INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Oktober 03, 2014

PENGURUS FELDA BELASAH IMAM CERITA DARI FACEBOOK DAN AKBAR HARAKAHDAILY ??


Peneroka Felda Lakum Lanchang merangkap tok imam masjid kene belasah dgn pengurus technoplant dlm kebun sendiri semasa nk mengeluarkn hasil..apa cerita ni..betul ka ?

 Kalau sapa yg tau kebenaran tolong bgtau..exkiss me
Nak tau cite mai dtg bkt damo ...koi tngu koi ade at bkt damo...bleh borak2 pnjang smbil ngeteh...te...
Apa guna fb bro..crita ja dlm ni..nk tutup semua fitnah..yg penting ambil yg jernih buang yg keruh..
[29/09 10:42 PM] SH5 Hj Isa: Saya dah kena langgar sempat mengelak cuma betis luka sikit. Yang langgar saya t u imam bkt damar? Jalal kenal tu..esok dengar pembohong hj shafie dalam sinar. Hasil sawit lot peneroka diurus oleh ftp hilang sejak april tapi x dpt kesan siapa yang curi,jadi isu dlm mesyuarat jkkr..pd 25 sept terserempak dgn imam sdg punggah lot tersebut,berlaku tikam lidah antara saya dgn dia,dia hilang sabar lalu cabut parang panjang disisi motor dan cuba melibas saya,saya sempat memaut leher dia tujuan utk mempertahan diri dan driver dan penyelia rampas parang dari tanganya dan buang parang panjang tersebut jauh jauh. Imam guna geng,saya tinggalkan imam kuatir ada yg hilang sabar lagi..tapi dlm perjalanan balik kaki pukul hj shafie seramai 3 orang halang kembara saya.saya turun dari kembara,salah seorang kaki pukul hj shafie marah saya dgn suara yang tinggi mengapa pukul imam saya(hj shafie call mereka)saya jawab saya cuma mempertahankan diri sebab dia nak libas saya dgn parang panjang..tiba2 haji shafie memecut motor laju dari arah belakang dan melanggar saya,mujur sempat mengelak cuma betis kanan luka.kemudian haji shafie terbabas dan jatuh tertiarap atas motor sendiri.dia bangun dan arah kaki pukul dia pukul saya.
 Imam curi buah ker? Kuikui... klu nk kata pngrus pukul imam org bkit dmar pn x cayo... smua org tau sapo imam... kuikui...
 Kata nya imam pajak ldg ni. Tp tuan punya ldg dah meninggal. Jd waris tak bg imam dah ambil hasil
Dari segi hukum pajak kebun ni mcm mna ye?
 He2. yg jd staff x bijak yg jd mangsa pula x sabar. dlm isu ni mcm x ada undang2 yg ada.
k terbaik..ambik ikhtibar..yg selebihnya selesai cara elok supaya x jd barah dlm felda..win2..
Kalau guna budibahasa mungkin hj shafie tak hilng sabar..
Pajak2 slow sikit sebut... terasa FGV nnti
Dari segi hukum macam mana Pemburu Bayang pajak ni? Tanah pajakan 99 tahun pula dikira macam mana hukumnya.. ladang plantation dipajakkan ke fgv macam mana pula hukumnya?
Hasil keuntungan pajakan ladang kepada fgv diagihkan kepada peneroka nak dikira bagaimana pula...

Betul atau fitnah??.. kalau betul dah jadi mengumpat..kalau tak betul dah jadi fitnah..dua2 perkara ru menyebabkan berdosa...ada berani ?????
Mungkin kedua2 belah ada kesilapan masing2..eloklah berdamai..imam ngan pengurus orang kuat rancangan..( kes ni bukan pengurus FTP )
Pgurus dh nk pencen dh pun... tnya pak imam la tu la HH sbb dia yg pajak ladang peneroka... hehe...
len kali ambil video dan gambar...gi umah tok imam tu interview...baru post....baru lah gempak
Yg mana betul..imam ke pengurus tekno
Pngrus felda.... hj isa namanya...
Hehehe..bila kena ke pengurus..pandai pulak kira dosa pahala..

Yg atas tu kata pengurus tecno..
Bukan pengerusi felda.. tu yg bercanggah.. mungkin kot tak boto dah tak taulh.. sbb post diateh tu nk tanyo boto ko..
tnoplant pengurusan ladang yg bersama felda felda pengurusan drancangan felda kedua2 memantau pengeluaran hasil
Kes ni melibatkan pngurus felda bukan pngurus technoplant..
Maaf ckp..tpt sy penah jd tp xda touch body..bukan kehendak pengurus tp kena cucuk hidung dgn org kepentingan d felda sy..last skali pengurus kena tukar..paham2 sudah la..x dgr radio karat..

tuan haji isa memang nak tukar tapi kami tak nak dia tukar kami masih lagi memerlukan perhidmatan n bimbingan beliau lagi



Dibawah ini pula cerita dari akbar harakahdaily

KESAL KES PUKUL BEKAS QARI KEBANGSAAN
Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan melahirkan rasa kesal di atas tindakan kekerasan oleh pihak pengurusan Felda Lakum terhadap imam masjid Ustaz Shafii Lebai Hanafiah yang dipukul beramai-ramai di ladangnya di sini.
Katanya, tidak sepatutnya seorang pengurus atau kakitangan Felda menyelesaikan masalah dengan bertindak melulu menggunakan kekerasan apa lagi imam berkenaan mengambil hasil tanaman di atas tanahnya yang sah.
Serentak dengan itu beliau mencadangkan supaya Shafii mengambil tindakan mahkamah sebagai pengajaran supaya perkara yang sama tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Setelah saya melihat kepada semua dokumen dan fail-fail yang ditunjukkan, saya yakin kes ini berpihak kepada kepada tuan imam kerana tidak melakukan kesalahan, jadi kenapa dihalang dan dipukul? Jadi saya cadang dibawa kes ini ke mahkamah supaya lepas ini tidak timbul masalah lagi.
“Jika tidak, akan datang akan timbul lagi isu-isu lain pula. Jadi kes kekasaran ke atas tuan imam ini mestilah dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika melawat Shafii di rumahnya.
Shafii ialah Qari kebangsaan pada tahun 2006 pada Majlis Tilawah al-Quran dan mendapat tempat ketiga peringkat antarabangsa pada tahun yang sama.
Beliau yang juga guru al-Quran, pernah mewakili negeri Pahang sebanyak 8 kali di majlis tilawah tersebut.
Dalam kejadian Khamis minggu lalu, Shafii mendakwa beliau telah dipukul beramai-ramai di ladangnya di lot 8053 Felda Lakum, Lanchang. Tanah tersebut telah dibeli daripada seorang peneroka bernama Yusof (telah meninggal dunia) yang merayu untuk menjualnya kepada Shafii kerana tidak ada anak pada tahun 2003.

Bagaimanapun, Shafii hanya mengusahakan pengeluarannya bermula 2013, apabila semua proses mahkamah selesai. Bagaimanapun, Felda telah mengeluarkan dokumen bahawa beliau ‘mencuri’ buah sawit di ladangnya itu.
Menceritakan kejadian kekasaran yang berlaku, Shafii berkata mula masuk ke ladang jam 8 pagi melihat pekerja memotong buah sawit di tanahnya yang dibelinya dari arwah Yusof, peneroka di Felda yang sama. Kemudiannya pukul 10 sawit tersebut dimasukkan ke dalam lori untuk dipunggah ke kilang.
Kira-kira pukul 10.30 pagi penyelia ladang Felda Technoplant datang dan kejadian pertengkaran dan kekasaran berlaku jam 11 pagi apabila pengurus dipanggil datang.
“Pada mulanya penyelia itu kata tak boleh ambil buah sawit di ladang yang saya beli itu. Saya kata saya dah tanya hakim mahkamah, tanah ini saya dah bayar habis, dah sah milik saya jadi saya boleh ambil hasillah di tanah saya.
“Tak lama kemudian pengurus technoplant tiba. Bila dia sampai saya pun hidupkan motosikal untuk beredar balik. Ketika itu dia menjerit ke arah saya bertanya mana geran (sebagai bukti tanah itu milik saya).
“Saya jawap geran ada di rumah, takkan nak bawa ke ladang. Setelah seketika bertengkar saya diterkam dan dipegang oleh penyelia dan drebar. Kemudian lima buah motosikal lagi datang mengugut saya dan menghalang tak bagi balik. Saya pecut motor nak lari balik dan merempuh sehingga sama-sama jatuh,” ceritanya.
Shafii berkata, selepas itu beliau menerima rawatan bengkak-bengkak di klinik akibat jatuh dan dipijak-pijak dan turut membuat laporan polis.
Shafii berkata, beliau membeli tanah berkenaan pada tahun 2003 dan telah diselesaikan bayaran mengikut undang-undang, jadi tidak sebab Felda mengaku tanah tersebut milik mereka.

Beliau juga tidak menolak kekasaran terhadapnya mungkin juga akibat dendam berdasarkan fitnah-fitnah terhadapnya oleh pihak tertentu.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

lompinlai berkata...

Imam ini tinggal di Felda Bukit Damar. Macam mana kes ini berlaku di Felda Lakum.

Johan berkata...

FELDA kini dah nazak... Mazlan perlu berdemo segera agar FELDA di selamatkan. Saman menang amat manis. Peguam yang ada amat ikhlas. Peneroka yang bebas dari cengkaman FELDA berumah besar berkereta mewah di NS patut dicontohi.

Johan berkata...

Boleh beli ke tanah peneroka? Kalau boleh... nak juga beli banyak-banyak. Boleh tak jual pada syarikat? Kslsu boleh nak belilah dan peneroka yang jual tanah tu bolehlah duduk rumah sewa flat syarikat.

Abu Syaukah berkata...

La apa pulak peliknya.tinggal kat mana2 pun bulih beli kat Lakum apa?....Orang singapore pun boleh beli tanah kat johor....Tanah2 rizab Melayu pun bangsa laen buleh beli....heran ka? heran ka?

Ja'afar Kalimon berkata...

Cerita lama daaa

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong