SEMBANG FGV
Ramai penganalisis saham bimbang jika harga saham FGV menjunam kepada paras semasa RM2.50 sesaham. Sesuatu petanda buruk bakal memeluk kemas FGV yang disenaraikan belum sampai 2 tahun. Apakah FGV ini bakal mengikuti saham-saham besar lain yang sudah memacak nisan?
Apakah Menteri Kewangan akan memperkenalkan pakej menyelamat FGV? Berapa bilion pula jumlah yang perlu disediakan untuk 'bailout' FGV? Kenapa media utama kerajaan sudah tidak ada selera mengulas isu ni?Tidak seperti mula disenaraikan dahulu. Hampir saban minit TV1 dan TV3 mengupas langkah penyenaraian ini yang dikatakan kedua terbesar selepas saham Facebook.
Apa kesan kepada Peneroka Felda seluruh negara? Apa kesan kepada pelabur dari syarikat dalam dan luar negara? Apa kesan kepada ekonomi negara? Semuanya bisu menyepi. Kebimbangan segelintir rakyat sebelum ini bakal menjadi kenyataan.
Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK) antara Ngo yang lantang menentang penyenaraian ini dan pernah dihalang masuk ke tanah rancangan bagi berkongsi isu ini kepada warga Felda. Justeru itu mereka dicop pengkianat oleh pemimpin negara dan mengenakan pelbagai tekanan kepada ANAK.
Ditambah dengan kejatuhan harga sawit dan getah. Kejatuhan nilai mata wang ringgit, persaingan pengeluar minyak sawit negara jiran serta bertambahnya stok minyak soya di pasaran dunia oleh negara pengeluar menambahkan lagi sengsara pemain sektor minyak sawit.
Rakyat tertunggu-tunggu pakej untuk mereka. 112,635 peneroka seluruh negara saban hari mengadap Media arus perdana menanti jikalau ada ' durian runtuh' untuk mereka setelah bajet yang lalu tiada disentuh apatah lagi laba untuk warga peneroka Felda seluruh negara.
Rakyat terus Menanti!
Naraza Muda
Ketua Penerangan ANAK Malaysia
Ketua Penerangan ANAK Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan