Mencari berita tentang FGV, tapi 2-2 akhbar yg kritis ini
memaparkan berita yg merisaukan tentang FGV.
1. Akhbar - Focus Malaysia :
Berita di ruangan depan - maksudnya isu-isu utama :
Much-Hyped FGV fails to deliver - FGV yang kononnya GAH kini
gagal mencapai untung yg di banggakan!
Intipati - Selepas 2 tahun di senaraikan pada June 2012,
harga saham FGV telah menjunam jatuh sebanyak 34%. FGV yg di senaraian pada
harga RM4.55 dan pernah melonjak ke paras tertinggi RM5.07 pada bulan Julai
tahun yg sama (lebih kurang sebulan selepas di senaraikan).
Namun, itu sajalah yang boleh di banggakan pencapaiannya,
kerana selepas itu harganya terus merudum dan kemuncak penurunannya adalah pada
16 Oktober tahun ini apabila harganya tinggal RM3.00 saja - jatuh
RM1.55sen atau 34% dari harga mula-mula di senaraikan.
Yang pasti pemegang saham minoriti - yakni para peneroka
yang di paksa sebenarnya membeli terbitan saham FGV ni masa mula nak di
senaraikan di janjikan harapan setinggi langit.. kini hanya boleh menggigit
jari melihat harga sekarang. Atau mereka tak tau apa-apa pun apa yang berlaku,
mungkin masih leka dgn janji-janji PM semasa penyenaraian dulu. Walhal suasana
sebenar - kalau katakan lah peneroka dulu ada duit RM1,000 ringgit masa beli
saham felda, duit yang seribu tu kini dah tinggi 600 lebih saja pakcik! makcik..
itu lah realitinya.. mana janji Najib nak bagi durian runtuh? Ini bukan durian
runtuh, tapi bala runtuh!
Selepas penyenaraian - FGV begitu sakan membeli belah dgn
duit perolehan dari penyenaraian. Ibarat peneroka baru jadi jutawan..,
pembelian mereka seolah-olah orang yang gelap mata dapat duit terpijak. Mereka
bershopping bukan di malaysia - tapi di kota London! membeli apartment sampai
beratus juta! alasan untuk pelaburan hartanah! walhal ini bukan bidang
kepakaran mereka.
Dalam bidang perladangan - mereka membeli syarikat
perladangan Pontian United Plantation pada harga begitu tinggi - 1.2 billion!
(1200 juta tu pakcik! banyak kosong..kosong..kosong.. ! bukan sikit tu) , juga
membeli syarikat perladangan tak di kenali yg di senaraikan di London pasda
harga RM650juta dan juga bekerjasama dgn kerajaan Junta Myanmar ( jika benar)untuk membeli
tanah ladang getah di sana ???.. sedangkan kita tahu betapa kejamnnya kerajaan
myanmar menyembelih dan membakar lalu menghalau penduduk-penduduk Islam di
Myanmar dari kampung2 mereka. Kita tau mereka ini semua adalah pekerja ladang
dan penoreh getah di sana., Adakah Felda melibatkan diri dgn 'blood
money'? satu perkara yang harus di siasat di mana sebenarnya tanah2 ladang yg
di labur felda ini.
Di mana silapnya? bagaimana boleh silap? Sebelum
penyenaraian felda - banyak yang mengatakan penyenaraian ini telah di
'bulldoze' di lakukan secara tergesa-gesa.. sebelum pilihanraya ke -13 , adakah
kerana para peneroka felda yang merupakan simpanan tetap BN utk pengundi luar
bandar? Bantahan juga di terima dari KPF dan fakta bahawa lebih 50% dari
ladang-ladang milik felda adalah ladang tua.., dan FGV berjanji sebahagian dari
duit hasil penyenaraian akan di gunakan untuk penanaman semula pokok tua.. dan
membeli tanah ladang baru di dalam dan luar negara. Terdapat juga
persoalan mengenai perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi nya.
Para Penganalisis pasaran juga banyak kali menegur dan
menyatakan keresahan mereka tentang cara pengurusan felda yang sangat tidak
berhemat (cermat berbelanja dgn bijak). Walhal sepatutnya mereka perlu
memperuntukkan rezab tunai mereka untuk penanaman semula yg lagi penting utk
menjamin hasil berterusan kepada FGV.
Para penganalisis juga telah memberi amaran kepada
pengurusan berkenaan peratusan begitu tinggi pelabur institusi domestik yang
membuatkan pelabur-pelabur baru meminggirkan saham fgv. Umum semua tahu siapa
pelabur besar FGV - Felda holding memegang (40%), Lembaga Tabung Haji (7.6%)
KWSP (tak dapat di pastikan berapa % terbaru, terakhir di ketahui hampir sama
dgn LTH - 7%) , KWAP (Kumpulan wang amanah pencen) - 6.7%) dan 5 tabung agensi
pelaburan negeri (antaranya- pahang, sabah, perak?, johor? ) - 5% setiap
negeri.
Buat masa ini - penganilisis pasaran memberikan rating yang
sangat rendah kepada FGv, dan potensi FGV juga nampak begitu malap! Harapan
untuk pelabur minoriti mendapat keuntungan dari saham-saham FGV mereka
sangatlah tipis .. lagi 2-3 tahun pun belum tentu.
Yang pasti - FGV adalah kaunter perladangan yang paling buruk
prestasinya di bursa untuk 2014 . Apa lagi alasan pihak pengurusan untuk
menidakkan fakta ini sangat menarik untuk kita tunggu!
Adakah akan berlaku rombakan besar-besaran terhadap
pengurusan FGV? Alasan untuk menuding jari kepada kejatuhan harga sawit bukan
lah alasan yang baik untuk menyelamatkan diri! Itu dari sebelum di senarai lagi
banyak pihak telah mengingatkan FGV!
An Analysis of FGV's massive downstream losses.
Analisa dari kerugian besar sektor hiliran (downstream)
FGV.
Kerugian suku ketiga 2014 yang di laporkan oleh FGV sejak
penyenaraian berprofil tingginya membuatkan banyak pemerhati pasaran
terperanjat besar.
Syarikat gergasi komoditi pertanian ini melaporkan kerugian
bersih RM9.3juta untuk suku ketiga berakhir September 2014 di sebalik perolehan
kasar sebanyak RM4.3bllion.
Segmen hilirannya yang berada di malaysia dan Kanada rupanya
penyumbang utama kerugian besar ini. Sejumlah RM105.54 juta kerugian di
rekodkan dalam segmen ini berpunca dari transaksi derivatif yang berkaitan dgn
pasaran hadapan dan kontrak akan datang dan juga perolehan negatif dari margin
pemperosesan minyak sawit di malaysia.
Kebanyakan dari kerugian akibat derivatif dan kontrak
komoditi berlaku pada awal tahun ini.
Alamak.. artikel ini begitu teknikal untuk saya
translatekan.. berbelit kepala saya.. jadi saya berhenti di sini..
teruskan membaca artikel asal di bawah ini..
Pada pendapat saya yg kurang bijak ini - harap Dr.
Rosli dapat terus menerbitkan artikel2 berkenaan pemulangan paku buah keras ni!
dulu lagi kita dah kata - penyenaraian ini hanya membawa kemusnahan kepada apa
yang di usahakan oleh Allahyarham Tun Abd Razak.
Cuba audit
akaun fgv ! kita tengok kemana pegi dana dari IPO! banyak pembelian-pembelian
yang harga sangat tak masuk akal! atas kertas.. mmg tulis utk pembelian..,
Selepas ini.. FGV tidak lain hanya akan jadi seperti MAS yg
perlu di 'bail-out'.. , yang pastinya duit cukai rakyat lagi akan di
guna!
Dalam FGV sendiri kini dah penuh dgn duit cukai rakyat, duit
simpanan rakyat marhaen utk menunaikan haji.., duit rakyat marhaen utk
persaraan mereka! baik swasta atau kerajaan! dua-dua tabung persaraan di paksa
membeli saham fgv ni., malah tabung angkatan tentera tak terkecuali..
Apa nasib peneroka selepas ni? - Yang saya nampak, selepas
hasil ladang tiada.., mana felda2 yg dekat dgn kawasan bandar mungkin akan jadi
target felda untuk di tukar status tanah menjadi tanah komersil.. mungkin untuk
perumahan atau di jual begitu saja kepada mana2 pihak yang berminat! apa saja
yang boleh datangkan wang. Asalkan ada yang kenyang.
1 ulasan:
Tuan
Dari dulu lagi diberitahu bahawa ini satu penipuan. Apa yang jadi, ada sekumpulan orang mahu dapatkan duit dari pasaran dengan mengadai harta peneroka-peneroka Felda. Depa semua dah kaut semua wang mereka dalam masa 2 bulan pertama selepas penyenaraian. Jahat sungguh depa, kaut duit atas angin gitu-gitu je.
By now, kita sepatutnya dah jelas siapa penipu dan siapa ditipu? Yang paling penting, yang kena tipu kena sedar dan bertaubat tidak akan termakan dengan tipu muslihat sipenipu itu lagi. Yang dah rugi tu xbleh nsk buat apa lagi. Cuma kena berhati-hati agar apa yang masih ada itu tidak ditipu okeh sipenipu yang sama lagi di masa hadapan.
Catat Ulasan