Raja
Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud telah selamat dikebumikan dengan panduan Sunnah
Rasulullah SAW yang cukup ringkas dan sederhana.
Maka seisi dunia menyaksikan bagaimana jenazah baginda disolatkan di Masjid
Jami’ Imam Turki Bin Abdullah lalu disempurnakan di Perkuburan Al-Ud Riyadh
dengan:
•
Tidak ada tembakan meriam
• Tidak ada bacaan surah Yaasin
• Tidak ada payung untuk jenazah
• Tidak ada taburan bunga di kubur
• Tidak ada kenduri arwah dan majlis tahlil
• Tidak ada kemenyan atau setanggi dibakar
• Tidak ada iringan muzik ketenteraan dan kebesaran
• Tidak ada doa beramai-ramai dipimpin di atas kubur
• Tidak disyaratkan berpakaian berkabung yang khusus
• Tidak ada siraman air mawar atau air Yaasin di kubur
• Tidak ada ucapan Al-Fatihah disedekahkan merata-rata
• Tidak ada tafakkur dan pengibaran bendera separuh tiang
• Tidak ada bacaan talkin dan duduk beramai-ramai di kubur
• Tidak ada binaan tembok, kubah dan makam di atas kubur
• Tidak disyaratkan pemakaian ikat kepala atau ikatan lengan yang khusus
• Tidak ada sedekah atau upah diberikan kepada rakyat yang bersolat jenazah
• Tidak ada perarakan jenazah, panji-panji dan pingat kebesaran berkilometer
jauhnya
• Tidak ada batu nisan marmar berukir indah yang mahal, melainkan batu nisan
simen tidak bertanda
• Tidak ada amalan menunggu kubur dengan mengkhatamkan bacaan al-Qur’an di atas
kubur
• Tidak ada pentas atau tempat khas disediakan untuk kerabat DiRaja menyaksikan
upacara pengebumian
• Tidak ada cuti berkabung rasmi sehari atau berhari-hari, sekolah dan pejabat
kerajaan dibuka seperti biasa
• Tidak ada menunda-nunda penguburan jenazah sehingga ramai pemimpin atau ketua
negara luar tidak sempat sampai
• Tidak ada tandu usungan jenazah berpedati untuk diusung puluhan orang,
melainkan pengusung biasa
• Tidak ada kain baldu hijau bersulam ayat al-Qur’an menutup jenazah, melainkan
menutup jenazah adalah jubah luar atau “Mishlah” yang dipakai oleh si mati
ketika hidupnya
• Tiada penghormatan dengan tradisi ketenteraan seperti pemberian hormat,
tiupan bugle, lagu Last Post dan tembakan segerup senapang 3 kali
berturut-turut dilaksanakan
Kesemua amalan di atas tidak keluarga baginda laksana, bukan kerana tidak kuat
beragama. Tidak pula mereka tinggalkan kerana mereka miskin dari segi kewangan.
Bahkan baginda dan kerabat baginda merupakan antara kelompok manusia terkaya di
dunia.
Artikal asal SINI
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, Januari 28, 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
1 ulasan:
orang malayu suka bawa hukum sendiri... dok melaung-laung berselawat tapi sunnah nabi Muhammad SAW tak diikut. Berselawat bagai nak gila... tu yg jadi gila smpai sunnah tak mau diikut hanya selawat yg disibukkan... selawat pulak bukan yg seperti yg Nabi Muhammad SAW sendiri ajarkan... malayu memang suka buat kerja boddoh dan karut...
Catat Ulasan