INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Jumaat, Disember 05, 2014

Saham FGVH menjunam 29% ???

Saham FGVH menjunam 29%.. Apa Khabar Makcik dan Pakcik di Felda sekarang?
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) pada minggu lalu paling banyak kerugian di kalangan saham perladangan di Bursa Malaysia pada suku akhir tahun ini, kata Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.
Pua berkata sejak enam bulan lalu, syarikat perladangan milik kerajaan yang membuat tawaran awam kedua terbesar kepada Facebook Inc pada 2012, kerugian RM52 juta menerusi kontrak susulan dalam perniagaannya di Kanada untuk suka akhir tahun ini.
"Ini merupakan kesan jelas daripada pendedahan terhadap risiko dan ketidaktentuan perniagaan.
"Pelaburan FGVH dalam komoditi hadapan naik mendadak dari hanya RM118,500 pada September tahun lalu kepada RM1.15 bilion untuk tempoh semasa," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, yang juga merangkap setiausaha publisiti kebangsaan DAP.
Tambahnya, FGVH mencuba nasib dengan kontrak hadapan matawang asing, mendedahkannya daripada RM233,000 kepada RM1.2 bilion bagi tempoh sama.
"Pemegang saham FGVH, termasuk Felda, Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja perlu bimbang dengan pertambahan besar pendedahan risiko, yang cukup besar bagi melumpuhkan keseluruhan FGV.
Pua mempersoalkan sama ada syarikat perladangan yang menyertai pasaran saham dua tahun lalu itu akan mengikut jejak Malaysia Airlines (MAS) yang kini dijadikan milik negara.
"Berdasarkan data setakat 15 Oktober 2014, harga saham FGVH menjunam 29.1% berbanding IJM Plantations (-6.3%), IOI Corp (-2.7%), Genting Plantations (-9.4%) dan Sime Darby (-1.6%). Syarikat yang menunjukkan prestasi hampir sama ialah KL Kepong dengan penurunan harga 16.6% untuk tempoh sama.
"Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan yang menjanjikan 'bintang' kepada peneroka Felda semasa penyenaraian saham itu mesti mengambil tindakan segera dan tegas untuk mengekang kerugian dalam syarikat itu.
"Jika tidak, kerugian yang dihadapi FGVH akan memberi isyarat permulaan keruntuhan kewangan sebagaimana yang berlaku kepada MAS," kata Pua dalam kenyataannya lapor The Malaysian Insider


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong