INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Disember 09, 2014

HARI INI FGV RM2.90 YA.. ALLAH SELAMATKANLAH FELDA


Hari ini saham FGV tinggal RM2.90 sesaham. Gembar gembur kejayaan sudah tidak diperkatakan. Situasi ini menakutkan. Saya mendapat sms, wassap dan dihubungi banyak pihak mohon ulasan saya mengenainya. Hingga ada yang bertanya adakah FGV akan senasib seperti MAS; jika keadaan semakin buruk?

Lawyer Hj Harris Abdullah dan Wan Rohimi Wan Daud adalah antara peguam yang banyak ambil kes Felda. Saya bincang dengan mereka pagi ini. Kami berkongsi kebimbangan mengenai masa depan Felda. Buku ' Penyenaraian FGVH, menang Sorak kampung tergadai' karangan Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara saya baca semula. Analisis beliau mengenai FGV tepat sekali.

Bila saya ingati semula sejarah dan liku2 hidup dalam Felda, menitis air mata saya. Susah payah peneroka, begini kesudahannya.
Pertembungan dalaman Felda saya tidak berhajat untuk ulas buat masa ini walaupun saya tahu mengenainya. Saya masih menunggu tarikh dari YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di JPM untuk bertemu. Warga Felda mahukan penjelasan sebenar apa yang sedang berlaku di Felda. Kerajaan mesti berterus terang. Saya dimaklumkan telah ada Masjid di Felda buat Solat Hajat mohon kehadrat Allah Selamatkan Felda. Ada peneroka Felda terpinga pinga dan bertanya sesama sendiri, 'selamatkan apa, dah tak selamat ke harta peneroka dan lain lain'.
Ngo ANAK bersedia bekerjasama dengan Kerajaan dan Felda. Ini bukan masanya untuk pulang paku buah keras. Mari kita berganding bahu perbetulkan kelemahan dan kepincangan sedia ada. Masanya belum terlambat untuk kembali perkukuhkan Felda sebagai Institusi Bumiputera yang cemerlang.

P/s beberapa perbincangan mengenai kes Mahkamah dalam isu saman peneroka, perbincangan dengan Exco Perumahan Kerajaan Selangor dan Agenda Bertindak menangani krisis Felda.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong