INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Oktober 19, 2014

Keluarnya Dato' Tamrin Tun Ghafar

 Apabila Dato' Tamrin Tun Ghafar menarik diri atau keluar PAS melalui surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustapha Ali pada 15 Okt lalu, sayasangat sedih dengan keputusan beliau.

Bertemu dengan beliau dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh pada tahun 2011, kemudiannya menjadi sahabat baik. Kerap bertemu terutamanya minat beliau mengenai isu Felda dan tanah.
Dato' Tamrin mengisi borang PAS pada 11 Julai 2012, di rumahnya. Saya sendiri jadi pencadangnya. Beliau selalu sebut, saya ni mualaf Mazlan, PAS kena tarbiyyah saya. Perjalanan kehidupannya, dunia politiknya dan ada yang bersifat peribadi diceritakan kepada saya. Dia mahu habiskan sisa hidupnya untuk bersama PAS, atas ikrarnya demi Islam.
Saya hubungi Dr Ahmad Samsuri, Setpol YB Presiden PAS, Sdr Nasaie Ismail Setiausaha Akhbar Presiden dan Adly Zahri,Pesuruhjaya PAS Melaka mengenai kemasukan Dato' Tamrin. Hinggalah majlis perisytiharan penyertaan dalam PAS dibuat di Dewan KUIZM, Taman Melewar pada 11 ogos 2012 oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Beliau aktif berceramah di seluruh negara. Juga menerbitkan risalah dan pamplet yang berkaitan dengan isu2 melayu. Pendedahan beliau sangat menarik dan banyak membantu PAS dan PR. Bagi saya sumbangan dan komitmen beliau dalam PAS amat baik.
Namun, kemelut jawatan MB Selangor, masalah dalaman PAS dan PR meresahkan beliau. Beliau kerap luahkan perasaan dan pandangannya pada saya dan rakan2 melalui talipon, sms dan beberapa pertemuan. Saya bersembang panjang dengannya di Restoran Haslam pada 9 okt lalu. Saya lebih banyak mendengar luahannya. Maklumlah, beliau banyak pengalaman dalam politik. Sebagai sahabat, saya berikan saranan dan nasihat.
Saya difahamkan, keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 12 Okt lalu mengenai isu 2 orang ADUN PAS iaitu Hulu Selangor dan Morib adalah kemuncak yang mendorong Dato' Tamrin meninggalkan PAS.

Sekitar jam 8 pagi ini saya menerima sms beliau yang berbunyi, ' Salam. Tk atas pandangan dan harapan. Sudah banyak kali saya memberi pandangan dan teguran kepada beberapa pemimpin tapi nampaknya tidak dipedulikan. Akhir2 ini beberapa tindakan yang dilakukan amat menghampakan saya; tidak perlulah saya huraikannya. PAS TIDAK SALAH. Persahabatan kita tetap utuh. Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita. InshaAllah'.

Saya berharap Dato' Mustapha Ali dapat mengambil inisiatif memujuk Dato' Tamrin memikirkan semula keputusannya keluar dari PAS, meskipun kita menghormati hak beliau. Situasi ini bukan sesuatu yang baik bagi PAS.
TERUS BERISTIQAMAH

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong