INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI


BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
 Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)

PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25


LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)

TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)

DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)

TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)

Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)

MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)

HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)

PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)

Widget by Beautiful Beta

CARIAN BLOG INI

Rabu, Disember 31, 2014

SAHAM FGVH TINGGAL RM 2.13 ???

 Mazlan Aliman
Saham FGVH hanya tinggal RM2.13 sesaham pada hari ini. Kenyataan Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkannya dengan pasaran dunia amat melucukan. Ketinggalan keretapi dia...
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) telah membuat sekian banyak analisis mengenai unjuran ekonomi dunia, kejatuhan harga komoditi, kos tanam semula pokok sawit tua dan ketidak stabilan urusniaga global yang menjadi petunjuk risiko kepada penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Perbincangan di buat melalui konvensyen, wacana dan penyerahan memorandum di serah kepada SKMM, Bank Negara, Suruhanjaya Securiti dan YAB Perdana Menteri sendiri.
Ia kemudiannya dibukukan oleh Penasihat Ekonomi ANAK, Dr Rosli Yaakop melalui bukunya, ' Penyenaraian FGVH, menang sorak kampung tergadai'. Di hurai secara berfakta melalui semua dokumen yang diperolehi dari berbagai sumber.
Selepas dua tahun FGVH di senaraikan, iaitu 28 jun 2012; pada kadar terbitan RM4.55 Sesaham, dengan penurunan saham lebih 50%, baru sekarang Dato' Razali Ibrahim menyalahkan pasaran dunia???
Yang dulunya pemimpin UMNO terjerit2 mempertahankan penyenaraian FGVH di mana mereka sekarang?
Lebih dahsyat, Dato' Razali tidak menyalahkan Felda atas apa yang berlaku. Episod yang pedih dari zaman Dato' Bakee, kemudian Dato' Sabri, hinggalah pada Tan Sri Isa Samad; pengurusan Felda tidak salah?
Isa Samad pecat Dato' Dzulkifly Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda, sekarang Dato' Faizoull Ahmad, hingga haru biru Felda; Dato' Razali masih berselindung lagi?
Kesian pada beliau yang begitu naif mengenai keadaan Felda waktu ini. Atau enggan berterus terang mengenai dalaman Felda yang sedang parah!
Saya telah menghantar surat susulan kepada Tan Sri Isa Samad untuk bertemu, setelah gagal pada 23 dis lalu. Saya juga masih menunggu jawapan balas dari Dato' Razali mengenai tarikh baru perbincangan dua hala seperti yang dimaklumi bersama. Mari kita berbincang, ketepikan sentimen, demi kepentingan rakyat.
1.5 juta warga Felda samada Peneroka, Generasi ke 2 dan kakitangan kumpulan Felda sedang menanti tindakan Kerajaan mengenai masadepan FGVH yang sahamnya turun dan terus turun pada waktu ini. Ada orang kata, adatlah main saham, ada turun naik. HEBATnya saham FGVH, turun turun turun, tak naik naik!

Macam Amanah Saham Johor, turun turun turun, tinggal 15 sen, akhirnya lingkup!
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

bat8 berkata...

Tuan

Nasi dah jadi bubur. Ini adalah satu pengkhianatan oleh segelintir pemimpin melayu terhadap orang melayu. Hakikatnya segelintir pemimpin melayu dan kroni-kroni mer3ka sudah kaya raya tanpa bersusah payah dengan mengadai harta peneroka-peneroka Felda. Mereka kaut kekayaan menggunakan harta orang. Yang lebih penting satu lagi sumber kekuatan ekonomi orang melayu sudah dimusnahkan oleh segelintir pemimpin melayu yang tamak haloba.

Dalam hal ini, peneroka2 juga harus memikul tanggungjawab juga kerana membiarkan diri mereka ditipu. ANAK telah berusaha menyelamatkan mereka tetapi mereka membiarkan diri mereka termakan umpan yang ditabur yang bersalut racun.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong