FELDA TERKINI
Ribut bencana dalam pengurusan FGV sudah bersiulan, kebimbangan kami dalam Persatuan ANAK selama ini sudah terzahir satu persatu. Apa jua kritikan yang selama ini kami lontar melengkapkan rasa bencana kian mengila menjerat Felda dan Peneroka itu sendiri.
Tan Sri Isa Mohd Abdul Samad pastinya akan HITAMKAN orang suruhanya dalam percaturan ini untuk terus meratah tunai yang berbaki di kantung Felda. Bukan setakat berbelanja boroh dan mewah dengan tunai berbilion ringgit malah, 360,000,00 hektar tanah ladang tanpa peneroka yang sebelum ini menyumbang 80% ,memberi tunai RM 2.2 bilion setahun hasil kapada FHB sudah menjadi kertas pajakan.
Dengan jaminan Orang No 1 negara, isa samad memiliki lesen bertaraf diraja untuk membalum hak dan dana tersimpan, segala aser kekal di cairkan dan segala pemilikan dijadikan sandaran dalam jaminan pinjaman bertaraf mega tanpa ada rasa sedikit belas terhadap keperitan warga felda sejak dari tahun 1960 memerah keringat untuk hidup.
Episop kepentingan ekuiti pegangan 51% kepentingan KPF dalam FHB yang di cabul kehormatannya dengan memperdayakan perwakilan KPF seluruh negara dengan cara ala-ala angkat tangan telah melupuskan satu aset orang melayu dalam pemain Koperasi dengan nilai RM2.2 bilion jauh lebih rendah dari penilaian harga semasa harta terkumpul KPF.
kami ANAK merancang beri penerangan disetiap rancangan Sebaliknya sekatan yang kami terima |
Semua ini sudah menjadi sejarah termahal negara dalam komplok rompakan berlesen oleh manusia yang galak meratah hak dan milik orang lain. Kita tidak lupa Mahkamah sendiri pernah menghalang isa samad dari menduduki kerusi KPF. Akan tetapi mereka mampu mencipta laluan dan lorong tikus untuk capai hajat kesumat menghancurkan satu kemegahan sebahagian besar orang melayu bermula dengan LKTP sebagai pintu perubahan dari tepian dan ceruk kampung kepada dunia Global .
Antara kumpulan yang kuat menghalang penerangan ANAK dalam isu ini. |
Kini FGV yang dicipta gah hasil merompak kepentingan Felda
bakal menyusuri trajektori krisis penyelewangan terbesar dalam industri
Perlandangan negara dengan umpanan dan alasan "tranformasi " pastinya
membuka satu episop baru skandal FGV .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan