INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, November 10, 2014

REZAB MELAYU TINGGAL 1.6 JUTA HEKTAR DARIPADA 12.9 JUTA HEKTAR ???

 Mazlan Aliman
Dukacita, usul yang dikemukakan oleh YB Dato' Mahfuz Umar, Ahli Parlimen Pokok Sena sekitar jam 11.10 pagi ini ditolak oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Jumlah keluasan Tanah Rezab Melayu yang direkodkan pada tahun 2009 telah menyusut hingga tinggal 1.6 juta hektar daripada jumlah keseluruhan 12.9 juta hektar(tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang). Ia semakin kritikal akibat kegagalan kerajaan dlm mengawal selia khususnya pembangunan tidak terkawal yang menyebabkan terhakisnya Tanah Rezab Melayu.
Kerajaan melalui Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Tanah Rezab Melayu sepatutnya mempunyai mekanisme mempertahankan dengan apa jua cara mempertahankan Tana Rezab Melayu, bukannya menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil tanah rakyat dengan sesuka hati. Projek RAPID di Pengerang yang membabitkan 7 buah kampung melayu, Iskandar Malaysia dan Forest City di Gelang Patah adalah contoh ketara nasib Tanah Rezab Melayu yang dikorbankan. Peruntukkan perlembagaan tanah ganti pun tidak dilaksanakan.
 Pembangunan tidak terkawal menyebabkan satu demi satu kampung tradisi di bandar lenyap. Yang paling akhir ialah Kampung Chubadak Tambahan. Selepas ini Kampung Puah Seberang dan lain2. Akhirnya, tanah orang melayu bertukar milik kepada kapitalis dari bangsa lain. Kerajaan yang majoritinya berketuakan orang melayu bukan menjadi penyelamat kepada bangsanya sendiri; tapi berkompromi dengan kapitalis merampas dan menghalau orang melayu dari kediaman yang mereka duduki beratus tahun lamanya.
PAS mencadangkan supaya satu Lembaga Amanah Tanah Rezab Melayu diwujudkan dan diberikan kuasa menurut Undang2 Persekutuan untuk mentadbir, mengurus dan membangunkan Tanah Rezab Melayu. Ini bertepatan dengan perkara 89(5) Perlembagaan Persekutuan di mana ianya sangat perlu untuk menjamin pengekalan saiz dan keluasan Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

 PAS juga mencadangkan agar Kerajaan merangka polisi khusus dengan mewujudkan Undang2 Khas yang dapat mengawal selia dan melindungi kampung tradisi/warisan dan kebajikan peneroka bandar. Kampung tradisi dan warisan perlu dipelihara, di susun semula dengan lebih teratur dan mesti diwartakan di sisi Undang Undang.
Mengikut pengamatan PAS, jika usaha ini tidak dilakukan dengan segera, 15-20 tahun akan datang, akan lenyap baki kampung tradisi di bandar diatas keghairahan kapitalis dengan dokongan Kerajaan sendiri. Bahkan, pemimpin melayu yang mempunyai kuasa telah menjadi broker dan barua yang mendapat komisyen dari kapitalis.
 Air mata rakyat Marhaen tiada siapa peduli. Kampung halaman tergadai, rumah ranap menyembah bumi; pemimpin yang berteriak siang malam dengan slogan 'hidup melayu', mereka sendawa kekenyangan!
Alangkah sedihnya usul yang begini penting di tolak hanya dengan alasan tanah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, walhal Kerajaan Pusat melalui Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri bersama Menteri Besar/Ketua Menteri mempunyai bidang kuasa tertentu. Peruntukan Perlembagaan mengenai Akta Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Tanah ternyata tidak dijadikan asas oleh Timbalan Speaker.
Di mana letaknya slogan ' Rakyat di dahulukan?'
MAZLAN ALIMAN
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah,
Peneroka Bandar dan Halehwal Orang Asal
PAS Malay
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong