Hari ini, saya di fahamkan, Jabatan Perdana Menteri
menganjurkan dialog Siri ke 4/2014 di Putrajaya yang disertai Kakitangan Awam.
Serangan utama ditujukan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim
yang dianggap pemecah belah dan agen Amerika. Cara mereka menghentam DSAI, saya
dapat rasakan apa nasib DSAI di Mahkamah Persekutuan 28 okt ini.
Seperti biasa isu Hak Istimewa Orang Melayu dan melayu Msia
jadi macam melayu S'pura dikumandangkan. Skrip yang tidak berubah sejak
merdeka.
Kakitangan Awam diminta pertahankan Kerajaan hingga ke
titisan darah yang terakhir. Maka disenaraikan kononnya banyak badan Ngo yang
beroleh dana asing, yang dianggap pengkhianat negara. Di terangkan pula isu
GST; manfaatnya kepada rakyat negara ini.
Sampai kiamat pun perpaduan dan keharmonian kaum tidak akan
dapat dicapai kalau begini caranya kita mengurus kehidupan masyarakat berbagai
kaum. Prasangka dan assabiyyah-rasis tidak pernah reda. Di khalayak rakyat,
dinyatakan 1 Malaysia, disambut 16 September, diselaraskan cuti selama seminggu
buat 3 kaum terbesar; Islam, cina dan India, diwujudkan jkuasa Parlimen
mengenai Perpaduan; tapi dalam waktu yang sama, pemimpin UMNO, BTN dan agensi
Kerajaan tidak pernah berhenti memainkan sentimen perkauman yang menimbulkan
kebencian antara satu sama lain.
Justeru, saya amat mengharapkan Pakatan Rakyat mengambil
model pemerintahan yang adil dan saksama buat semua kaum. Uniknya, Dato' Ahmad
Yaakop adalah Menteri Besar Kelantan(PAS), Azmin Ali pula Menteri Besar
Selangor, manakala Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Ketiga2 parti
berpeluang menerajui kerajaan dan mesti membuktikan Kerajaan yang dipimpin
lebih baik dari BN.
Kerajaan PR jangan dilihat pro kepada satu2 kaum. Meskipun
PAS hanya satu kerusi di Pulau Pinang, hakikatnya jumlah penduduk Islam hampir
sama dengan masyarakat Cina di sana. Begitu juga di Kelantan, 5 peratus
penduduk non muslim dan tiada satu kerusi pun DAP di Kelantan; hak mereka yang
Bukan Islam mesti di rai dan di hormati.
Jangan izinkan elemen tidak sihat yang memecah belahkan
perpaduan dalam PR berlaku. Pemimpin tertinggi dalam PR bukan untuk mewakili
partinya sahaja, tetapi semua kaum. Saya terkilan dengan isu saman menyaman
dalam PR mutakhir ini, samada membabitkan Presiden PAS, Ketua Menteri Pulau
Pinang dan YB Ust Nasrudin Hassan Tantawi. Ia memberi imej negatif kepada PAS
dan PR. Berbagai usaha dibuat untuk mencari jalan penyelesaian, nampaknya
menemui jalan buntu.
Apa pun keputusan yang membabitkan DSAI; pemimpin tertinggi
PR mesti berjiwa besar dengan agenda perubahan buat seluruh rakyat. Pantai
Timur dan Pantai Barat serta Sabah Sarawak sama penting meskipun dibezakan
komposisi kaumnya. Kembali muafakat, mencapai kata sepakat. Perkukuh PR dan
angkat idea2 besar sebagai dasar PR agar tidak ada kelompok kaum yang dizalimi.
Saya teringat kata2 Tok Guru Nik Aziz ketika bertemu beliau
di Pulau Melaka baru baru ini. ' teruskan dakwah dengan bukan Islam,
terutamanya anak muda cina. Kalau intelek mereka masuk Islam, lebih cepat Islam
berkembang'. Tok Guru berpandangan jauh, meskipun tinggal di negeri yang mana
orang Cina boleh dibilang dengan jari di sesetengah tempat!
Jangan dipersia siakan mandat rakyat......PAKATAN HARAPAN
RAKYAT
2 ulasan:
Itu pandangan dan harapan Mazlan Aliman. Apa pula pandangan golongan UG?
Hanya pandangan ,,tak semestinya semua orang terima..
sekurang-kurangnya apa yang terbuku dalam hati sudah terluah...
Catat Ulasan