedekah jika ternyata dia adalah miskin…” (Taudhihul Ahkaam, IV/464).
Pernyataan beliau semakna dengan pernyataan Ibn Qosim yang
menyatakan: “Haram menjadikan bahagian haiwan korban sebagai upah bagi tukang
sembeli.” Perkataan beliau ini dikomentari oleh Al Baijuri: “Kerana hal itu
(mengupah) semakna dengan jual beli. Namun jika tukang sembelih diberi bahagian
dari korban dengan status sedekah bukan upah maka tidak haram.” (Hasyiyah Al
Baijuri As Syafi’i 2/311).
Adapun bagi orang yang memperoleh hadiah atau sedekah daging
korban diperbolehkan memanfaatkannya sekehendaknya, boleh dimakan, dijual atau
yang lainnya. Akan tetapi tidak diperkenankan menjualnya kembali kepada orang
yang memberi hadiah atau sedekah kepadanya (Tata Cara Korban Tuntutan Nabi, 69)
Menyembelih satu kambing untuk makan-makan organisasi? Atau
pihak pnegurusan dapat bahagian khusus?
Status pihak pengurusan mahupun tukang sembeli dalam
pengurusan haiwan korban adalah sebagai wakil dari shohibul korban dan bukan
amil[2]. Ini kerana statusnya hanya sebagai wakil maka pihak pengurusan korban
tidak diperkenankan mengambil bahagian dari haiwan korban sebagai ganti
daripada jasa dalam menguruskan haiwan korban. Untuk lebih memudahkan boleh
diperhatikan ilustrasi kes berikut:
Adi ingin mengirim wang RM 1 juta kepada Budi. Oleh kerana
merek tidak boleh bertemu langsung langsung maka Adi mengutus Rudi untuk
menghantarkan wang tersebut kepada Budi. Oleh kerana mesti ada belanja tambang
dan belanja lainnya maka Adi memberikan sejumlah wang kepada Rudi. Bolehkah
wang ini diambil daripada wang RM 1 juta yang akan dikirimkan kepada Budi??
Semua orang akan menjawab: “TIDAK BOLEH KERANA BERERTI IA MENGURANGKAN WANG
BUDI.” Status Rudi pada kes di atas hanyalah sebagai wakil Adi. Demikian pula
korban. Status pihak pengurusan hanya sebagai wakil pemilik haiwan, sehingga
dia tidak boleh mengambil bahagian korban sebagai ganti daripada jasanya.
Oleh kerana itu, jika menyembelih satu kambing untuk
makan-makan tukang sembelih mahupun tukang lapah, atau pengurusan dapat
bahagian khusus sebagai ganti jasa dari kerja yang dilakukan pihak pengurusan
maka ini tidak diperbolehkan.
Namun hal ini bukan bererti bahawa pihak pengurusan tidak
mendapat bahagian daripada haiwan korban. Yang tidak boleh adalah ketika pihak
pengurusan mendapatkan bahagian lebih dalam pembahagian haiwan korban, baik itu
bentuknya sudah matang mahupun daging mentah, sebagai ganti daripada jasa
mereka yang telah menguruskan haiwan korban. pihak pengurusan tetap mendapatkan
bahagian korban namun bahagian mereka sama dengan bahagian yang diberikan
kepada warga lainnya.
Agar tidak meninggalkan kekeliruan, kita perhatikan dua
contoh cara pembahagian korban yang dibolehkan dan pembahagian yang terlarang,
sebagai berikut:
Contoh cara pembahagian yang dibolehkan: warga desa kampung
A berkorban 5 ekor lembu & 13 ekor kambing. Setelah dihitung, masing-masing
kepala keluarga mendapat bahagian 2 Kg daging lembu dan ½ kg daging kambing.
Semua merata tanpa memperhatikan status, baik pihak pengurusan mahupun bukan
pihak pengurusan.
Contoh cara pembahagian yang terlarang 1: warga desa kampung
A berkorban 5 ekor lembu & 13 ekor kambing. Setelah dihitung, masing-masing
kepala keluarga mendapat bahagian 2 Kg daging lembu dan ½ Kg daging kambing.
Khusus untuk pihak pengurusan mendapat bahagian tambahan masing-masing ½ Kg
daging lembu sebagai ganti jasa mereka yang telah menguruskan haiwan korban.
Dalam keluarga Pak Ahmad ada 4 orang yang terlibat sebagai pihak pengurusan,
iaitu Pak Ahmad, Bu Ahmad, dan 2 puteranya. Sehingga keluarga Pak Ahmad
mendapat bahagian 4 Kg daging lembu dan ½ Kg daging kambing. Keluarga Pak Ahmad
mendapat kelebihan bahagian 2 Kg lembu kerana anggota keluarganya yang terlibat
4 orang x ½ Kg = 2 Kg.
Contoh cara pembahagian yang terlarang 2: Sebagai bentuk
membalasa jasa bagi pihak pengurusan korban maka takmir mengambil 1 ekor
kambing untuk disembelih sebagai jamuan makan bersama bagi pihak pengurusan. Di
samping itu, pihak pengurusan juga mendapat bahagian yang sama dengan warga
lainnya. Dengan demikian, pihak pengurusan mendapat tambahan bahagian
pembahagian korban yang mereka jadikan sebagai menu makan bersama.
Berkorban di kawasan luar
Mengirim sejumlah wang untuk dibelikan haiwan korban di
tempat tujuan (di luar daerah pemilik haiwan) dan disembelih di tempat
tersebut? Atau mengirimkan haiwan hidup ke tempat lain untuk di sembelih di
sana?
Pada asalnya tempat menyembelih korban adalah daerah orang
yang berkorban. Ini kerana orang-orang yang miskin di daerahnya itulah yang
lebih berhak. Sebahagian syafi’iyah mengharamkan mengirim haiwan korban atau
wang untuk membeli haiwan korban ke tempat lain – di luar tempat tinggal
shohibul korban – selama tidak ada maslahat yang menuntut hal itu, seperti
penduduk tempat shohibul korban yang sudah kaya sementara penduduk tempat lain
sangat memerlukan. Sebahagian ulama membolehkan secara mutlak (meskipun tidak
ada tuntutan maslahat). Sebagai jalan keluar dari perbezaan pendapat,
sebahagian ulama menasihatkan agar tidak mengirim haiwan korban ke selain
tempat tinggalnya. Ertinya tetap disembelih di daerah shohibul korban dan yang
dikirim keluar adalah dagingnya. (lih. Fatwa Syabakah Islamiyah no.
2997, 29048, dan 29843 &Shahih Fiqih Sunnah, II/380)
Kesimpulannya, berkorban dengan model seperti ini (mengirim
haiwan atau wang dan bukan daging) termasuk korban yang sah namun menyelisihi
sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamkerana tiga hal:
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para
sahabat radhiallahu ‘anhu, tidak pernah mengajarkannya.
Hilangnya sunnah anjuran untuk disembelih sendiri oleh
shohibul korban.
Hilangnya sunnah anjuran untuk makan bahagian dari haiwan
korban.
Wallaahu waliyut taufiq.
Demikian yang boleh kami sajikan. Sebagai pelengkap kami
sarankan untuk membaca buku: Tata Cara Korban Tuntutan Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam yang diterjemahkan Ustadz Aris Munandar hafizhahullah dari
ringkasan Kitab Ahkaam Udh-hiyah wadz Dzakaah karya Syaikh Al
Uthaimin rahimahullah. Semoga risalah yang ringkas sebagai pelengkap untuk
tulisan saudaraku Abu Muslih hafizhahullah ini bermanfaat dan menjadi
amal yang diterima oleh Allah ta’ala, sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha
Mulia. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Nabi Muhammad shallallahu
‘alaihi wa sallam, serta seluruh pengikut beliau yang setia.Alhamdulillaahi
Rabbil ‘aalamiin.
Yogyakarta, 1 Dzulhijjah 1428
***
Footnote:
[1] Kafir Mu’ahid: orang kafir yang mengikat perjanjian
damai dengan kaum muslimin. Termasuk orang kafir mu’ahid adalah orang kafir
yang masuk ke negeri islam dengan izin resmi dari pemerintah. Kafir Harby:
orang kafir yang memerangi kaum muslimin. Kafir Dzimmi: orang kafir yang hidup
di bawah kekuasaan kaum muslimin.
[2] Sebahagian orang menyamakan status pihak pengurusan
korban sebagaimana status amil dalam zakat. Bahkan mereka meyebut pihak
pengurusan korban dengan ‘amil korban’. Akibatnya mereka beranggapan pihak
pengurusan memiliki bahagian khusus dari haiwan korban sebagaimana amil zakat
memiliki bahagian khusus dari harta zakat.
Yang benar, amil zakat tidaklah sama dengan pihak pengurusan
pengurus korban. Ini kerana untuk boleh disebut amil, mesti memenuhi beberapa
persyaratan. Sementara pengurus korban hanya sebatas wakil dari shohibul
korban, sebagaimana status sahabat Ali radhiallahu ‘anhu dalam
menguruskan korban Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan tidak ada
riwayat Ali radhiallahu ‘anhumendapat bahagian khusus dari korbannya Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam.
***
Penulis: Ammi Nur Baits
Tiada ulasan:
Catat Ulasan