INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI


BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
 Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)

PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25


LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)

TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)

DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)

TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)

Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)

MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)

HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)

PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)

Widget by Beautiful Beta

CARIAN BLOG INI

Selasa, Disember 23, 2014

PENYERAHAN MEMORANDUM - PERLUKAH BERAKHIR DENGAN MAHKAMAH ???


Dukacita, taklimat yang sepatutnya disampaikan oleh pihak Pengurusan tertinggi FGVH kepada rombongan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) pada pagi tadi sepertimana yang sepatutnya, tidak menjadi kenyataan.

Alasan yang diberikan oleh Naib Presiden FGVH Bahagian Sumber Manusia, En Najid, bahawa beliau tidak mendapat mandat untuk berbuat demikian. Tambahan pula Tan Sri Isa Samad ada di London, manakala CEO FGVH, Dr Emir Mavani dan ramai pegawai kanan FGVH sedang bercuti hujung tahun.
Petang ini, Staf saya telah emel kepada Tan Sri Isa Samad agar beliau memberi tarikh kepada saya selaku Presiden ANAK untuk pertemuan baru bagi memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan saham FGVH yang tinggal RM2.30 sesaham. Sekiranya beliau masih berdolak dalik dan tidak berminat bertemu dengan ANAK, maka beberapa tindakan terpaksa di lakukan. Antaranya:-
1. Penyerahan memo kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ada kaitan dengan masa depan Koperasi Permodalan Felda Berhad(KPF), kerana terdapat 5% saham KPF di dalam FGVH dan terjejasnya operasi KPF apabila 51% saham KPF dari Felda Holding di pindah milik ke FGVH.
2. Pertemuan dengan Suruhanjaya Securiti Malaysia untuk mendapat penjelasan tahap kritikal FGVH dan langkah langkah yang mesti dilakukan.

3. Tindakan perundangan terhadap FGVH bagi mewakili kepentingan pemegang saham samada peneroka maupun penggunaan Dana Awam seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji dan lain lain.
Adalah amat menyedihkan, di saat saat FGVH sedang bertarung hidup dan mati yang memberi kesan besar kepada masyarakat Felda, samada peneroka, Gen 2 dan kakitangan kumpulan Felda; sebahagian besar pegawai kanan FGVH sedang bercuti. Tidak bertanggungjawab!
ANAK konsisten membina kerjasama dengan Felda maupun FGVH. Namun, sikap sombong, ego dan tidak mahu mengakui kelemahan dan kegagalan mereka walaupun sudah berada di zon kecemasan amat dikesali.
ANAK tidak teragak agak mendedahkan semua maklumat dan butiran kepada umum mengenai kedudukan kritikal yang di hadapi Felda dan FGVH jika diperlukan, bagi menyedarkan masyarakat hakikat sebenar yang cuba disembunyikan mereka selama ini.

Alangkah sedihnya, Felda sebagai agensi Pembangunan Tanah terbesar dunia yang menjadi kebanggaan orang melayu sedang menghadapi hari hari yang muram akibat perbuatan durjana pemimpin yang sebangsa dan seagama dengan kita.



Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong