INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, November 06, 2014

BANTAHAN KENYATAAN DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

MEMO BANTAHAN
TERHADAP KENYATAAN DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR BAHAWA PAS ADALAH PARTI AJARAN SESAT
DENGAN NAMA ALLAH YANG BERSIFAT AL-RAHMAN LAGI BERSIFAT AL-RAHIM

SEGALA PUJI BAGI ALLAH. SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH SAW
1. DEWAN ULAMAK PAS PUSAT (DUPP) memandang berat dan serius tuduhan rambang dan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agong UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, pada Ahad 2hb November 2014 dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UMNO bahawa PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS adalah parti ajaran sesat. Sehingga hari ini kenyataan jahat tersebut masih belum ditarik balik oleh Datuk Seri.
2. DEWAN ULAMAK PAS PUSAT (DUPP) MENUNTUT Datuk Seri membuat kenyataan terbuka MEMOHON MAAF dan menarik balik kenyataan yang tersasar tersebut.
3. DUPP bersedia untuk BERMUZAKARAH untuk Datuk Seri mendapat pencerahan perjuangan PAS dalam menegakkan Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam di dalam negara ini.
4. Fasal 3 Perlembagaan PAS menegaskan bahawa DASAR PAS ialah Islam dan seruannya ialah ALLAHU AKBAR.

5. Fasal 5 pula menegaskan bahawa tujuan PAS ialah "memperjuangkan
wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan huku-hukumnya menuju keredhaan Allah.
6. Fasal 6 pula menegaskan usaha-usaha PAS antaranya "menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan".
7. Fasal 7 pula menegaskan hukum yang tertinggi dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ULAMAK dan QIAS.
8. Fasal 8 pula memperuntukkan penubuhan Majlis Syura 'Ulamak bagi memandu dan menjamin segala aktiviti PAS sentiasa bertepatan dengan dasar PAS iaitu Islam.
9. Peruntukan-peruntukan perlembagaan yang menegaskan kedudukan PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan Islam seumpama ini tidak terdapat dalam perlembagaan parti UMNO yang didokong oleh Datuk Seri Tengku Adnan.
10. Dakwaan Datuk Seri bahawa UMNO sebagai parti Melayu yang boleh memastikan akidah umat Islam terpelihara adalah tersasar dari realiti yang sebenar. Sepanjang merdeka sejak 1951 UMNO sebagai parti pemerintah yang berkuasa telah membiarkan pemikiran dan aqidah yang rosak berkembang seperti sekular yang memisahkan agama daripada politik, pluralisma beragama yang melihat semua agama adalah sama membawa ke syurga dan liberalisma beragama yang mempertikai hukum-hakam Islam.
11. Malah usaha menegakkan Syariat Islam seperti undang-undang jenayah Islam masih gagal dinobatkan dan tidak dipandang serius oleh UMNO selaku pemerintah yang mengaku Islam.

12. DUPP sekali lagi mendesak Datuk Seri Tengku Adnan menarik kembali tuduhan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang daripada PAS.
YB.Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
AJK Pas Pusat
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
YB. Ustaz Nasrudin Hassan
AJK Pas Pusat / AJK Dewan Ulamak PAS Pusat
YB Ustaz Nik Abduh
AJK Pas Pusat/AJK Dewan Ulamak PAS Pusat
YB Ustaz Idris Ahmad
AJK Pas Pusat
YB Ustaz Marzuk Shaary
EXCO Dewan Pemuda Pusat
YB Dr.Izani
AJK Badan Perhubungan Pas Kelantan
Ustaz Norazli Musa
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak
Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
Nurul Islam Mohamed Yusoff
Exco Dewan Pemuda Pas Pusat

Rabu 12 Muharram 1436 H / 5hb Nov 2014
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong